Khamis, 24 Mei 2012

Tamat Perkhidmatan Di SMK Sultan Alauddin - Selamat Tinggal!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Secara rasminya, perkhidmatan aku sebagai guru interim di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alauddin, Masjid Tanah, Melaka telah ditamatkan pada tanggal 22 Mei 2012 yang baru dua hari lepas. Kenapa ditamatkan? Sebab aku dah dapat penempatan! Di mana? Google la kalau nak tahu. Haha. Kata semua boleh cari kat google kan?

Okay. Sempena dengan hari terakhir aku kat sekolah tu, aku sempat rakamkan beberapa keping gambar sebagai kenangan. Tapi aku tak dapat nak bergambar dengan semua. So, mana yang sempat je la.

Inilah Hero Malaya yang sebenar, mendidik generasi akan datang dengan penuh kesabaran.

Kelas 1RK yang memuatkan hampir 40 orang murid.

Macam seronok je saya dah habis?

Bob ni memang tak pernah berhenti bercakap!

Ahli mesyuarat koridor.

Sebelah kiri murid perempuan form 2. Sebelah kanan murid perempuan form 1.

Cikgu-cikgu muda kat situ. Termasuk aku!

Ada yang solo. Ada yang tak berapa solo.

Depan makmal sains! Mentang mentang ajar sains kan?

Sebelum aku tinggalkan bumi Sultan Alauddin.

See you guys again!


potpetpotpet : You'll miss me or forget me?

Rabu, 16 Mei 2012

Sambutan Hari Guru Di SMK Sultan Alauddin - Memori Tercipta

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Guru inovatif melonjakkan transformasi pendidikan negara. Demikian tema untuk Hari Guru bagi tahun 2012. Tahun lepas aku sambut Hari Guru kat sebuah sekolah yang terletak di Seremban. Kalau nak tahu sekolah yang mana satu, boleh rujuk SINI. Pada tahun ini pula, aku sambut di Melaka, negeriku sayang, negeri bandar teknologi hijau. Tahun depan? Haaa... Itu akan terjawab dalam masa terdekat kerana pada 23 Mei ni, aku akan dapat tahu di mana aku ditempatkan.

Okay. Jom tengok gambar-gambar yang sekitar sambutan Hari Guru SMKSA 2012.
























Alhamdulillah. Semua telah berjalan dengan lancar, takde masalah. Sambutan yang pada aku nampak sederhana. And it's a good thing. By the way, kurang daripada seminggu aku akan tamatkan perkhidmatan di SMKSA sebab aku dah dapat penempatan pada minggu depan. Oleh itu, aku ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak pentadbir, guru-guru, barisan staf dan pelajar-pelajar SMKSA yang sentiasa membantu aku sepanjang keberadaan aku di situ.


potpetpotpet : Find someone who can change your life, and not just your relationship status.

Ahad, 13 Mei 2012

Johan Raja Lawak Diboikot?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Gara-gara video yang berjudul "Esok Nak Demo Ni" di youtube, satu page Kami Boikot Johan Raja Lawak telah diwujudkan. Dalam video tu kita dapat lihat Johan Raja Lawak, Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Dee dan lagi sorang entah siapa entah. Tapi aku tak tahu kenapa page untuk Johan je yang diwujudkan. Mungkin sebab Johan paling ramai peminat kot? For those yang tak tengok video tu lagi, boleh tengok kat bawah ni:


Pada pendapat aku, ada banyak lagi perkara yang perlu diberi perhatian. Video "Esok Nak Demo Ni" ni lebih kurang macam kolum kartun-kartun politik yang terdapat dalam Utusan Malaysia dan Harakah, cuma format dia je lain. So, aku tak nampak kewajaran isu ini dibangkitkan. Dan aku tak berpihak kepada sesiapa. Tapi kalau korang boleh suarakan pendapat korang sesuka hati, takkan orang lain tak boleh buat benda yang sama?


potpetpotpet : Why so serious?

Rabu, 9 Mei 2012

Cek Nuffnang Hasil Blog

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Alhamdulillah. Hari ni aku dapat rezeki, dapat cek daripada Nuffnang. Menurut Wikipedia, cek ialah perintah bertulis kepada institusi kewangan supaya membayar jumlah khusus dalam sesuatu mata wang seperti yang dinyatakan. Hebat tak tajuk entri aku? Haha. Kalau tak silap, ni cek yang ketiga daripada Nuffnang kot? Tapi cek aku tu nilai dia takde la sampai ribu ribu. Pulak tu, bukan setiap bulan dapat. Kalau tak silap aku, bulan Februari tahun lepas kali terkahir aku cash out duit terkumpul daripada Nuffnang ni. Bayangkan, dah lebih setahun pon tak jugak cecah ribu ribu! Nampak sangat blog picisan. LOL.

Aku rasa ni first time aku tunjuk cek yang aku dapat daripada Nuffnang. So, aku dah maju setapak nampaknya. Tunjuk cek daripada Nuffnang ni bukan ke harus bagi seorang blogger? Haha. Ni bukti yang Nuffnang ni memang boleh dipercayai. Well, aku bukan jenis yang bergantung kepada Nuffnang. Bagi aku, kalau ada, ada la, kalau takde, takde la. Senang je sebab aku bukan kerja update blog 24 jam.


Berapa jumlah yang aku dapat tu biarlah rahsia. Kalau bagitahu pon bukan jumlah tu boleh darab lima kan? Haha. Anyway, have fun in blogging! Semoga rezeki yang kita peroleh pada hari ni, esok dan seterusnya mendapat keberkatan Allah. Amin.


potpetpotpet : Selsema la pulak.

Isnin, 7 Mei 2012

Melukis & Mewarna - Bakat Terpendam Hampir 12 Tahun!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Wow! Bakat apa yang terpendam hampir 12 tahun tu? Bakat la sangat? Ke aku sorang je rasa macam tu? Haha. Well, masa sekolah rendah, ni zaman bila punya cerita ni? Well, masa sekolah rendah, aku aktif join pertandingan melukis dan mewarna. Alhamdulillah, rezeki selalu berpihak kepada aku. Setiap kali aku join mana mana pertandingan melukis dan mewarna, alhamdulillah, aku tak pulang dengan tangan kosong. Pencapaian tertinggi aku dalam pertandingan melukis dan mewarna ialah tempat kedua peringkat negeri Melaka, anjuran bersama Zoo Melaka dan A&W.

Masuk je tingkatan satu, aku terpaksa pendamkan minat aku terhadap melukis dan mewarna sebab masa tu aku sekolah agama, jadi, takde matapelajaran pendidikan seni. Perkara ni berterusan sampai la sekarang. Tapi entah macam mana pada bulan lepas aku telah diarahkan untuk mengajar pendidikan seni sedangkan bidang aku ialah matematik! Well, aku terima dengan hati yang terbuka. Dalam hati aku berkata, mungkin inilah masanya! Haha. Ayat bajet macam novel.

So far, alhamdulillah, takde masalah. Semoga Allah membantu aku dalam segala urusan aku. Amin. Esok kita belajar melukis makhluk asing menggunakan konsep kontra dari segi warna ye? Ni makhluk asing yang aku dah siap lukis dan warna:

Warna harimau malaya!


potpetpotpet : Tahun depan nak masuk tom tom bak ada bakat ke.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com