Ahad, 30 Mei 2010

Ayim Mentor Klon Mus May. Alyah Menang Lebih RM40,000!!!

Minggu Kedua Kumpulan B Mentor 4

Ziana Zain dan Mohd
Pusingan 1: Madu Tiga
Pusingan 2: Jangan Pisahkan
Well. Mohd dah mula selesa kat atas pentas. Tahniah. Nampak dah personaliti Mohd tu bila nyanyi lagu Madu Tiga. Keep it up!!! Next Mohd nyanyi lagu Jangan Pisahkan. It is okay. Cuma Mohd kena sedapkan lagi low notes dia sebab kureng merdu.

Mus dan Ayim
Pusingan 1: Teman
Pusingan 2: Dan Sebenarnya & Memburu Impian
Oh. Mula mula aku dengar Ayim nyanyi lagu Teman ada bunyi Mus May seriously. Wah. Kagum betul. Tepuk tepuk tangan. Lepas tu bila masuk lagu Dan Sebenarnya suara Ayim dah tak best haha. Lain pulak jadinya. Kemudian lagu Memburu Impian pulak Ayim cuba nyanyi macam Mus May lagi. Tiba tiba ada part tak terkeluar rock Mus May tu. Nampak sangat suara dia dibuat-buat cewahhh... Tak original la Ayim ni. Tak perlu kot nak tekan tekan suara jadi Mus May.

Dayang Nurfaizah dan Adi
Pusingan 1: Selamat Malam
Pusingan 2: Kini Bebas
Pergerakan Adi dah semakin terkawal. Tak terlalu angguk angguk geleng geleng seperti minggu sebelum sebelum ni. Well done. Vokal Adi agak terserlah melalui lagu Selamat Malam. Adi menyanyi tanpa terlalu mencuba dan itu yang mahal. Mungkin tak sehebat Faizal Tahir tapi it is okay. Lepas tu kemantapan vokal Adi diteruskan lagi dengan lagu Kini Bebas. Wow. Tak sangka pulak Adi boleh menyanyi dengan hebat kan kan kan???

Keputusan: Minggu kedua kumpulan B kali ni dimenangi oleh Adi iaitu protege Dayang Nurfaizah. Tahniah tahniah haha.


Keputusan Malam Kemuncak Gah 1

Lagu Paling Popular: Khatimah Cinta dinyanyikan oleh Sixth Sense memenangi wang tunai berjumlah RM20,000.

Persembahan Terbaik: Tak Mungkin Kerana Sayang dinyanyikan oleh Alyah memenangi wang tunai berjumlah RM10,000.

Lagu Kedua Terbaik: Cinta Adam Dan Hawa dinyanyikan oleh Ernie ciptaan Azmeer dan Loloq memenangi wang tunai berjumlah RM30,000.

Lagu Terbaik: Tak Mungkin Kerana Sayang dinyanyikan oleh Alyah ciptaan Ajai dan Habsah Hassan memenangi wang tunai berjumlah RM40,000.


potpetpotpet: Malam minggu depan tv oh seronok la sangat haha.

Tak Hina Kerja Sebagai Driver.

Haish... Kalau cuti semester maka berkeliaran la pelajar-pelajar IPT di Malaysia mencari kerja sambilan. Aku je buat tak tahu haha lantak aku malas nak kerja sana kerja sini. Aku dah pernah kerja sambilan sebelum ni dan keputusan dia aku penat nak mammm oleh itu aku ambil keputusan to say no to kerja sambilan. Tak berbaloi-baloi. Aku rasa dah cukup kot pengalaman tu. Sekian.


Katakan tak nak kepada rokok.


Well. Walaupun aku tak kerja sambilan tapi aku rasa macam aku sedang kerja sambilan jugak jeng jeng jeng. Aku dah macam kerja sebagai driver vroom vroom okay. Kenapa??? Jom tengok jadual aku minggu ni dasat tol kau tahu.
  • Hari Rabu. Aku drive dari Alor Gajah ke Batu Pahat. Then from Batu Pahat to Shah Alam.
  • Hari Khamis. Aku drive pusing pusing Shah Alam. Aku pergi Sunway Piramid. Lepas tu aku singgah Plaza Alam Sentral. Lastly, aku lalu i-City.
  • Hari Jumaat. Aku drive dari Shah Alam ke Alor Gajah.
  • Hari Sabtu. Aku drive lagi dari Alor Gajah ke Batu Pahat.
  • Hari Ahad. Aku bakal drive dari Alor Gajah ke Petaling Jaya.

Hebat tak hebat tak??? Agak lebam lebam jugak punggung aku bila drive sampai berjam-jam. Fuhhh... Ada mana mana dato' dato' serta datin datin nak driver??? Aku boleh jadi driver wakakaka. Okay okay. Ni ciri-ciri pemanduan aku sebagai driver cemerlang, gemilang dan terbilang iaitu:
  1. Bawa dengan laju tanpa menghiraukan tanda merah putih 110 kilometer per jam kat sebelah jalan. Selagi pedal minyak tu tak habis tekan maka tekan lagi dan lagi dan lagi.
  2. Kalau aku on stesen radio sedang putar lagu tak best aku tanpa segan silu tukar stesen radio yang lain kadang-kadang pergerakan kereta jadi ke kirilah ahai ke kananlah ahai.
  3. Malas nak bagi signal. Belok je haha.
  4. Segera potong kalau ada lori atau bas kat depan. Semak mata aku pandang.
  5. Tak suka memaki hamun kuat-kuat kepada pemandu-pemandu yang berkenaan. Suka simpan dalam hati bak kata pepatah rumah terbakar nampak asapnya hati terbakar siapa yang tahu kan kan kan??? Simpan simpan sampai muka jadi merah padam sebab dah tak muat lagi wakakaka.

Okay. Teruk betul kan aku drive??? Well. Aku dah semakin berhemah sekarang ni hehe. Betul betul betul. Jangan fikirkan diri sendiri semata-mata.

Jumaat, 28 Mei 2010

Prince Of Persia Tidak Segah Nama.

Wah. Khamis semalam aku sempat singgah kat TGV nak tengok Prince Of Persia: The Sands Of Time. Fuh seriously ramai betul umat manusia nak tengok wayang nasib la dah tempah tiket awal awal. Jadi aku tak perlu nak beratur panjang haha padan muka siapa yang kena beratur panjang tu. Kami berlima dapat student price lagi walaupun ada sorang tu tak bawa kad pelajar tetap brader tu sempoi gila babunsss maka terima la ucapan iaitu gua caya sama lu bro!!!




Okay. Prince Of Persia. Seperti biasa cerita cerita spesies macam ni penuh dengan aksi mendebarkan dag dig dug di dada haha. Well. Aku akui filem Prince Of Persia menjanjikan sesuatu to audience. But bagi aku sebagai peminat filem filem genre action, adventure, comedy, fantasy, romance dan dot dot dot then for me it is just another movie.  Kalau korang dah tengok Percy Jackson, Clash Of Titans, Stardust, Iron Man or apa apa movie yang sewaktu dengannya maka filem ni there is nothing new. Konsep yang sama. Teknik CGI yang sama. Aksi yang sama.




Eh eh Prince Of Persia tetap berbaloi-baloi ditonton. Tak rugi. Ada terselit dua tiga kucing berlari adegan kelakar dan romantik in this movie. Cuma kepuasan menonton tu kureng sikit la haha. Mungkin aku letak high expectation kot. Kalau korang tak sempat tengok pun that is okay. Tak mendatangkan apa-apa kesan. Oh. This is my opinion. Agree or disagree it is up to you. Tapi lagi best tengok Prince Of Persia daripada Andartu Terlampau kan kan kan?


potpetpotpet: Masa kecil aku betul betul gila dengan game Prince Of Persia tu. Main game daripada pagi sampai pagi minggu depan haha.

Mirror Mirror On The Wall Sila Retak Seribu Bila Nampak Aku Haha.

Ya. Aku kadang-kadang suka snap gambar kat depan cermin supaya aku boleh nampak macam mana rupa aku dalam gambar nanti. Kalau tak faham sila abaikan. Kesimpulan dia aku suka bergambar boleh? Senang cerita.


Actually tak banyak mana pun gambar gambar aku depan cermin ada la dua tiga empat lima enam tujuh lapan keping haha. Aku sempat rujuk album album zaman komunis dulu semata-mata nak cari gambar kat depan cermin kau bayangkan. Maka aku menemui jeng jeng jeng lima keping sahaja. Haishhh...


Ada lima lokasi iaitu tandas, hair saloon, sinki basuh tangan, restoran KFC dan depan escalator. Gila tak adoi???


Okay. Actually this is a contest from a blogger called So Close 2213. Tahu contest ni pun daripada Innz thanks dear!!! Simple je. Jom la join. Tak perlu sediakan minyak masak. Tak perlu lari lari anak. Tak perlu lompat bintang. Senang.

Due date pada 18 Jun 2010 eh eh banyak masa lagi. Jom lepak lepak singgah di sini.


potpetpotpet: Tak pernah menang contest apa apa. Boleh tak dapat undi simpati please please please? Haha.

Satu Hari Di Jalan Raya.

Rabu 26 Mei 2010
Satu hari di hari raya lain dengan satu hari di jalan raya. Okay. Aku takde motif nak nyanyi lagu raya tu tapi nak beritahu orang orang kampung sekalian bahawasanya kami rakyat Malaysia aku dah habiskan masa agak agak lapan jam kat jalan raya. Boleh?


Alor Gajah ke Batu Pahat. Batu Pahat ke Shah Alam. Lepas tu ke sana ke sini entah mana mana seksyen aku lalu. Bantai je la. By the way aku dan adik aku hantar nyaie aku daripada Batu Pahat ke Shah Alam ya kat rumah mak cik aku. Nyaie nak singgah rumah mak cik aku tu sebab dia dapat cucu lagi entah dah bersepah cucu cicit dia kau tahu banyak wo. Keturunan dia subur secara semulajadi kot wakakaka.


Well nyaie aku ni banyak betul gossip dia. Kalau setakat murai dot com tu nyaie aku pandang sebelah mata je. Sepanjang perjalanan dia tak henti-henti gossip okay eh eh bukan gossip artis-artis seperti Lady Gaga, Beyonce ataupun David Arumugam tapi pasal saudara-mara semata-mata. Hebat betul gossip dia. Contoh contoh gossip hangat lagi panas iaitu:
  • Si isteri lari rumah sebab gaduh dengan si suami.
  • Si suami tak benarkan saudara-mara si isteri datang ke rumah.
  • Si suami tak bekerja maka si isteri susah sebab tak bekerja jugak.
Hey banyak lagi okay. Aku hanya mampu tersenyum ya aku tak sangka betul betul dahsyat realiti hidup ni.


Lepas tu terkeluar pulak gossip pasal pak cik aku beli kereta baru haishhh... Kereta apa? Entah aku pun tak berapa nak tahu. Nyaie ni tak sah kalau bercakap tak keluar nasihat nasihat dia maka aku mendengar dengan tekun lagi taat sambil layan lagu omputeh boleh? Your love your love your love is my drug.


Berdasarkan gambaran nyaie aku macam ni kot rupa kereta tu.



Nyaie: kau tahu Mi... pak cik kau dah beli kereta baru... besar keretanya... masyaAllah...

Mi: ye ke? biar betul? jeng jeng jeng... [saja buat buat saspen]

Nyaie: iye... dia beli kereta tayar besar... lepas tu tempat belakang dia terbuka... takde atap... nak buat apa pulak kereta macam tu... astaghfirullah al azim...

Mi: oh... dia nak bawa gi kebun kot... angkat kayu balak ke...

Nyaie: eh... takkan kot... kita ni Mi... tak perlu tamak... nak buat apa kereta besar besar... kita ni kalau dah tua pergi la buat amal... untuk akhirat... pergi masjid ke... belajar ilmu agama ke... ye... kan senang dunia akhirat...

Mi: erk... okay...

Nyaie: tu la... kita jangan la tamak beli tu beli ni... nak rumah besar... nak kereta besar... dah tua tua tu bawa bawa la gi masjid... dunia selamat... akhirat selamat...

Mi: erk... okay...

Nyaie: ada satu keluarga tu Mi... duit berkotak-kotak kat rumah... banyak duitnya... tapi kedekut... kedekut sangat...

Mi: erk... okay...

Nyaie: tapi keluarga tu mati kemalangan... kat simpang mana entah dirahsiakan... tu la... anaknya mati... mak bapaknya mati... haish... duit tinggal macam tu je... berkotak-kotak... kesian...

Mi: erk... okay...



Di sebalik tabir dialog tu kau tahu nyaie aku kena ulang dalam tiga empat lima enam kali sebab aku tak faham maka aku suruh nyaie aku ulang lagi dan lagi dan lagi haha. Nyaie aku ni orang Jawa dan loghat Jawa dia tu pekat wo. Susah telinga aku nak tangkap. Tak pasal pasal kena ulang berkali-kali. Sorry nyaie!!!


potpetpotpet: Oh nyaie tu panggilan nenek bagi orang Jawa.

Khamis, 27 Mei 2010

Lee Dewyze Is The New American Idol!!! Bye Bye Simon Cowell.

Guess what? Less than 2% separated the finalists coming into vote!!! Cuma beza 2% kau bayangkan gila tak gila. Sengit tuuu... HohO.


Tata Simon.


Oh jangan lupa wahai kawan kawan. Lepas ni Simon Cowell dah tak jadi judge American Idol okay. Maka there's a video tribute to Simon Cowell. Paula Abdul, Ellen Degeneres, Kara DioGuardi and Randy Jackson are interviewed saying nice things about Simon Cowell. Eh eh Kelly Clarkson, Ruben Studdard, Fantasia Barrino, Carrie Underwood, Taylor Hicks, Jordin Sparks and Kris Allen are singing a winner medley!!! Cuma David Cook je takde haha. Wow. Betul betul show kali ni lebih lebih tribute to Simon Cowell pulak. Siapa tak suka dengan mulut Simon Cowell yang kadang kadang menjengkelkan lagi sakit hati tapi best tu kan kan kan??? Dia jujur ya honesty is the best policy. Nama Simon Cowell betul betul sinonim dengan American Idol. Bila sebut Simon Cowell je mesti ingat American Idol dan bila sebut American Idol je mesti ingat Paula Abdul haha tiba-tiba.


Crystal Bowersox and Lee Dewyze.


Congratulation to Lee Dewyze!!! Wow. He is the ninth American Idol!!! HohO. Hopefully his career will never be the same like Taylor Hicks.


 Finally.

Yuna Itu Una Ini.

Adik kecik aku ni nama dia Husna tapi kitorang panggil dia Una eh eh bukan Yuna oh bulan. Umur empat tahun tapi nakal wo. Pulak tu kuat merajuk okay sikit sikit merajuk sikit sikit merajuk aduh susah betul nak melayan dia ni. Nak tak nak kena layan jugak sebab comel sangat haha.


Eleh buat muka comel pulak tu sila jangan mudah terperdaya dengan semua ni haha.


Guess what apa yang menarik tentang adik aku ni??? Jeng jeng jeng. Dia suka tengok cerita Ultraman kat Astro Ceria tu kau bayangkan dia siap hafal lagu tema okay. Walaupun dia tak faham apa yang dia hafal tapi tetap beriya-iya nyanyi wo. Jarang kot budak budak perempuan nak minat spesies Ultraman ni. Kalau aku tukar channel lain tak pasal pasal dia marah marah lepas tu menangis kuat kuat haishhh... Tapi aku buat tak tahu lantak aku tetap tengok apa yang aku nak tengok haha. Jahat jahat. Paling penting dia sendiri yang tekan remote tu tukar Astro Ceria haaa tahu pulak dia nombor 611 tu. Kalau suruh kira aduh sampai tiga je boleh haha. Nakal betul.


Una suka betul naik benda ni entah apa yang best pun aku tak tahu.


Kesian betul bayi bayi yang kena buang tu tak sempat nak besar tak sempat nak jadi comel dan tak sempat nak buat nakal haishhh. That's the beauty that "binatang binatang" yang buang bayi tu tak boleh nampak. Padan!!!


potpetpotpet: Sayang sayang sayang. Eh eh hari ni nak tengok Prince Of Persia kat Sunway Piramid.

Selasa, 25 Mei 2010

Hikayat Merong Mahawangsa Filem Terhebat Malaysia Hari Ini.

Wah. Hikayat Merong Mahawangsa ni merupakan filem arahan Yusry Abdul Halim atau Yusry KRU atau Yusry Erra Fazira haha tiba-tiba. Well. Aku pernah dengar pasal Hikayat Merong Mahawangsa ni masa aku sekolah dulu. Pasal buku dia. Tapi aku tak pernah pulak nak cari mana dia buku Hikayat Merong Mahawangsa tu sebab buku teks sejarah pun aku tak habis baca nak buat apa rajin rajin baca buku lain kan kan kan?


Thumbs up! Poster cun gila!


Merong Mahawangsa dilakonkan oleh Stephen Rahman Hughes wah dulu jadi Hang Tuah dalam Puteri Gunung Ledang The Musical. Hebat betul. Muka dia klasik sangat ke huh? Kenapa tak nak ambil aku jadi Merong Mahawangsa pulak dah haha. Oh lupa. Merong Mahawangsa was a hindu maka Stephen Rahman Hughes pilihan tepat. 


Salah satu babak kot.


Filem Hikayat Merong Mahawangsa telah dibeli oleh 34 buah negara kau bayangkan. Dahsyat kebaboom boom boom boom! Banyak tu sampai 34 buah negara bukan 3 atau 4 buah negara sila alami kehebatannya. Kagum kagum. Tapi dengar dengar awal tahun depan kot filem ni bakal ditayangkan bukan esok okay. Harap harap filem ni bukan indah khabar dari rupa atau khabar angin atau masakan pokok bergoyang kalau takde angin. Sekian.


Meleleh air liur sudah.

I wanna watch Toy Story 3

Toy Story atau dalam bahasa lain dia Cerita Mainan. Toy Story hoi siapa tak pernah tengok movie ni sila tepuk dahi masing-masing. Kalau tak boleh nak tepuk dahi sendiri meh sini aku tepuk amai-amai haha. Aku jadi gila dengan watak-watak dalam Toy Story ni sebab dorang pun gila. Seriously. Aku betul betul nak tengok Toy Story 3 ni hey wajib tengok okay. Aku dah tengok Toy Story dan Toy Story 2 jadi tak lengkap kalau aku tak tengok Toy Story 3 ni. Plus aku sempat tonton preview Toy Story 3 hari tu dan aku tiba-tiba jadi teruja tak sabar haha.


Wow. Can't wait huh???


Apa yang menarik dengan Toy Story? Well everybody has toys. Ya. And because of that Toy Story is somehow related with us as humans. Cerita seorang budak dengan mainan-mainan dia. Just imagine the toys act like humans!!! It's so cool. HohO. Kenal lagi tak watak-watak dalam Toy Story? Woody, Buzz Lightyear, Jessie The Yodeling Cowgirl, Hamm The Piggy Bank, Rex The Green Dinosaur, Mr Potato Head, Slinky Dog and bla bla bla there are so many of them.


Buzz Lightyear and Woody.


Eh eh jangan lupa kali ni Toy Story 3 ada menampilkan watak-watak baru yang menarik. But I wish to see PEAS-IN-A-POD in Toy Story 3 since the three peas are so cute together and they look green! Ya. Let's green our earth. I am very sure that the kids or even adults including me will love this toy. The toy shows togetherness.


Look at them how cute!!!


Aku baik hati. Oleh itu aku nak siarkan semua watak-watak baru lagi menarik dalam Toy Story 3 ni. Fuhhh... Meleleh air liur tengok okay. Sila jerit ho yeah ho yeah!!! Menarik bukan???






potpetpotpet: Jom join ramai-ramai sila klik di sini jom jom.

(Gambar) Lady Gaga Dan Topi Ajaibnya.

Oh Lady Gaga. Walaupun kau tak kenal aku tapi aku kenal kau. Okay la tu daripada kau tak kenal aku dan aku tak kenal kau kan kan kan? Lady Gaga tak pernah nampak normal kalau dia pakai apa apa. From head to toe Lady Gaga memang selalu mencemaskan orang orang yang sakit jantung sebab boleh membawa maut menurut kata pakar temberang sekalian haha. Tapi korang perasan tak Lady Gaga selalu pakai topi kat kepala dia? Haish... Ada ke topi pakai kat ketiyak yak yak yak opkos la kat kepala la la la.









Eh eh aku pun tak pasti sama ada topi Lady Gaga tu sesuai dipanggil topi ke tak sebab dah macam bukan topi wo.  Tapi memandangkan topi tu dah letak atas kepala maka topi la tu haha. Lady Gaga sahaja yang pakai benda benda macam ni orang lain tak mampu okay.


potpetpotpet: She's scary kau tahu. Tak pasal pasal mimpi Lady Gaga pakai topi topi tu. Jeng jeng jeng.

Isnin, 24 Mei 2010

Terimalah Anugerah Ini...

Terima kasih daun keladi.
Dapat award daripada Ardini Humaira.
Tak pasal pasal kena tag haha.


Write 5 interesting facts about the person who gave you this award. 
  1. Dia seorang perempuan.
  2. Aku kenal dia melalui komen komen. Tiba tiba jadi rajin pulak nak main komen komen ni.
  3. Dia sangat sangat menjaga kulit muka dia.
  4. Dia budak Kelantan.
  5. Dia suka cocopie sebab hari tu dia minta kat aku tapi aku tak bagi dia haha.

Jot down 5 interesting facts about yourself of your hobbies.
  1. Aku dengar lagu lebih lama daripada aku tengok tv.
  2. Aku cuba search lagu lagu baru setiap hari. Kalau ada lagu lagu baru aku download dengan serta merta haha.
  3. Aku suka nyanyi sekali bila aku pasang lagu bantai je la kalau sumbang mambang mambang pun.
  4. Kadang kadang aku promosi lagu lagu baru dekat kawan kawan aku walaupun tak dapat komisyen apa apa kau bayangkan.
  5. Boleh tak aku buat poco poco sambil dengar lagu haha.

Pick your 10 most deserving receipients and describe them.
  1. Innz : Aku pun tak faham kenapa dia kata dia budak malas sebab aku tengok dia rajin pulak update blog haha. Sila jelaskan. Okay. Blog dia sempoi dan santai kadang kadang emo tapi best. Plus blog dia meletop kebaboom dengan isu Shahir AF8. 
  2. Hans : Dia minat betul dengan Shah Rukh Khan. Entah. Dia mungkin ada bau bau bacang dengan Shah Rukh Khan kot. Well sekarang dia sedang hangat dengan siri drama dia, kau dan aku wah hebat hebat.
  3. Arol : Orang Melaka wo. Dia merupakan peminat Shahir AF8 dan Adira AF8 tapi aku tak tahu la dia ada buang undi ke tak hari tu. Aku suka tengok blog dia. Simple dan kemas.
  4. Farhana : Wah. Dia digelar doktor pakar cinta. Well blog dia banyak info menarik tentang kehidupan tentang cinta. Suka suka. Entri entri dia barangkali ada sangkut paut with others. So enjoy!!!
  5. Kasih : Oh ni blog budak perempuan tak pandai masak wakakaka. Eh eh dia yang mengaku sendiri okay. Padan!!! Haha. This is a personal blog. Kisah tentang dia. Bak kata pepatah CTKD atau canda tangis ketawa duka semua ada dalam blog ni.
  6. Kembatolo : Nama pun unik kan? Aku suka. Dia ada kembar wo. Sejibik muka dorang seriously. Entah aku pun tak tahu yang mana satu tulis blog tu haha. Lantak.
  7. Najmie : Well nama blog dia my great life. Wah. Memang hidup dia betul betul great la. Jealous pulak aku tengok dia haha. Dia dapat bergambar dengan Jojo Struys pulak tu siapa tak dengki kan kan kan?
  8. Nakashima :  Dia bukan orang Jepun okay. Tapi dia berangan dia orang Jepun kot. Jahat jahat. Hari tu dia ada bagi award kat blog Budak Lelaki Sebelah Pintu ni. Thanks.
  9. Shin : Inesen katanya. Well blog dia sangat sangat jujur. Loved it! Gaya penceritaan dia ada something yang menarik. 
  10. Hawa : Oh. Dia rajin betul datang singgah blog aku. Ni sayang lebih ni haha. Blog dia dilengkapi dengan ciri ciri kewanitaan tapi sesuai untuk dibaca oleh sesiapa sahaja.

potpetpotpet: Jawab jangan tak jawab sebab ini merupakan paksaan wakakaka.

Apa Hubungan Shahir AF8, Thalia Mentor 4 & Ika Rahim?

Wah. Apahal pulak ni? Gossip panas kah haha. Seperti yang diketahui umum Shahir AF8 pernah menuntut di UIAM. Jangan lupa Thalia Mentor 4 tapi dah kena buang daripada rancangan tersebut turut menuntut kat situ. Ika Rahim? Haaa... Itu my sis la. Dia sambung kat UIAM jugak. Maka keyword dia Universiti Islam Antarabangsa Malaysia atau UIAM wahai kawan kawan. Saya yakin betul Aznil saya kunci lirik ini!!! Sekian.


Inilah cinta.


Kelmarin aku terpaksa bangun awal. Aku dan family bertolak pada jam lebih kurang 7 pagi kot. Perjalanan ke UIAM mengambil masa selama satu jam macam tu. Kau tahu dah banyak gila kereta kereta beratur masa aku sampai sana. Lagi dahsyat daripada masa aku beratur nak ambil makanan sebab kena kuarantin gara-gara H1N1 dulu. Nak tak nak kereta kena parking kat tepi jalan raya kau bayangkan dah penuh kat dalam tu.


Tunggu sekejap.


First step my sis kena ambil nombor ekor dan tunggu nombor dia naik baru boleh tepuk amai amai sebab dah boleh masuk dewan untuk pendaftaran haha. Lepas tu pergi pulak masuk bilik dia tinggal. Kecil. Entah. Aku rasa macam kecil pulak bilik dia. Eh eh bukan aku yang tinggal sana maka sukahati dia la.


Baik-baik sayang.


Apa yang penting hari tu hujan turun dengan lebat. Susah betul nak angkat barang barang my sis from outside and then bawa masuk bilik dia. Hujan oh hujan. Sengaja menimbulkan mood sedih macam jangan kau pergi usah kau pergi andai kau pergi hilanglah arahku tak pasal pasal nak mendatangkan jiwang  dalam hati ada taman tema air wakakaka. Nasib baik my sis tu tak menangis uwaaa uwaaa tapi tak tahu la kalau dia menangis kat dalam bilik nanti kan kan kan?


Keluarga bahagia.


potpetpotpet: Tergelak sorang sorang bila kawan aku kata seluar aku tu celup kapur haha. Jahat jahat.

Ahad, 23 Mei 2010

Sampai Hati Dia Cakap Cakap Belakang!!!

Sila tengok kalau berani.


Dia tulis ko baca ar blog hizami rahim..best gak..search la fb dia..hehe..aku lupa link blog dia.. kat wall dia. Aku macam kau biar betul haha. Oh post ni bukan kat wall aku tapi kat wall dia. Tak sangka pulak dia suruh kawan dia baca blog Budak Lelaki Sebelah Pintu ni. Aku terharu kot sob sob sob. Sampai hati dia cakap cakap belakang pasal aku. Tak pasal pasal aku kemalumaluan baca kenyataan dia tu.


Ya. Siapa pulak baik hati suruh kawan dia baca blog orang lain bila kawan dia kata blog dia best??? Susah wo. Well aku rasa sangat sangat terhutang budi kat dia. Walaupun kawan dia tu sorang je tapi aku menghargai tindakan dia sebab entah touching wo. Bukan senang kot nak cari orang yang sudi promosi blog ni tanpa mengharapkan apa apa balasan. Please noted that dia post tanpa pengetahuan aku.


Jom ramai ramai singgah kat blog dia ni.
>>>KLIK SINI<<<

Setiap Hari Seperti Hari Raya Aidilfitri.

Semalam merupakan hari yang penat kot. Haishhh... Aku dan family hantar my sis daftar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia atau nama sayang disayang dia UIA. Oh dia ambil asasi hayat eh eh tahniah kalau boleh jadi la doktor okay? Senang sikit kot kot aku sakit masa tua nanti haha. By the way cerita penuh bakal disiarkan pada tengah malam ni. Sila stay tuned with blog Budak Lelaki Sebelah Pintu wahai kawan kawan.


Peace!!! Sila anggap setiap hari seperti hari raya aidilfitri maka bermaaf-maafan la okay. Gaduh gaduh pun bukan dapat duit wakakaka. HohO.

Sabtu, 22 Mei 2010

Keputusan & Ulasan Konsert Akhir Akademi Fantasia 8.

Ni dia budak budak AF8.


Daus - Doktor Pakar Cinta
Ulasan: Wow. The best performance from him. Nice. Sangat sangat sesuai sebagai pembukaan konsert akhir kali ni. Energetic bak kata orang energizer bak nama bateri wakakaka.


Iwan - Relaku Pujuk
Ulasan: Okay. Iwan feeling macam buat konsert solo haha that's okay. Average. Takde extra. Well kemunculan Tam Spider nyanyi sama-sama mungkin tak perlu kot. Sebab tak beri impak apa apa pun. Iwan you need to work hard after this.


Maulana - RSVP
Ulasan: Nice song. Tapi entah bila tengok Maulana jadi macam tak best pulak haha. Lagu yang sesuai dengan suara dia.


Shahir - Kebahagiaan Dalam Perpisahan
Ulasan: Setuju dengan Adlin Aman Ramli. Lagu very the old school. Haishhh... Dalam banyak banyak lagu kenapa kena pilih lagu tu untuk Shahir? Such a waste. Tapi vokal Shahir lemak berkrim betul.


Adira - Tiru Macam Saya
Ulasan: Kelakar. Tiba tiba pulak lagu ni dipilih untuk Adira kenapa kenapa??? Well sebutan Adira tenggelam bila dia bawa low notes maka sila praktikal lagi haha.


Iwan - VIP
Ulasan: Ordinary song. Dengar lepas tu lupa ya lagu macam ni susah nak melekat kot since takde parts yang catchy dalam lagu tu. Kesian. Oh penari-penari kat belakang tu boleh tak pakai baju elok sikit???


Maulana - Susun Silang Kata
Ulasan: Intro gempak habis. Kemudian hancur haha. Aku tak faham kenapa dia perlu buat aksi bagi setiap patah perkataan. Bahasa isyarat kot tahniah. Oh ad-lib dia okay okay je tak sehebat Farhan AF4 eh eh jauh beza kot.


Daus - Kenapa
Ulasan: Wah. Lagu Daus ni comel la. Tapi dia agak over acting pulak tadi. That's okay. Menjiwai watak kot.


Shahir - Biru Mata Hitamku
Ulasan: Once again intro lagu ni meletop kebaboom boom boom cha cha cha. Dah masuk rock dia lepas tu macam dah kureeeng sikit wow tu. Apa yang penting aku suka dia buat ad-lib masa nak habis lagu tu it was awesome kau tahu. Seriously. Eh eh aku tak suka penari-penari tu haha macam kumpulan black metal je aku tengok haishhh...


Adira - Ku Ada Kamu
Ulasan: Fuh... Aku suka persembahan Adira for this song. Nice and simple. With those kids, her performance nampak kemas. By the way, vokal dia sangat sangat menyerlah with this song. Tahniah lepas ni mana la tahu kot kot masuk Anugerah Juara Lagu pulak kan kan kan?


Juara AF8 : Shahir
Naib Juara AF8 : Adira
Tempat Ketiga AF8 : Daus
Tempat Keempat AF8 : Maulana
Tempat Kelima AF8 : Iwan


potpetpotpet: Wah aku suka dengar Hafiz nyanyi tadi. Suara dia semakin mantap bagus bagus.

Status Di Facebook Punca Perbalahan. Wat De Fak?

Okay. Siapa takde facebook meh sini aku tepuk dahi kau haha. Hampir semua manusia kat dunia sekarang ni ada profile kat facebook kau bayangkan. Wow. Kaya betul makhluk yang buat facebook ni. Nak sikit duit boleh?




Memandangkan masing masing ada facebook maka tak logik kalau kau tak update status tu. Ala status yang tulis weh aku lapar la weh aku nak tidur weh aku nak kentut weh aku nak buat itu weh aku nak buat ini kalau boleh semua kau nak tulis. Ya aku pun macam tu haha kadang-kadang.




Tapi masalah yang timbul ialah bila status di facebook jadi punca perbalahan. Contoh Munah gaduh dengan Leha gara gara status wahai Munah kau dot dot dot. Haish... Tak pasal pasal boleh gaduh sebab dot dot dot je. Ya. Kadang kadang aku taip lain tapi kau baca lain. Contoh aku taip A untuk Ayam. Kau pulak baca A untuk Anak Ayam. Maka gaduh akhirnya.


Status di facebook sangat sangat bahaya. Oleh itu berhati-hatilah kalau nak nak taip apa-apa kerana lain orang lain interpretasi. Mungkin aku taip untuk kau tapi dia pulak yang terasa tup tup gaduh. Haishhh. Susah betul. Apatah lagi kalau isu isu sensitif seperti politik, agama dan sila isi tempat kosong.




Hurm. Aku pernah gaduh dengan beberapa orang kawan kerana status di facebook. Gila gila gila! Nasib baik kitorang dah berbaik semula haha. So aku nak cadangkan beberapa cara supaya masalah ni tak berlarutan sampai ke Bukit Larut. Jom tinjau.
  1. Tak payah update status. Log in lepas tu log out. Log in lepas tu log out. Log in lepas tu log out. Buat sampai kuku patah.
  2. Jangan komen mana-mana status buat tak tahu je. Tengok profile kau semata-mata. Tak perlu tekan butang home.
  3. Update status sependek mungkin. Contoh dah makan, dah minum, dah mandi, dah tidur, dah bangun ataupun dah.
  4. Jangan add sesiapa dan jangan approve sesiapa maka kesimpulannya kau takde kawan langsung. Dengan cara ni takde orang akan baca status kau sila kau buat sukahati.
  5. Sekian.


potpetpotpet: Jaga hati bukan kerja yang mudah.

Jumaat, 21 Mei 2010

Hamek Kau Nak Sangat Cepat Cepat. Padan!!!

Yay. Petang tadi aku mengalami sesak nafas (tipu) ya aku terkejut opocot mak kau meletop kebaboom sebab result peperiksaan akhir semester dah keluar! Kau bayangkan betapa awal pihak universiti keluarkan result. Fuhhh... Tabik spriiing betul la. Percaya atau tidak aku dah check jeng jeng jeng result aku biasa biasa je lebih kurang sama dengan sebelum sebelum ni. Apa yang penting aku tak dapat 4 flat maka sila jangan kata aku dapat 4 flat haha.


Tengok la kalau berani.


Tapi alhamdulillah. Keputusan kali ni tak berubah sangat. Naik sikit tapi macam tak naik so tak boleh nak suka suki. Syukur sebab PNGK dalam three point something. Mungkin aku takde rezeki nak jejak dean list lagi huaaa sedih. Entah. Tinggal lagi dua semester je. Kalau tak dapat jugak haishhh nak buat macam mana haha. Eh eh ada tak universiti lain dah keluar result?


Oh kau tahu semester lepas UPSI lambat keluarkan result. Agak agak semua universiti di seluruh Malaysia dah keluarkan result tapi UPSI tak keluar keluar lagi kau bayangkan. Then dengar cerita ada orang buat laporan kot macam tak puas hati kenapa lambat sangat ni fuhhh... Maka semester kali ni para pensyarah diberikan masa sepuluh hari sahaja untuk memeriksa kertas jawapan para pelajar. Gila kan kan kan? Kalau objektif ABCD tu aku tak kisah dorang boleh guna mesin ajaib tu tapi kalau soalan esei berpuluh-puluh muka surat lepas tu beratus-ratus pelajar pulak tu haha kesian kesian. Nak tak nak those lecturers kena la siapkan jugak. Siapa suruh pelajar pelajar ni nak cepat sangat hamek kau keluar awal nak mammm haha.


potpetpotpet: Lantak. Keluar awal keluar lambat result tetap sama haha.

Pak Cik Naik Motor.

Jumaat. Oh Jumaat. Bila berkata tentang Jumaat sah sah ingat solat Jumaat. Siapa tak pergi solat Jumaat tadi sila menangis keinsafan sekarang haha. Wahai kawan-kawan jangan skip solat Jumaat tapi kalau dah terskip (secara tak sengaja) maka next week wajibul ghunnah bagi kau solat Jumaat.


Eh eh aku teringat masa aku sekolah rendah lagi. Aku pergi solat Jumaat jalan kaki kau tahu. Fuh. Tengah hari tengah panas okay cuba bayangkan konon konon matahari tu betul betul kat atas kepala kau. Kau ke kiri matahari ke kiri, kau ke kanan matahari ke kanan, kau ke depan matahari ke depan, kau ke belakang matahari ke belakang. Wah. Dengarkan matahariku puisi tentang hidupku haha tak pasal pasal.


Pak cik nak tumpang boleh?


Tiba-tiba ada pak cik naik motor nak pergi masjid. Then dia berhenti dan dia berkata wahai anak yang comel sudilah kiranya pak cik bawa anak ke masjid. Okay dialog tu aku tipu tapi makna dia sama macam tu maka sila buat buat faham. Aku pun gembira lalala tumpang pak cik tu. Bahagia. Ada jugak orang yang sudi nak tolong. Terima kasih pak cik!


Please please please.


Lepas tu setiap kali aku jalan kaki nak ke masjid aku mula pandang kiri kanan. Pandang orang yang lalu lalang ada ke tak nak ajak aku tumpang ni. Budak budak lagi masa tu. Haish. Alhamdulillah. Sentiasa ada orang nak tolong aku tapi bukan la setiap Jumaat.


potpetpotpet: Oh ayah aku jauh masa tu dia solat kat sana.

Shrek Dan Zizan Raja Lawak.

Yay. Aku berjaya menonton wayang filem Shrek The Final Chapter Forever After haha panjang wo tajuk dia. Aduh habis RM16 semata-mata nak tengok 3D yang takde kesan sampingan apa apa. Okay. In my opinion, I want more! Bukan sebab sedap nak mammm tapi sebab kurang kick la berbanding the previous sequels. Aiyoh. Maybe I was expecting too much but surprisingly the movie ain't that great.




However, this movie ada mesej yang kuat. Ya tentang kita tak tahu nak menghargai apa yang ada selagi kita tak merasai kehilangan semua tu. Okay la. Aku suka gila dengan watak donkey dan puss in boots tu seriously kelakar. Siapa tak tengok lagi boleh la beli loteri tiket sekarang kalau nak tengok cerita ni.




Well lepas tu lepak lepak with my friends. Chit chat. Bincang masa depan cewahhh aku cakap betul ni. Hari yang simple tapi syok. Oh aku sempat main bowling but one game only haha. Balingan pertama semata-mata longkang sila sila gelak dengan kuat. Maka balingan lepas tu dah okay sikit. Jumlah mata lebih seratus la jugak hebat tak hebat tak hebat tak? HohO.




Plus kitorang pergi makan kat McDonald's tadi haishhh dah terlebih waktu lunch hour maka harga pun termahal tiba tiba wakakaka. Eh eh sempat jugak photoshoot tadi. Snap sana snap sini. Wah. Guna kamera cap ayam berak kapur je tetap best.




Hizami. Jax. Adie.

potpetpotpet: Eh eh tadi nampak ada Zizan Raja Lawak entah tengah buat apa tak tahu pulak mungkin something about shooting atau photoshoot. Entah. Sebab aku terus jalan boleh?

Khamis, 20 Mei 2010

The Next American Idol Is Dot Dot Dot.

Wow. Now there were three contestants. Maka next week will be American Idol Finale! Wow lagi. Pejam celik pejam celik dah nak habis pun American Idol Season 9 ni. Fuhhh... So siapa pulak yang berjaya kali ni jeng jeng jeng. Ya aku tahu korang tak neves pun sebab takde kena mengena tiba tiba nak neves haha.


Lee Dewyze is safe.


Crystal Bowersox is safe.


Casey James is going home.


Maka the final two tinggal Lee Dewyze dan Crystal Bowersox. Maybe Lee Dewyze will win the title American Idol. This is the worst season of the show so far.

Carrie Underwood Wins ACM 2010 Entertainer Of The Year Again!

Wow. Congratulation to Carrie Underwood. I love you! Yay! Carrie Underwood made history at the Academy of Country Music Awards 2010 on Sunday night, becoming the first woman to win entertainer of the year twice. Happy for her. Sorry Taylor Swift haha. At the same time, it is weird when Carrie Underwood doesn't win the Top Female Vocalist Of The Year but Miranda Lambert. Anyway, you deserve it!





potpetpotpet: For me Carrie Underwood is more successful if compared to Kelly Clarkson. She is the ultimate American Idol!

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com