Isnin, 30 Oktober 2017

MODENAS Anjur Bakat Besi - Pertandingan Reka (Motosikal) Terbuka Pelajar Universiti & Kolej

Salam.


Lelaki dan motosikal memang tak dapat dipisahkan. Tapi bukan semua lah sebab aku terkecuali. Haha! Haaa... Kepada mereka yang minat gila dengan motosikal, yang ada bakat dalam bidang reka bentuk, ni ada berita baik untuk korang kerana MODENAS telah menganjurkan Bakat Besi: Peraduan Reka yang terbuka kepada semua belia di kolej-kolej dan universiti-universiti tempatan. Serius lah! Pertandingan ini baru je dilancarkan pada hari Ahad, 29 Oktober 2017 di Litar Antarabangsa Sepang. Haaa... Kira pertandingan ni panas lagi ni baru keluar dari kuali! Tengok lah gambar-gambar kat bawah ni, panas ke tidak? Haha! Terima kasih Taufiq tolong ambilkan gambar-gambar hari Ahad tu.






Bakat Besi: Peraduan Reka

2 Kategori:
  • Rekaan konseptual
  • Rekaan stiker

Pertandingan ini adalah berdasarkan daripada dua model motosikal terbaharu dari MODENAS, iaitu, Pulsar dan V15. Kedua-dua motosikal ini akan digunakan sebagai landasan bagi MODENAS untuk mencari dan memberikan peluang kepada bakat-bakat muda yang kreatif dan inovatif terutamanya dalam kejuruteraan reka bentuk dan motosikal.

Pulsar NS200

Pulsar RS200

V15

Pertandingan ini bertujuan untuk mencari bakat-bakat daripada dan kolej dan universiti tempatan terutamanya dalam bidang reka bentuk dan kejuruteraan, sekaligus menyediakan platform untuk mereka menunjukkan keupayaan dan hasil kerja mereka kepada dunia sebenar. Melalui penyertaan pertandingan ini juga, para pelajar akan didedahkan dan terlibat secara tidak langsung dengan jenama motosikal terkemuka di Malaysia, R8DER.

Syarat Peserta:
  • Minimum 30 orang pelajar dari setiap kolej atau universiti.
  • Tiada penyertaan secara berkumpulan.
  • Pertandingan ini adalah terbuka kepada individu.

Penyertaan:
  • Tempoh Pertandingan: 28 Oktober 2017 - 28 November 2017
  • Penyertaan Akhir: 28 November 2017
  • Tempoh Undian & Penilaian Juri : 29 November 2017 - 15 Januari 2018
  • Pengumuman Pemenang: 21 Januari 2018


Kategori Rekaan Konseptual

Garis pemarkahan:
  • Konsep - 25%
  • Kreativiti - 25%
  • Fungsi - 25%
  • Undian atas talian - 25%

Syarat penyertaan:
  • Rekaan yang dihantar perlulah merujuk kepada rangka kerja motosikal yang dimuat turun daripada laman web R8DER.
  • Rekaan tidak melanggar mana-mana peraturan jalan raya di Malaysia.
  • Rekaan mestilah boleh dihasilkan dan ditiru.




25% undian atas talian:
Semua rekaan yang dihantar akan dimuat naik di laman web R8DER untuk undian atas talian.

75% penilaian juri:
3 orang peserta terbaik akan diundang untuk membentangkan hasil kerja mereka di hadapan para juri penilai.


Kategori Rekaan Stiker

Syarat penyertaan:
  • Rekaan yang dihantar perlulah merujuk kepada rangka kerja motosikal yang dimuat turun daripada laman web R8DER.
  • Rekaan tidak melanggar mana-mana peraturan jalan raya di Malaysia.
  • Rekaan mestilah boleh dihasilkan dan ditiru.
  • Pemenang akan ditentukan melalui bilangan "likes" terbanyak.

100% undian atas talian:
10 rekaan terbaik akan dimuat naik di laman web R8DER untuk undian atas talian.





Hadiah

Tempat Pertama:
  • Sebuah motosikal MODENAS
  • RM3,000
  • RM300 baucar tunai Petron
  • RM800 baucar MotoGear Malaysia
  • Sijil

Tempat Kedua:
  • RM1,000
  • RM150 baucar tunai Petron
  • RM500 baucar MotoGear Malaysia
  • Sijil

Tempat Ketiga:
  • RM500
  • RM100 baucar tunai Petron
  • RM300 baucar MotoGear Malaysia
  • Sijil

Nampak tak? Pemenang tempat pertama bagi kedua-dua kategori bakal membawa pulang sebuah motosikal MODENAS! Pehhh... Rugilah kalau korang lepaskan peluang ni. Kalau tak menang pun, dapat pengalaman dan ilmu sedikit banyak sepanjang pertandingan Bakat Besi: Peraduan Reka ni. Serius lah, sebenarnya korang tak rugi apa apa pun. Apa tunggu lagi?


Layari laman sesawang www.r8der.my untuk menyertai Bakat Besi: Peraduan Reka atau untuk maklumat lanjut. Sebagai info tambahan, korang boleh singgah blog Uncle Zuan nescaya korang tak akan menyesal. Dah!

Gegar Vaganza 2017 - Senarai Lagu & Keputusan Konsert Mingguan

Salam.

Konsert Gegar Vaganza kembali lagi! Penyanyi-penyanyi hebat akan mula mewarnai setiap hujung minggu kita lepas ni. Gegar Vaganza 2017 kali ni menampilkan Aishah, Aqasha, Elyana, Ferhad, Firman, Haida Hafiz, Hazami, Lan Kristal, Liza Hanim, Raja Azura, Syura Badron dan Tia Jinbara. Haaa... Mana satu pilihan korang untuk musim baharu ni? Jadi jangan lupa saksikan konsert mingguan Gegar Vaganza musim ke-4 pada setiap hari Ahad jam 9 malam menerusi siaran langsung di Astro Ria saluran 104 atau di Astro Ria HD saluran 123.

Sumber gambar: DI SINI

Konsert Minggu 1

Tema: Masihkah Kau Ingat?

Senarai Lagu:

Aishah - Janji Manismu
Aqasha - Embun
Elyana - Tak Tercapai Akalmu
Ferhad - Kasih Berubah
Firman - Kehilangan
Haida Hafiz - Zapin Usik Mengusik
Hazami - Mungkin Bahagia
Lan Kristal - Seragam Hitam
Liza Hanim - Siapa Sangka Siapa Menduga
Raja Azura - Hati Terkunci
Syura Badron - Nazam Berkasih
Tia Jinbara - Farhana Puteri Bumi Kenyalang

Sumber gambar: DI SINI

Keputusan:
  1. Aishah - 96%
  2. Firman - 91%
  3. Hazami - 90%
  4. Liza Hanim - 87%
  5. Lan Kristal - 86%
  6. Tia Jinbara - 85%
  7. Elyana - 85%
  8. Syura - 82%
  9. Ferhad - 75%
  10. Aqasha - 75%
  11. Haida - 72%
  12. Raja Azura - 68%

Sumber gambar: DI SINI

Konsert Minggu 2

Tema: Sekali Dengar Pasti Melekat

Senarai Lagu:

Aishah - Dingin (Ziana Zain)
Aqasha - Aku (Jamal Abdillah)
Elyana - Masih Cinta (Kotak)
Ferhad - Harus Terpisah (Cakra Khan)
Firman - Rindu Serindu Rindunya (Spoon)
Haida Hafiz - Gubahan Rindu Puisi Syahdu (Fauziah Latiff)
Hazami - Setengah Mati Merindu (Hazami)
Lan Kristal - Karam (Zabarjad)
Liza Hanim - Aku Hanya Pendatang (Fransisca Peter)
Raja Azura - Apa Yang Ku Cari (Endang S. Taurina)
Syura Badron - Ku Pendam Sebuah Duka (Khadijah Ibrahim)
Tia Jinbara - Lagu Cenderawasih (Kris)

Sumber gambar: DI SINI

Keputusan:
  1. Liza Hanim - 83.8%
  2. Haida - 72.9%
  3. Hazami - 71.9%
  4. Syura - 67.3%
  5. Aishah - 67.3%
  6. Tia Jinbara - 66.8%
  7. Lan Kristal - 64.5%
  8. Aqasha - 63.4%
  9. Firman - 63.3%
  10. Elyana - 62.8%
  11. Raja Azura - 61%
  12. Ferhad - 52.5% (Tersingkir)

Sumber gambar: DI SINI

Konsert Minggu 3

Tema: Berani Ke Tidak

Senarai Lagu:

Aishah - Terukir Di Bintang (Yuna)
Aqasha - Cinta Tak Keruan (Amigos)
Elyana - Wulan Merindu (Cici Faramida)
Firman - Zalikha (Floor 88)
Haida Hafiz - Kenangan Bersamamu (Lefthanded)
Hazami - Joget Kenangan Manis (Sudirman)
Lan Kristal - Sayang Sayang (Aliff Aziz)
Liza Hanim - Laguku Untukmu (Meet Uncle Hussien)
Raja Azura - Perhaps Perhaps Perhaps (The Pussycat Dolls)
Syura Badron - Knock Knock (Elizabeth Tan)
Tia Jinbara - Bila Resah (Anuar Zain)

Sumber gambar: DI SINI

Keputusan:
  1. Liza Hanim - 83.4%
  2. Firman - 77.6%
  3. Lan Kristal -  77.6%
  4. Hazami - 75.6%
  5. Tia Jinbara - 75.6%
  6. Aishah - 75.4%
  7. Syura - 73.8%
  8. Haida - 71.8%
  9. Aqasha - 63.4%
  10. Elyana - 61.4%
  11. Raja Azura - 61.2% (Tersingkir)

Sumber gambar: DI SINI

Konsert Minggu 4

Tema: Berdua Lebih Baik

Senarai Lagu:

Aishah (duet Sam Innuendo) - Ceritera Cinta (Jaclyn Victor & Rio Febrian)
Aqasha (duet Tomok) - Cinta Ini Membunuhku (D'Masiv)
Elyana (duet Aepul Drama Band) - Aku Yang Tersakiti (Judika)
Firman (duet Misha Omar) - Biar Menjadi Kenangan (Rezza)
Haida Hafiz (duet Ezad Lazim) - Memori Daun Pisang (Iwan & Amelina)
Hazami (duet Azharina) - Jangan Pisahkan (Deddy Dores & Mayang Sari)
Lan Kristal (duet Siti Nordiana) - Naluri Cinta (To'ki & Rohana Jalil)
Liza Hanim (duet Hafiz Suip) - Dirgahayu (Faizal Tahir & Siti Nurhaliza)
Syura Badron (duet Bob) - Selasih Ku Sayang (Ahmad Jais & Rafeah Buang)
Tia Jinbara (duet Aweera) - Arjuna Mencari Cinta (Dewa 19)

Sumber gambar: DI SINI

Keputusan:
  1. Hazami - 86%
  2. Liza Hanim - 83.6%
  3. Aishah - 80.6%
  4. Firman - 67.8%
  5. Tia Jinbara - 67.8%
  6. Lan Kristal - 67.8%
  7. Elyana - 65%
  8.  Syura - 61%
  9. Aqasha - 61%
  10. Haida - 53.2% (Tersingkir)

Sumber gambar: DI SINI

Konsert Minggu 5

Tema: Kaum Kerabat

Senarai Lagu:

Aishah - Menghitung Hari (Krisdayanti)
Aqasha - Juwita (M. Nasir)
Elyana - Sepi (Yuni Shara)
Firman - Bukan Aku Tak Cinta (Iklim)
Hazami - Jerat Percintaan (Siti Nurhaliza)
Lan Kristal - Sangkar Cinta (Ziana Zain)
Liza Hanim - Lelaki Teragung (Dayang Nurfaizah)
Syura Badron - Sepi Sekuntum Mawar Merah (Ella)
Tia Jinbara - Antara Hujan dan Air Mata (Sudirman)

Sumber gambar: DI SINI

Keputusan:
  1. Aishah - 75%
  2. Hazami - 74.4%
  3. Firman - 74%
  4. Liza Hanim - 72.8%
  5. Lan Kristal - 69.8%
  6. Syura - 69%
  7. Aqasha - 68.4%
  8. Tia Jinbara - 68.2
  9. Elyana - 59.4% (Tersingkir)

Sumber gambar: DI SINI

Konsert Minggu 6 (Suku Akhir)

Tema: Jangan Kata Tak Tahu

Senarai Lagu:

Aishah - Tergantung Sepi (Haqiem Rusli)
Aqasha - That's Why You Go Away (Michael Learns To Rock)
Firman - Terakhir (Sufian Suhaimi)
Hazami - Jampi (Hael Husaini)
Lan Kristal - Pahit Akan Manis Akhirnya (U.K'S)
Liza Hanim - Warkah Untukmu (Ara)
Syura Badron - Kau Tetap Dalam Anganku (Azie)
Tia Jinbara - Bayang (Khai Bahar)

Sumber gambar: DI SINI

Keputusan:
  1. Liza Hanim - 76.1%
  2. Hazami - 73.6%
  3. Aishah - 67.6%
  4. Tia Jinbara - 67.3%
  5. Firman - 67%
  6. Syura - 60.9%
  7. Lan Kristal - 60.6%
  8. Aqasha - 43.8% (Tersingkir)

Sumber gambar: DI SINI

Konsert Minggu 7 (Separuh Akhir)

Tema: Goyang Kaki Goyang Tangan & Runut Bunyi

Senarai Lagu:

Aishah - River Deep Mountain High (Tina Turner) & Keranamu Kekasih (Illa Sabri)
Firman - I Feel Good (James Brown) & Menanti Sebuah Jawaban (Padi)
Hazami - Getaran (Famieza) & Hello (Lionel Richie)
Lan Solo - Kalis Rindu (Elyana) & Ukiran Jiwa (Awie)
Liza Hanim - Kesal (Ella) & Jagalah Diri (Jaclyn Victor)
Syura Badron - Doktor Cinta (Dewi Dewi) & Cinta Antara Benua (Arni Nazira)
Tia Jinbara - Hukum Karma (Wings) & Isabella (Search)

Sumber gambar: DI SINI

Keputusan:
  1. Hazami - 70.55%
  2. Aishah - 69.95%
  3. Firman - 69.50%
  4. Tia Jinbara - 69.35%
  5. Liza Hanim - 68.85%
  6. Lan Solo - 66.40%
  7. Syura - 58.10% (Tersingkir)

Sumber gambar: DI SINI

Konsert Minggu 8 (Akhir)

Tema: Berani Ke Tidak 2.0

Senarai Lagu:

Pusingan Solo
Aishah - All By Myself (Celine Dion)
Firman - Drama King (Meet Uncle Hussein feat. Black)
Hazami - Bahagiamu Deritaku (Hafiz Suip)
Lan Solo - Smells Like Teen Spirit (Nirvana)
Liza Hanim - Meniti Titian Usang (Search)
Tia Jinbara - Romancinta (Mojo)

Pusingan Battle
Aishah VS Liza Hanim - Supergirls (De Fams)
Hazami VS Lan Solo - Amboi (Altimet)
Firman VS Tia Jinbara - Tepi Sikit (Sleeq feat. Joe Flizzow)

Sumber gambar: DI SINI

Keputusan:
  1. Aishah - 81% (Juara)
  2. Liza Hanim - 79% (Naib Juara)
  3. Lan Solo - 70.4% (Tempat Ketiga)
  4. Hazami - 70%
  5. Firman - 69%
  6. Tia Jinbara - 66%

Jumaat, 27 Oktober 2017

Lirik Lagu Haqiem Rusli - Jatuh Bangun

Salam.


Lirik Lagu Haqiem Rusli - Jatuh Bangun

Perjalananku sungguh jauh
ada jatuh, ada bangun
dan ku tempuhi semuanya
dan terus berlari

Cause all I want is time
to know you're mine
and I want you to know that I'm fine

Di saat ku senang, datang
kau menumpang, tenang
dulu ku susah
engkau menghilang

Dulu tak dipandang, tinggal bayang
kesedihan, ku seorang
kau tinggalkan aku tanpa ragu
ku sunyi tanpamu

Cause all I want is time
to know you're mine
and I want you to know that I'm fine

Di saat ku senang, datang
kau menumpang, tenang
dulu ku susah
engkau menghilang

Gambar Pra Konvokesyen Budak Tadika Yang Comel Jadi Perhatian Netizen

Salam.


Comel tak gambar-gambar pra konvokesyen kat atas tu? Sekarang ni kan tengah musim konvokesyen, ke sana ke sini orang bukan main berkongsi gambar dengan jubah dan topi konvokesyen. Tak kurang jugak ada yang gigih throwback gambar konvokesyen lapan belas tahun yang lepas. Haaa... Bagi memeriahkan suasana, seorang photographer telah memuat naik koleksi gambar pra konvokesyen budak-budak tadika kat laman twitter miliknya. Siapa sangka gambar-gambar pra konvokesyen budak-budak tadika tu telah mencuri perhatian netizen dan menerima lebih daripada 12 ribu retweet dan hampir 9 ribu like. Serius lah!


Siapa je yang tak tersenyum melihat gambar-gambar pra konvokesyen budak-budak tadika tu kan? Seronok sangat tengok budak-budak tadika tu bergembira dengan jubah dan topi konvokesyen dorang. Rasa macam nak kembali ke zaman tadika je. Ehhh... Tak sedar diri dah nak masuk angka 30! Haha! Apa-apa pun, semoga adik-adik ni akan berjaya mencapai cita-cita mereka pada suatu hari nanti.


Kredit: @AfiqRozlan

Bajet 2018 - Ringkasan Pembentangan & Senarai Kandungan

Salam.

Sumber gambar: DI SINI

Ringkasan pembentangan Bajet 2018 dan senarai kandungannya:

Bajet 2018 memperuntukkan RM280.25 bilion, lebih tinggi berbanding peruntukan Bajet 2017 dengan RM260.8 bilion.

RM234.25 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus manakala RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

RM7 bilion di bawah Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan, RM5 bilion untuk modal kerja dan RM2 bilion pinjaman dengan 70% jaminan Kerajaan untuk sektor perkhidmatan.

Saiz Dana Skim Pembiayaan PKS Patuh Syariah ditambah RM1 bilion, jadikan saiz dana RM2.5 bilion, diberi subsidi 2% ke atas kadar keuntungan.

RM200 juta diperuntuk bagi program latihan, geran dan pinjaman mudah PKS bawah SME Corp.

RM82 juta diperuntuk bagi pembangunan industri dan produk halal di pelbagai agensi.

Dana Amanah Ikhtiar Malaysia ditambah sebanyak RM200 juta, jumlah pembiayaan keseluruhan mencecah RM2.7 bilion dan manfaatkan 400 ribu peminjam.

RM80 juta di bawah Skim Pembiayaan Ekonomi Desa melalui Bank Rakyat dan Bank SME, kemudahan pembiayaan kepada usahawan Bumiputera luar bandar.

RM150 juta kepada MATRADE, MIDA dan SME Corp bagi melaksanakan promosi dan peluasan pasaran eksport termasuk Market Development Grant.

RM1 bilion disediakan EXIM Bank bagi kemudahan kredit perlindungan insurans dan RM200 juta untuk kemudahan kredit pembiayaan kepada pengeksport PKS.

RM100 juta disediakan sebagai pinjaman dengan 70 peratus jaminan Kerajaan bagi mengautomasi pengeluaran perabot tempatan untuk tujuan eksport.

Pertama kali dalam sejarah peruntukan paling besar kepada pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak dan penoreh getah, iaitu sebanyak RM6.5 bilion.

Hampir RM500 juta bagi menambah baik infrastruktur pengairan di kawasan pertanian dan menaik taraf jalan ladang.

Hampir RM200 juta bagi penanaman semula getah dan menyediakan kemudahan infrastruktur.

Hampir RM140 juta diperuntuk bagi program pembangunan dan penanaman semula kelapa sawit termasuk promosi.

Bantuan RM200 sebulan bagi tempoh 3 bulan sementara menunggu hasil tuaian padi dengan peruntukan hampir RM150 juta kepada pesawah padi.

Kerajaan akan mempercepatkan pembinaan MRT3 atau Circle Line, dijangka siap pada 2025, lebih awal berbanding 2027.

Pulau Pangkor, Perak diisytihar sebagai Pulau Bebas Cukai, tidak termasuk barang-barang seperti minuman keras, rokok dan kenderaan bermotor.

RM 1 bilion diperuntukkan kepada Tabung Pengangkutan Awam bagi modal kerja dan pembelian aset seperti bas dan teksi.

RM95 juta diperuntuk bagi pembaikan dan pembinaan jeti serta pengerukan kuala sungai.

RM55 juta sebagai subsidi pengangkutan perkhidmatan keretapi luar Bandar, dari Tumpat ke Gua Musang.

Kerajaan akan naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

RM1 bilion disediakan pelabur institusi untuk pelaburan venture capital dalam sektor keutamaan terpilih yang diselaras Suruhanjaya Sekuriti.

Mulai 2018, Bank Negara memantau pembayaran gaji kepada semua pekerja asing, kecuali pembantu rumah, melalui akaun bank tempatan.

Membina lapangan terbang baharu di Mukah dan pembesaran lapangan terbang Kota Bharu dan Sandakan.

Pembinaan lapangan terbang baharu di Pulau Tioman dan jambatan menghubungkan Labuan dengan Sabah sedang dibuat kajian.

Setiap anak Malaysia yang lahir bermula 1 Jan 2018-2022 dihadiahkan Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200 melalui unit Amanah Saham #TN50.

Skim yang pertama kali diperkenalkan di negara ini akan dinamakan sebagai Amanah Dana Anak Malaysia 2050 atau ADAM50 #TN50.

Bagi tahun 2018, RM2.2 bilion bagi pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Kesihatan.

RM400 juta untuk geran penyelidikan dan pembangunan kepada IPTA, termasuk peruntukan khas kepada Universiti Malaya (UM) untuk capai status 'Top 100 Universities in the World'.

RM90 juta diperuntukkan bagi Program MyBrain untuk 10,600 orang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan kedoktoran.

Setiap penuntut di IPT dan Tingkatan Enam akan terus diberi Bantuan Baucar Buku bernilai RM250, manfaatkan seramai 1.2 juta orang pelajar.

RM1 bilion bagi inisiatif meliputi FitMalaysia, Hari Sukan Negara, latihan atlit, program akar umbi dan program pembangunan bola sepak negara.

Kerajaan mengumumkan pembinaan 14 kompleks sukan baharu di seluruh negara, dengan kos RM112 juta.

RM20 juta diperuntuk kepada Sekolah Sukan Bukit Jalil untuk menambah baik kemudahannya sebagai sekolah sukan premier.

RM550 juta diperuntukkan kepada Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah.

RM2.9 bilion diperuntukkan untuk bantuan makanan, buku teks, geran kapita dan biasiswa kecil persekutuan.

Bantuan Persekolahan RM100 seorang kepada murid sekolah berpendapatan rendah diteruskan dengan peruntukan RM328 juta.

Kerajaan melanjutkan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 31 Disember 2018, iaitu, 20% bayaran penuh dan 10% bayaran separuh.

Bagi pelajar dari keluarga B40 yang ikuti kursus kebolehpasaran tinggi, RM200 juta ditambah untuk naikkan jumlah pinjaman maksimum PTPTN.

Tempoh grace period pembayaran balik pinjaman PTPTN dilanjutkan kepada 12 bulan setelah tamat pengajian.

Peminjam PTPTN yang ingin sambung pengajian ke peringkat seterusnya boleh gabung pinjaman dan buat bayaran balik selepas tamat pengajian.

Kerajaan menyediakan 100 Biasiswa Pelajar Cemerlang TVET dengan peruntukan RM4.5 juta.

Bagi menyokong perkembangan industri pekerja mahir dalam bidang rel, Kerajaan akan menubuhkan National Rail Centre of Excellence.

RM1 bilion diperuntukkan melalui SKMM, bagi membangunkan infrastruktur komunikasi serta kemudahan jalur lebar di Sabah dan Sarawak.

RM934 juta untuk projek jalan luar bandar, termasuk hampir RM500 juta untuk Sabah dan Sarawak.

RM672 juta untuk bekalan elektrik, termasuk RM620 juta untuk Sabah dan Sarawak melibatkan 10 ribu rumah luar bandar.

RM420 juta termasuk hampir RM300 juta untuk Sabah dan Sarawak, disediakan bagi bekalan air bersih meliputi 3 ribu rumah.

RM164 juta diperuntukkan bagi membina 5 ribu unit Rumah Generasi Kedua FELDA, dengan kerjasama SPNB.

Hampir RM200 juta lagi diperuntukkan kepada FELDA, bagi sistem bekalan air dan menaik taraf jalan serta lampu jalan.

Kerajaan memperuntukkan lebih RM14 bilion untuk Angkatan Tentera Malaysia, hampir RM9 bilion untuk Polis DiRaja Malaysia dan lebih RM900 juta kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Bagi menjaga kebajikan polis, 10 ribu unit Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia PDRM akan dibina, harga sesuai dengan tangga gaji anggota.

Kerajaan akan sediakan blueprint Perumahan Keluarga Angkatan Tentera untuk bina lebih 40 ribu unit secara berfasa.

RM2.4 bilion diperuntukkan kepada UiTM. Kerajaan tambah bilangan kemasukan pelajar di UiTM kepada lelbih 165 ribu orang dengan sasaran 250 ribu pelajar menjelang 2020.

Untuk komuniti Cina, Kerajaan sediakan RM50 juta untuk pinjaman PKS melalui KOJADI. RM30 juta disalur kepada Yayasan Peniaga dan Penjaja Kecil 1 Malaysia.

Kpeada pembangunan Kampung-kampung Baru Cina, sebanyak RM65 juta diperuntukkan dan RM10 juta lagi untuk program membaik pulih rumah.

Purata pendapatan bulanan isi rumah kaum India menunjukkan kadar pertumbuhan tinggi, 6.8% setahun. Kerajaan lancar Pelan Tindakan Masyarakat India.

RM50 juta melalui TEKUN untuk Skim Pinjaman Usahawan Masyarakat India, manfaatkan bantu 35 ribu orang. Tambahan RM50 juta lagi untuk pembangunan sosio ekonomi.

Melalui MIB, Kerajaan meningkatkan pengambilan pelajar kaum India ke IPTA dan perkhidmatan awam kepada sasaran 7%.

PNB akan membuat pengagihan khas 1.5 bilion unit tambahan Amanah Saham 1 Malaysia untuk masyarakat India, terhad kepada 30 ribu unit setiap pelabur.

Bagi tingkatkn taraf hidup dan pembangunan ekonomi masyarakat Orang Asli, RM50 juta disediakan meliputi bantuan makanan komuniti, manfaatkan 5 ribu orang pelajar.

Wajibkan 30% wanita dalam keahlian lembaga pengarah GLC, GLIC dan badan berkanun sebelum akhir 2018.

Cadangan tempoh cuti bersalin mandatori untuk sektor swasta dinaikkan daripada 60 hari ke 90 hari seperti yang dilaksanakan dalam perkhidmatan awam.

RM20 juta untuk program latihan dan keusahawanan wanita, antaranya ialah PEAK Entreprenuer Programme di bawah MyWin Academy.

Cadangan pengecualian cukai pendapatan individu kepada wanita yang kembali bekerja selepas tempoh sekurang-kurangnya 2 tahun berhenti.

BR1M yang manfaatkan 7 juta orang penerima dengan peruntukan RM6.8 bilion, akan diteruskan dengan kadar maksimum sehingga RM1,200.

Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan 2 mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai antara RM20 ribu hingga RM70 ribu.

Mulai 1 Jan 2018, Kerajaan mansuhkan kutipan tol Batu Tiga, Shah Alam, Sungai Rasau, Selangor, Bukit Kayu Hitam, Kedah dan EDL, Johor.

KR1M 2.0 akan sediakan 5 barang keperluan asas dengan harga rendah, iaitu, beras, gula, minyak masak, tepung dan LPG.

RM3.9 bilion subsidi barangan dan pengangkutan termasuk gas memasak, tepung, minyak masak, subsidi elektrik dan tol.

Kerajaan beri pilihan kepada majikan untuk ambil pembantu rumah asing secara langsung daripada 9 negara sumber, tanpa lalui ejen.

Kerajaan akan merancakkan lagi usaha pemilikan rumah untuk rakyat dengan peruntukan RM2.2 bilion.

Kerajaan umum pengecualian cukai ke atas pendapatan sewaan rumah kediaman sebanyak 50% bg pendapatan sewa sehingga RM2 ribu sebulan.

Bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, Kerajaan memperuntukkan hampir RM27 bilion.

RM1.4 bilion naiktaraf dan menyelenggara fasiliti, peralatan dan ambulan, termasuk pembinaan dewan bedah di Hospital Muar, Banting dan Balik Pulau.

Naiktaraf perkhidmatan kardiologi dan kardiotorasik di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Kerajaan cadangkan semua pembekalan perkhidmatan PBT tidak dikenakan GST, berkuatkuasa 1 April 2018 atau 1 Oktober 2018 berdasarkan pilihan PBT.

Layanan GST brkadar sifar atas bahan bacaan, diseragam dan diperluas meliputi semua majalah, komik, journal dan terbitan berkala mulai 1 Januari 2018.

Geran sepadan sebanyak RM245 juta di bawah Dana Strategik Pelaburan Domestik bagi menaik taraf kemudahan Smart Manufacturing.

Sebanyak RM517 juta diperuntukkan untuk rancangan tebatan banjir di seluruh negara.

17,300 unit PPR dan 210 ribu unit PR1MA di bawah harga RM250 ribu ke bawah akan dibina.

GLC akan meningkatkan pengagihan keuntungan kepada pekerjanya, seperti menerusi pembayaran gaji dan elaun, secara berperingkat.

GLC akan menyediakan taska di pejabat utama dan kemudahan pengurangan waktu bekerja untuk pekerja wanita yang mengandung.

Kerajaan umumkan bantuan RM1.7 bilion utk kebajikan semua pihak termasuk warga emas, OKU dan kanak-kanak.

Kerajaan menaikkan elaun warga emas RM50 menjadi RM350 sebulan, manfaatkan hampir 144 ribu orang, dengan peruntukan RM603 juta.

Elaun OKU yang bekerja, tidak bekerja dan penjaga OKU dinaikkan RM50 sebulan, manfaatkan lebih 163 ribu orang dengan peruntukan RM100 juta.

Penjawat awam yang dibersarakan atas sebab kesihatan akan terima faedah persaraan seolah-olah pegawai berkhidmat sehingga umur persaraan wajib.

Kadar cuti rehat khas bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dinaikkan daripada 7 hari kepada 10 hari setahun.

Kerajaan berikan kemudahan 7 hari cuti tanpa rekod sepanjang tempoh perkhidmatan bagi menunaikan umrah.

Satu lagi waktu kerja berperingkat ditambah, iaitu bermula jam 9 pagi hingga 6 petang untuk fleksibiliti pekerja awam.

Pakar Perubatan Gred UD54 dan ke atas akan diberi kelonggaran satu hari seminggu untuk melaksanakan Waktu Kerja Fleksi.

Penjawat awam wanita yang mengandung 5 bulan ke atas dan suaminya yang bekerja di kerajaan dibenar pulang awal sejam.

Meningkatkan kelayakan cuti bersalin daripada 300 hari kepada 360 hari sepanjang perkhidmatan, tertakluk kepada maksimum 90 hari setahun.

Pembelajaran sepanjang hayat pegawai perkhidmatan awam dengan melaksanakan Kursus Sarjana dan PhD secara in-house.

Kadar pencen terendah dinaikkan kepada RM1,000 sebulan melibatkan lebih 50 ribu orang pesara awam dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan.

Pemanjangan kemudahan perubatan untuk ibu dan bapa kepada pesara Kerajaan.

Kerajaan umum bayaran 'one-off' RM1,500 kepada imam, bilal, guru KAFA dan takmir.

Bayaran khas RM1,500 kepada semua penjawat awam.

Bayaran khas sebanyak RM750 kepada pesara kerajaan.


Kredit: Astro Awani

Lirik Lagu Ara Johari - Bunga

Salam.


Lirik Lagu Ara Johari - Bunga

Setiap yang indah
dan manis di lidah
pasti hilang
segalanya

Rimbunan dedaun
berguguran jatuh
sembah bumi
musim bertukar

Diburu tak berbatas
kehilangan jiwaku
ku temukan bunga ini

Setelah ku dimiliki
kau lebur segala kata dan janjimu
ku lakukan semua berikan yang ku ada
percaya kepadamu kebodohanku

Sabtu, 21 Oktober 2017

Universiti Teknologi Petronas (UTP) Juara Program Keusahawanan Universiti VEST 2017

Salam.


Program keusahawanan universiti VEST 2017 telah bermula dengan 1,696 orang mahasiswa yang terdiri daripada 23 Institut Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara bersamaan dengan 273 idea perniagaan. Dalam tempoh enam bulan, hanya tiga idea perniagaan layak ke peringkat akhir selepas melalui tiga saringan dengan pelbagai latihan perniagaan secara intensif.

Pada Tahap 1, kumpulan yang layak telah diberikan latihan selama tiga hari sebelum disaring pada sesi business pitching yang pertama. Fasa permulaan ini telah mendapat sokongan padu daripada akademi Perbadanan Nasional Berhad (PNS). Seterusnya, 10 kumpulan terbaik dipilih setelah diadili secara menyeluruh semasa sesi business pitching yang pertama. Sesi boot camp selama tiga hari di Janda Baik, Pahang dan tambahan dua hari di pusat latihan Fizo Omar Consultancy, Bangi sebelum melangkah ke Malam Gala VEST 2017.




Finalis 10 kumpulan terbaik kemudian diadili untuk sesi business pitching separuh akhir pada 15 Oktober 2017 oleh tiga orang juri profesional:
  • Datuk Zahari Omar, Naib Presiden Bumiputera Retails Organization
  • Tuan Syed Naqiz Shahabuddin Syed Abdul Jabbar, Naib Presiden Bumiputera Retails Organization
  • Puan Valerie Choo, Timbalan Presiden Malaysia Retail Chain Association (MRCA)

Setelah diadili, finalis 3 kumpulan terbaik dipilih untuk sesi business pitching peringkat akhir pada Malam Gala VEST 2017 yang telah diadakan di Dewan Dektar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi pada hari yang sama. Jangan tak tahu, Malam Gala VEST 2017 dimeriahkan lagi dengan kehadiran Yang Amat Berhormat, Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Selain itu, majlis tersebut turut dihadiri oleh Dato' Dr Mohd Izhar Ariff, Heliza Helmi, Fizo Omar, Mawar Karim, Wany Hasrita, Faizal Ismail, Naib Canselor universiti, para usahawan dan pelajar-pelajar.






Jadi apa keputusannya? Jeng jeng jeng... Setelah finalis 3 kumpulan terbaik melalui sesi business pitching yang terakhir, idea perniagaan mereka telah dinilai secara menyeluruh. Haaa... Berdebar tak?  Tapi tak payah nak berdebar sangat lah, aku rasa tajuk entri ni pun dah beritahu siapa yang menang. Haha! Mengumumkan kedudukan 3 kumpulan terbaik adalah seperti berikut:
  • Juara: SolviePro - Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  • Naib Juara: Serdang Cendol - Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Tempat Ketiga: Fast 2 Print - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)






Tahniah diucapkan! Nampaknya Malam Gala VEST 2017 telah menobatkan UTP sebagai juara dengan idea perniagaan SolviePro. Haaa... Nak tahu tak apa dia SolviePro tu? SolviePro adalah merupakan aplikasi berkonsepkan Uber tetapi khusus untuk pasaran dunia pekerjaan. Idea perniagaan kumpulan tersebut telah berjaya merealisasikan impian mereka untuk membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 25,000.


Naib Juara pula membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 15,000 dan telah menjadi milik kumpulan dari UPM melalui Serdang Cendol. Pencuci mulut kegemaran rakyat Malaysia itu telah diinovasikan supaya mudah dinikmati dan lebih sihat. Pada masa yang sama, UKM meraih tempat ketiga dengan Fast 2 Print dan seterusnya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 10,000. Fast 2 Print adalah perniagaan mesin percetakan automatik seperti Auto Teller Machine (ATM) yang beroperasi selama 24 jam. Mesin percetakan automatik ini memudahkan urusan sesiapa sahaja tanpa mengira waktu.


Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan VEST 2017 ni, sila layari laman-laman rasmi seperti kat bawah ni:

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com