Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!
Okay. Aku rasa macam dah basi nak cerita pasal Langkawi. Haha. Takpe la. Aku nak cerita jugak. Kitorang bertolak dari Tanjong Malim ke Kuala Perlis pada pagi hari Sabtu bersamaan dengan 21 Januari 2012. I mean, pagi yang lepas Subuh, bukan pagi yang dah nak tengahari. Kitorang naik satu kereta je. Cukup la untuk 5 orang kan? Perjalanan ke Kuala Perlis memakan masa hampir 7 jam kalau aku tak silap. Nasib all of us ada lesen memandu. So, dapat la tukar tukar driver sepanjang perjalanan tu.
Sebelum sampai kat Kuala Perlis, lepak kat R&R kejap sarapan mee kari. |
Ramai gila orang nak pergi Langkawi! Last last aku dapat tiket pukul 4.30 petang. |
Lunch kat depan jeti tu je. Sedap ke tak tu belakang kira sebab dah lapar sangat dah waktu ni. Haha. |
Esoknya pagi pagi lagi kitorang dah get ready sebab nak pergi Island Hopping. Tahu tak Island Hopping tu apa? Island Hopping ni aktiviti bersiar siar dengan bot dari satu pulau ke satu pulau yang lain. Mula mula kitorang singgah kat Pulau Dayang Bunting. Kat situ kitorang cuma sempat celup celup kaki je kat tasik dia. Nak mandi memang tak sempat la sebab masa yang dia bagi kat Pulau Dayang Bunting tu sekejap je. Seterusnya kitorang berhenti kat tempat helang makan. Seronok jugak tengok helang cari makan. Nampak la cara helang tu tangkap ikan tu macam mana. Last sekali kitorang pergi Pulau Beras Basah. Aku tak tahu kenapa nama dia Pulau Beras Basah tapi air laut kat situ memang jernih. Dan ramai orang mandi manda kat situ tapi kitorang tak join sekali sebab tengah panas terik kot masa tu.
Perasan tak bentuk bukit tu macam perempuan tengah mengadung? |
Naik bot! |
Aku duduk sebelah Miha, pemandu pelancong rasmi kitorang. |
Dah sampai kat Pulau Dayang Bunting! |
Macam tak excited je? Haha |
Pemandangan kat Pulau Dayang Bunting. |
Kitorang ada rakam video masa ni. Nantikan! |
Kat Pulau Dayang Bunting ni ada tasik dan boleh mandi kalau nak tapi kitorang tak nak. Eh. Macam tak perlu je bagitahu pasal tak nak tu? |
Tak sabar nak pergi pulau yang seterusnya. |
Sempat lagi kan? |
Tengok helang keluar cari rezeki. |
Epik tak gambar ni? Kagum dengan diri sendiri! |
Dah sampai kat Pulau Beras Basah. |
Sebahagian daripada pemandangan yang cantik kat Pulau Beras Basah. |
Sekali lagi kitorang tak mandi! |
Panas terik masa ni sebab dah masuk tengahari. |
Lepas dah selesai Island Hopping, kitorang terus pergi cable car. Bajet dapat naik hari ni tapi? Orang berbaris punya la panjang macam dah nak sampai Singapura dah. Boleh? Nak tak nak, terpaksa la batalkan hasrat nak naik cable car hari tu. Dengan perasaan hampa, kitorang tinggalkan cable car sambil mengesat air mata yang berlinangan. Haha. Geli je kan dengar?
Baru habis lunch kat salah sebuah restoran yang ada kat Pantai Cenang. |
Tak dapat naik cable car hari tu. So, pujuk hati dengan makan aiskrim je la. |
potpetpotpet : Ada banyak lagi gambar. Sabar ye?