Isnin, 22 Mac 2010

Telefon Masuk Lubang Jamban - Sanggup?

Macam mana?
Kalau kau nak buang air secara mendadak dan tiba-tiba.
Kau pun berlari lari anak ke jamban.
Oh. Hasrat di hati nak melepaskan sisa kumbahan.
Tup tup, henpon kau terkeluar daripada poket seluar.
Gedebushhh... Oh my.
Lalu henpon tu meneruskan perjalanan ke dalam lubang jamban yang menjadi pilihan kau tadi.
Ya. Henpon kau masuk lubang jamban.
Sila hayati statement berkenaan. Cik Hayati, bukan kamu yang aku maksudkan.

Alamak! Macam mana ni?
Itu satu-satunya henpon yang kau ada.
Ya. Kau memang tak ada dua tiga henpon macam orang gila nombor henpon.
So, how? Apa kau akan buat?
Hurmmm... Memandangkan henpon kau sekarang dah menyusur ke lembah najis tu.
Kau sanggup kutip balik henpon tu?
Sanggup ke tak?
Ya. Bagi menambahkan kejijikan dan kemuntahan tahap dewi remaja, lubang jamban tu dipenuhi dengan kotoran degil yang tertinggal.
Kotoran degil buangan manusia.
Seriously. Kisah benar. Aku tak menipu.
Ya. Aku bukan melawak.
Terpulang pada kau.

Tetapi, ada seorang hamba Allah yang mengalami peristiwa ni.
Dan apakah tindakan dia?
Dia tekad.
Dia keluarkan henpon tu daripada lubang jamban tersebut.
Walaupun tangan dia terpaksa bergelumang dengan kotoran degil tu.
Dan dia jugak termuntah akibat bau yang busuk.
Paling teramat busuk sekali.
Kau bayangkan betapa dahsyat hiperbola yang aku gunakan ni.
Pada masa yang sama, dia menangis.
Dia tak tahan lagi. Tetapi, dia meneruskan jugak.
Kau mungkin kata dia bodoh kerana berbuat demikian.
Ya. Sebab kau tak tahu kerana apa dia bertindak macam tu.

Henpon tu adalah pemberian ayah dia.
Ya. Mungkin tak semahal henpon kau.
Tak semahal henpon aku.
But, dia tak sanggup kehilangan henpon pemberian ayah dia.
Dia jugak tak nak kena marah dengan ayah dia.
Mungkin henpon tu dah tak boleh nak digunakan lagi, but, dia tetap berusaha mengambil henpon tu.
Demi kasih dia kepada ayah.
Oh. Ini kisah benar.
Kisah yang berlaku di depan mata aku.
Ya. Mata aku berkaca sewaktu aku menulis entry kali ni.
Aku bangga dengan dia.
Sangat sangat bangga.

Tetap jugak Lady GaGa dan Beyonce.

13 ulasan:

  1. Tanpa NamaMac 22, 2010

    wahhhhh...dasat gilerr~ Terharu aku baca. huhu

    BalasPadam
  2. sentimental gak u ni bro.. anyway i'm proud having someone like u.. (",)

    BalasPadam
  3. Hahaha... suka dengan entry yang ni... macam nak TABIK SPRING je dekat kwn ko tu.. kalau aku.. oh.. tidak.. tidak aku relakan jari-jemari ku yg runcing untuk mencelupkan tangan.. Then, akan melekat sisa2 tahi dalam kuku..wekkk.... tapi kalau pakai glove maybe akan dipertimbangkan..ngeee

    BalasPadam
  4. entry menarik bro...
    but, chop jap...

    kisah nie blaku dpan mata ko kn...

    persoalan aku...

    ko buat ape skali dgn dia dlm toilet tue ?? ;)

    BalasPadam
  5. ooohhhhh tidakk... mintak2 TAK terjadi kat aku benda2 camni.. TAK SANGGUP kot! =.=

    p/s: ko bangga ngan diri sendiri ke sape? hihi

    BalasPadam
  6. en anonymous:
    ahha.
    nak tisu...
    isk~

    BalasPadam
  7. arn:
    ahha.
    sentimental tu kadang-kadang la.
    ahha~

    BalasPadam
  8. hairi:
    oh.
    die guna plastik.
    sbg alas tgn.
    so, x kena la.
    ahha.

    BalasPadam
  9. qarl:
    bukan.
    bukan.
    isk.
    tak baik tuduh2.
    ahha~

    BalasPadam
  10. aidy:
    oh.
    aku tolong tgk dia la.
    aiyoh.

    BalasPadam
  11. mimi:
    ahha.
    bkn semua benda boleh diduga.
    kan?
    ;D

    BalasPadam
  12. hahahha..sakit perut baca entry ni..ada pelbagai perasaan..lawak gler..terharu..sob3..

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com