Sabtu, 31 Julai 2010

Aku Sebagai Pemandu Di Lebuhraya

Aku dah sampai Melaka tercinta.


  • Hujan
Kau tahu hujan turun slow mula mula. Lepas tu hujan jadi lebat bak kata omputeh raining cats and dogs. Nervous seyh nak drive laju laju. Tapi aku tetap drive laju laju haha. Sambil kumat kamit baca doa naik kenderaan. Eh eh jangan lupa buka lampu kereta time hujan neyh supaya kereta kereta lain nampak. :)


  • Sesak
Siriyes cam tahik je tadi. Lebuhraya sesak daripada Shah Alam sampai Seremban. Gilosss. Penat menjadi-jadi bila tengok kereta kereta beratur panjang dah macam orang orang nak beli tiket bas balik raya haha. Tak best weyh kalau drive tapi tersekat-sekat. Siottt je rasa dia.


  • Mengantuk
Neyh lagi satu hal. Aku rasa aku dah macam terlebih tidur. Tapi kan tapi kan tapi kan aku tetap mengantuk masa drive tu. So how? Nak kena minum Kopi Jantan ke baru tak mengantuk haha. Mampuih. Aku kalau dah mengantuk tahap cipansss aku berhenti kejap kat mana-mana R&R terdekat lepas tu aku take a nap. Katakan anda mampu mengubahnya!


potpetpotpet: Memandu itu memenatkan.

Khamis, 29 Julai 2010

Drama Sebabak Perempuan Terlampau Berani

Bukan Aku : Halo? Ni siapa?

Aku : Eh jap. Ni siapa pulak?

Bukan Aku : Errr... Ni siapa ek?

Aku : Haiyak. Ni tiba tiba kol saya lepas tu tanya saya siapa pulak. Hurmmm. Ni Hizami.

Bukan Aku : Oh. Ni Munah bukan nama sebenar.

Aku : Siapa pulak ni?

Bukan Aku : Takde siapa siapa.

Aku : Eh eh mana dapat nombor ni?

Bukan Aku : Ada kawan bagi.

Teeettt...


Aku matikan terus talian tu. Adeh. Aku tak suka kot spesies perempuan macam ni. Gedik gedik kol nombor entah siapa siapa lepas tu boleh pulak nak kenal kenal. The problem is kau nampak sangat sangat desperado. Siriyes. You don't know who you call on the phone, then kau senang senang nak beramah mesra selamat hari raya bagai. What if I was a serial killer. Kau tak takut ke? Okay. Aku tahu aku memang tak logik nak jadi serial killer haha.


Lepas tu kan kan kan dia hantar mesej pulak. Haiyak. Cik adik hoi sila hentikan perbuatan ni. Cewahhh. Aku ni dah la malu malu kucen kalau bab bab ni. Erk. Harap maklum. Biar aku sorang je yang gatal gatal ulat bulu. Kau tak perlu. :P


Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?" Murid-muridnya menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah NAFSU (Al A’Raf 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka. Sumber di sini.




potpetpotpet: It's a man's world. :)

Isnin, 26 Julai 2010

Program Jom Habiskan Duit, Masa Dan Tenaga Di Lost World Of Tambun!

Halo halo. Nak minum Milo jap serta donut Mimi Lolo sambil pakai baju Baby Milo. Erk. Aku pun tak faham weyh. Lantak. Eh eh kalau kalau kau faham kau boleh kerja kat Dewan Bahasa Dan Pustaka haha. Mampuih. Sila abaikan.


Aku gi Lost World Of Tambun semalam. Siriyes letih gilosss. Aku baru je tunjuk skill konon konon terer berenang tu pun kaki dah ponat. Tapi best weyh dapat jalan jalan dengan kawan kawan neyh. As we all concern, this is the final semester that we together spend in the main campus. Lepas neyh masing masing buat hal sendiri ... kot. Adeh. Harap harap tak macam tu.


Tapi kan ... ada beberapa orang tak dapat nak mandi. There were three girls. I felt sorry for them. Ya. They brought tracksuits which they can't wear them. Life guards kat situ tak bagi pakai seluar spesies tracksuits neyh. Well. Nak buat macam mana. Peraturan dia ketat sangat kot. Entah. Oh. Aku tahu sajo semua peraturan tu demi keselamatan. Hurm... However ever ever ever... Kau tak kesian ke? They all bought tickets before knowing that they can't go for mandi manda. So dorang hanya tengok orang lain mandi manda sajo. Eh eh nasib ada mini zoo and games kat situ. At least they had something to do there. Takpe takpe. Anyway it was a wonderful Sunday to be honest. :)




potpetpotpet: Gara gara Lost World Of Tambun, aku melepaskan dua tanggungjawab lain. Adeh. I had to choose. That's what we called as life. Suka atau tak aku kena pilih haha.

Ahad, 25 Julai 2010

Sikit Sikit Lama Lama Jadi Bukit Tak Boleh Pakai!

Haiyak! Dah ketul-ketul lengan aku dok menyental baju, suar, kain pelikat, singlet dan jugak spenda haha. Tak perlu gi gym semua tu konon konon la. Tu la sebab dan akibat bila aku mengamalkan konsep sikit sikit lama lama jadi bukit. Maka berbukit sudah pakaian terkumpul setakat neyh. Hamek!!! Terketar-ketar kepala lutut aku tadi dok canggung cangkung sambil sental sental haha. The moral of the story is aku tak reti nak lukis mural. Erk.




Eh eh aku dah siap hantar laporan ROS semalam. Fuhhh... Lega sudah. Hampir dua hari jugak aku tak cukup tidur. Kusut kepala hotak dok fikir fikir menatang neyh. Nasib dah selesai. Alhamdulillah. So lepas ni nak buat tesis pulak. Mampuih. Satu hape pun tak taip lagik. Tapi aku dah kutip data semua tuh cuma aku tak sempat nak analisis data tuh. Tengok la kalau rajin nanti. Entah bila kan nak rajin rajin tuh. Lantak.


potpetpotpet: Nak jalan gi Lost World Of Tambun kot.

Rabu, 21 Julai 2010

Meriah Di i-City Seperti Meriah Di Aidilfitri



Adeh. Aku sempat singgah i-City hari tu. Kau tahu budak budak kat facebook aku tuh iya iya upload gambar gambar dorang gi i-City. Aku pun jealous weyh. Nak tak nak aku kena gi i-City jugak. Boleh?




Eh eh aku siriyes pelik awat ramai sangat manusia gi i-City? Bersepah sepah weyh. Rajin pulak dorang nak datang situ termasuklah aku kan kan kan? Aku tengok kereta kereta tetap beratur nak masuk walaupun dah hampir tengah malam. Gilosss. Anyway apa yang menarik perhatian aku kat situ bila mak mak dan ayah ayah pun nampak teruja nak posing sakan kat i-City tuh weyh. Terkujat kujat aku tengok dorang haha. Well. It's a good thing. Seronok tengok dorang dengan keluarga masing masing. :')




Secara rumusannya apa yang ada kat i-City ialah lampu semata-mata. Best? Hurmmm... Boleh la kalau kau nak tengok warna warni tuh haha. Tapi seronok la dapat meluangkan masa dengan kawan kawan neyh. Bila lagi boleh buat benda benda neyh lagi kan kan kan? :)




potpetpotpet: Tak lama lagi nak puasa dah lepas tu raya pulak haha.

Selasa, 20 Julai 2010

Bukan Besi Buruk

Weyh. Weyh. Weyh. Aku gi Masjid Besi hari tuuu dan aku teruja! Siriyes. Cantik siottt!!! Rasa macam nak gegettt je tiang tiang kat situ. Fuhhh. Eh eh aku gi Masjid Besi nak solat Zohor for the first place. Tak tahu pulak tempat dia cambest gilosss. Aku gi jalan jalan Putrajaya dengan kawan kawan last Sunday. Adeh. Dah habis duit jalan jalan. Tidaaakkk!!! Nak duit lagikkk!!! Eh eh siapa tak pernah gi lagi Masjid Besi ni sila sila singgah. Jom jom buat qiamullail kat sini. Ops. Lupa nak beritahu. Untuk makluman pelancong pelancong asing sekalian bahawasanya Masjid Besi ni nama dia masa zaman batu. Sekarang dah tukar jadi Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.










potpetpotpet: Duit bukan segalanya tapi segalanya memerlukan duit. Oh. Hampir tepat.

Why Did You Come Late?

Why did you come late?

Errr...

I asked a simple question. Why did you come late?

We miss the bus.

Oh. Jadi bus yang salah?

No no no.

You can't fly? You are not a superman? Why can't you just fly to the class?

Errr...

This is the last warning.


Adeh. Tak pasal pasal aku dah kena sentap pagi pagi. Haish. Aku datang lewat gi kelas weyh. Ya. Lewat hampir sepuluh minit kot kot tak silap. Oh. Nasib aku berdua tadi. Kalau sorang sorang aku mati kutu kat depan tu nak jawab teka teki lecturer tu. Haha. Salah siapa? Aku juaaa...
 



potpetpotpet: Tak pernah serik rasa macam nak lagi dan lagi haha.

Isnin, 19 Julai 2010

Jalan Jalan Hujung Minggu

Awesome weekend I had. What about yours?
I'll write about that in the next entry.
:)


potpetpotpet: Lepak seyh.

Khamis, 15 Julai 2010

Mulai Esok Harga Minyak Naik 5 Sen!

Weyh. Cepat cepat gi start enjin kereta kau lepas tu berdesup gi stesen stesen minyak berhampiran. Harga minyak dah naik weyh! Mulai hari esok bersamaan dengan 16 Julai 2010 maka petrol RON95 dijual pada harga RM1.85 seliter manakala LPG berharga RM1.85 sekilogram haha. Hamekkk kau! Tak pasal pasal aku isi minyak penuh penuh tadi. Adeh. Gila bersepah kereta kat stesen stesen minyak weyh. Jom jom singgah isi minyak!!!




potpetpotpet: Lepas ni apa pulak nak naik?

Mulut Biar Wangi Supaya Tak Busuk.

Adeh. Bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur terlajak kata haaa tak boleh nak buat apa dah. Ya. Siapa suruh tak jaga mulut tu biar wangi sikit? Tak pasal pasal ada hati terluka darah meleleh-leleh. Cewahhh.




Well. Kadang kadang kita tak perasan bila masa dan ketika lagak kita tanpa sengaja telah mengguris hati perasaan orang lain. It is okay if we want to make fun of somebody but as long as it is not too much la kan kan kan? Sometimes we just don't know what the hell when we did something wrong. Kita rasa apa yang kita buat tu okay je. Padahal ada orang terasa pulak dah. That is why kita perlu berhati-hati dalam bab neyh. Choose your words carefully. Most situations people argue over aren't worth ending a good friendship over.




As for me, I am sorry if I have done anything wrong that makes you friends hurt. I love you friends! This is our final year in UPSI. And I am happy so far. :')

Rabu, 14 Julai 2010

Kejam Kejam Kejam

Adeh. Aku tak sangka pulak banyak kerja kerja nak kena buat awal awal semester neyh. Kejam siottt! Meanwhile aku tak semangat nak mulakan semua benda neyh. Siriyes. Jom tinjau senarai semak kerja kerja berkenaan.
  • Laporan ROS
  • Tesis
  • Proposal Sejahtera Bernam
  • Proposal Minggu Alam Sekitar

Buat buat jambu haha.


potpetpotpet: Jangan tangguh tangguh.

Selasa, 13 Julai 2010

Taste My Tongue

Hey. Sodap seyh aku bantai dinner neyh. Tak pasal pasal merembes air liur aku. Siriyes. Total duit terbang ialah RM 11 haha. Syok weyh sekali sekala telan benda benda neyh. Jom tengok apa ada kat dalam perut aku malam tadi. Adeh.


Hot Hazelnut Chocolate


Garlic Butter Chicken Rice


potpetpotpet: Aktiviti memanjakan tekak.

Sabtu, 10 Julai 2010

Cheesy Wedges. Kunci. Kool Fever.

First aku dah sampai Tanjong Malim neyh. Tadi aku singgah kat Sekolah Seri Puteri Cyberjaya tuuu... My sis asked for cheesy wedges. Sejenis produk keluaran KFC weyh. Tahu tak? Haish. Demand kan kan kan? Nasib aku tak gi beli ubi keledek bagi kat dia haha rasakannn.


 Ni haaa dia puteri raja nak cheesy wedges tu haha.


Second aku tak dapat masuk bilik kat kolej kediaman neyh. Well. Aku lewat sampai tadi dah lebih waktu pejabat maka aku tak dapat nak tuntut kunci bilik tu. Siottt!!! Tak pasal pasal aku merempat menagih simpati kat rumah kawan aku neyh. Siriyes aku dah rasa macam pelarian walaupun aku tak berlari-lari apatah lagi menari. Eh eh esok pagi pagi lagi aku nak berdiri depan pejabat nak kunci nak kunci nak kunci.


Third aku dapat MMS from my mom. Cewahhh. My mom sent a picture of my sis iaitu Husna.  Dia sedang tertidur dengan Kool Fever kat dahi dia. Eh eh dia demam seyh. Time time aku balik ni pulak dia demam. Menguji kelelakian aku betul neyh. Tak pasal pasal aku rindu rinduan haha. :')


potpetpotpet: Letih tapi gigih nak online betapa semangat waja.

Jumaat, 9 Julai 2010

Krabby Patty Tiada Di Krabi Island. Harap Maklum.

Hey. Thanks to Qarl for giving me a t-shirt from Krabi Island! That's so nice of you lah. Adeh. Qarl went for a vacation there with some friends. At time when he told me that dia nak gi Krabi Island tu aku tiba-tiba nak minta KRABBY PATTY satu boleh? I thought Mr Krabs lived there. Siriyes. Eh eh kau kenal siapa Mr Krabs tak? Adeh. He is the owner of The Krusty Krab tu. Dan Spongebob Squarepants tu haaa kerja dengan dia.


The Krusty Krab takde drive-thru kau tahu.


Ni Spongebob Squarepants tengah action lebih buat KRABBY PATTY.


Masalah yang timbul sekarang ialah aku dah lari topik kau tahu. Lantak. Oh. Krabi Island ni kat Thailand. Aku dah google tadi haha. And Ao Nang has the cleanest of environments in the area. Wow. Qarl must have a great time kan kan kan? I found out that the place is less crowded and more quiet. It surely gives a more peaceful atmosphere just like you wanted. Adeh. Aku tompang gumbira je haha.


Aku dapat poskad weyh! A beautiful postcard! :')


Terima kasih daun keladi.


potpetpotpet: More than enough.

Khamis, 8 Julai 2010

Yang Mana Satu : Werewolf Atau Vampire?

Weyh. Nak nyanyi ni. Jong jong inai mak ipong waja wali. Sekian. Eh eh aku nak tengok The Twilight Saga Eclipse ni!!! Tapi tak tahu bila haha. Teruja seyh. Jong jong inai mak ipong waja wali.


Nah nah nah poster besar gedabak haha. Jacob Black VS Edward Cullen.


Hey. Aku dah check from internet sources. Nak tinjau apa kata dorang dorang yang dah tengok Eclipse ni. Hurmmm. I found out there were mix reviews. Ada kata best. Ada kata tak best. Well well well. We ain't have the same eyes. Maka aku kena tengok dengan mata kepala aku sendiri kalau nak tahu best atau tak best kan kan kan? Jong jong inai mak ipong waja wali.


Nak jadi werewolf atau vampire? Adeh.


potpetpotpet: Bella Swan ni tamak seyh. Eh eh siapa nak dating dengan aku tengok Eclipse ni haha.

Rabu, 7 Julai 2010

Dulu Hot Sekarang Cool.

Weyh. Nampak tak? Siriyes. Aku dah tukar warna tema blog Budak Lelaki Sebelah Pintu ni daripada merah jadi biru. Bak kata pepatah dulu hot sekarang cool kan kan kan? Adeh. It is hard to make this decision actually. Blog ni dikenali dengan warna merah panas panas tu. Tiba-tiba sekarang aku tukar biru sejuk sejuk pulak. Tak pasal pasal buat saspen je. Well well well. Aku nak jugak try guna pakai kaler feveret aku ni. Ya. Aku suka biru. Most of my shirts kaler biru weyh. Siriyes. Eh eh merah tu masih ada lagi sisa sisa dia tertinggal. Aku tak buang merah seratus peratus. Enough said. I hope you guys still enjoy reading my story! :')




New header. Guess what??? Aku crop muka aku tu guna Paint je haha. Lepas tu lain lain guna Photoscape semata-mata. Sian seyh. Aku takde Adobe Photoshop macam kau. Lagipun aku tak reti nak guna menatang tu weyh. Adeh.


potpetpotpet: Aku budak biru.

Resipi Roti Butter Telur Mayonis

Hey. Aku sorang sorang kat rumah ni. Tiba-tiba aku lapar. Cehhh saja nak buat saspen. Jeng jeng jeng. Cuba teka aku makan apa? Roti Butter Telur Mayonis. Adeh. Nama resipi pun dah tahu betapa dia menggemokkan. Lantak. Tapi siriyes sodap!




Bahan-Bahan (nama resipi pun dah tahu haha)
  • Roti
  • Butter
  • Telur
  • Mayonis
Cara (ikut sukahati)
  1. Sila pecahkan telur tu masuk dalam mangkuk. Ni takde kaitan dengan gelek-gelek telur pecah sebiji.
  2. Letak pulak beberapa sudu mayonis kau nak letak. Jangan suka suki kau letak sebelas tiga perempat sudu mayonis nanti tak pasal-pasal jadi mayonis telur dan bukan telur mayonis. Faham???
  3. Kacau sampai sebati campuran telur dan mayonis tu.
  4. Eh eh kau dah panaskan minyak dalam kuali belum?
  5. Apalagi? Gi goreng telur mayonis tu sampai masak.
  6. Oh. Lepas tu giliran roti pulak. Ambil roti tu sapu dengan butter.
  7. Bakar roti butter tu. Tak perlu kau nak gedik gedik bakar guna unggun api. Guna toaster sudah.
  8. Lastly kau letak telur mayonis tu atas sekeping roti butter tadi. Kemudian letakkan sekeping roti butter lagi kat atas dia pulak.
  9. Baca doa makan.
  10. Ngap!

potpetpotpet: Wah. Teruja pulak bila first time terkeluar entri masak masak ni haha.

Selasa, 6 Julai 2010

Review : Miley Cyrus - Can't Be Tamed 2010 & Enrique Iglesias - Euphoria 2010

I just heard these two latest album from Miley Cyrus and Enrique Iglesias. Check them out guys!!!



Who is she? She is Destiny Hope Cyrus. Kau kenal? Tu nama kampongsss dia. Nama glamorsss dia Miley Cyrus. Enough said. The latest album entitled Can't Be Tamed is the third studio album by Miley Cyrus. It was released on June 18, 2010 kau tahu. By the way, this album had poor reviews from many sources. Siriyes. For me the album lacks of creativity. The songs are interesting to hear but they are nothing special. Bak kata pepatah masuk telinga kanan keluar telinga kiri atau masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Sukahati la nak masuk kat mana pun kau nak haha. This record contains 12 tracks.
  1. Liberty Walk
  2. Who Owns My Heart
  3. Can't Be Tamed
  4. Every Rose Has It's Thorn
  5. Two More Lonely People
  6. Forgiveness And Love
  7. Permanent December
  8. Stay
  9. Scars
  10. Take Me Along
  11. Robot
  12. My Heart Beats For Love
Okay. My picks would be Liberty Walk, Can't Be Tamed, Scars and My Heart Beats For Love. Oh. I miss The Climb's tune in this album. :'(



This is the ninth studio album from Enrique Iglesias. Macho seyh dia ni. Kagum. And it is the first bilingual album by him. This album contains 14 tracks for international edition. A lot huh? The album was released on July 5, 2010 internationally.
  1. I Like It feat. Pitbull
  2. One Day At A Time feat. Akon
  3. Heartbeat feat. Nicole Scherzinger
  4. Dirty Dancer feat. Usher
  5. Why Not Me
  6. No Me Digas Que No feat. Wisin & Yandel
  7. Ayer
  8. Cuando Me Enamoro feat Juan Luis Guerra
  9. Dile Que
  10. Tu Y Yo
  11. Heartbreaker
  12. Coming Home
  13. Everything's Gonna Be Alright
  14. No Me Digas Que No
It is a great and fun album. My picks would be I Like It, Heartbeat, Dirty Dancer and No Me Digas Que No. Anyway, what does euphoria mean? Anyone? Okay. Euphoria means a feeling of great happiness or well-being. Yeah. Another vocab learned. :)

Isnin, 5 Julai 2010

Lirik - Cinta - Mohd Mentor 4

Lirik - Cinta - Mohd Mentor 4

Ku persembah cinta suciku
buat insan yang ku sayangi

Ku ukirkan dalam hatimu
jawapan cinta kepadamu
hanya kau mengerti

Selamilah kasih sucinya cintaku
tulusnya cintaku hanya kepadamu

Mampukah kau mengerti
perasaanku kepadamu
dan tulus kasih hanyalah untukmu

Mampukah kau selami
jauh ke dasar hati ini
oh hanya namamu yang tersembunyi

Ku harapkan kau mengerti
cintaku seadanya kasih

Ku inginkan kebahagiaan
bersamamu oh selamanya
tanpa rasa curiga




potpetpotpet: A simple song. Nothing special. Eh eh kau nak tahu tak bahawasanya aku gigih tulis lirik ni sambil dengar lagu dia. Rajin kan kan kan? :)

Husna Di Mana? Husna Di Mana? Husna Di Mana?

Adeh. Husna ni N to the A to the K to the A to the L seyh. Susah betul nak layan dia. Nak itu nak ini. Tak nak itu tak nak ini. She is spoilt kau tahu mentang-mentang dia anak bongsu.


Kat Pizza Hut. Eh eh Husna suka betul dengan sup cendawan tu. Kalau tak silap dah dekat tiga pinggan sup cendawan dia belasah kau tahu.


Kat playground Jaya Jusco. Husna takut seyh nak main dengan budak-budak lain yang beraksi ganas tahap 18SG main situ.



Kat R&R Seremban. Celik IT katanya haha. Tekun betul Husna main game dia tapi tak pernah pernah nak menang main game tu. Adeh. Takpe takpe. Usaha tangga kejayaan kan Husna?

Ahad, 4 Julai 2010

Mohd Juara Mentor 4!

Aku tengok konsert akhir Mentor 4 ni tadi. Anyway tahniah kepada Ziana Zain dan protege dia Mohd kerana berjaya menjadi juara Mentor 4. Berbaloi baloi haha. Eh eh makan hati la siapa yang tak dapat jadi protege Ziana Zain tu. Adeh... Mohd bermula dengan kekalahan dua kali berturut-turut kau tahu. Nasib lepas tu Mohd berjaya mara ke peringkat separuh akhir dengan kutipan markah tertinggi. Kagum seyh.


Tema dia usaha tangga kejayaan.


Eh eh aku suka pulak dengan persembahan Nani. Lebih lebih lagi masa dia nyanyi lagu Livin' La Vida Loca tu. Siriyes best weyh. Oh persembahan Adi pulak okay okay sajo. :)

Sabtu, 3 Julai 2010

Cikgu Tak Boleh. Sorry.

Minit minit terakhir di Sek Men Keb Dato' Dol Said Bestari.
All the best to you guys. :')


Pelajar A : Cikgu dah habis la kat sekolah ni?

Aku : Ya. Cikgu dah habis. Yabedabeduuu...

Pelajar A : Ala... Cikgu kata nak belanja KFC.

Aku : Alamak. Cikgu tak janji kan? Cikgu kata kalau boleh cikgu belanja haha. Eh eh tapi KFC kat sini tak buka pagi pagi. Jadi cikgu tak sempat nak beli KFC.

Pelajar A : Cikgu belanja lepas ni la. KFC buka sekarang.

Aku: Erk. Cikgu ada hal lepas ni. Sorry. Lain kali cikgu belanja ye? Jangan sodeh sodeh.

Pelajar A : Cikgu, nak salam...
(sambil menghulurkan tangan dia)

Aku : Oh. Tak boleh tak boleh.

Pelajar B : Eh eh bukan muhrim mana boleh salam.


Okay. Pelajar A dan Pelajar B tu bukan Islam. Jadi aku tak salahkan Pelajar A bila dia menghulurkan tangan tu. Mula mula aku teragak-agak jugak sebab aku takut dia terasa hati kot kot aku tak nak salam dia. Aku tak kejam seyh. Siriyes. Fikir fikir then aku kata tak boleh. Tapi aku salute betul dengan Pelajar B tu sebab aku tak sangka dia faham weyh. Anyway, thanks to all of you. Aku terharu dengan keramahan pelajar pelajar situ. :')




potpetpotpet: Siapa sangka hari pertama aku kat sekolah tak best tapi jadi best hari ke hari. Alhamdulillah.

Layan Saja.

Aku malas nak taip. So layan gambar gambar kat bawah ni. Kitorang jalan jalan Melaka. As a result kitorang tak tidur petang seperti biasa haha. Fun weyh. Waka waka.















potpetpotpet: Kawan biar berjuta-juta lemon.

Khamis, 1 Julai 2010

Nyut Nyut Kepala.

Hey hey hey. Hari ni aku kena balik sekolah kol 5 petang weyh. Siriyes penat. Letih gilosss. By the way, kejap lagi ada Latihan Dalam Perkhidmatan 5 (LADAP 5) kau tahu. Okay kau tak tahu kan? Tak payah nak buat-buat tahu nanti aku pijak betis kau haha. Oh. Semua guru terlibat kay. Dan kitorang kena belajar something about computer. Aku dengar dengar macam movie maker kot. Entah. Kalau la betul aku dah kira pakar nak guna movie maker ni. Maka aku tak perlu datang la kan kan kan? Adeh. Tapi aku tetap nak support benda ni weyh. Go go go!!!


Aku dah tambah isi. Korang doa doa supaya kurang isi boleh? :')


potpetpotpet: Hidup mula serabut kepala mula nyut nyut.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com