Selasa, 27 Januari 2015

Lirik Lagu Drama Band - Biarkanlah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Aepul Drama Band dah selamat bernikah dengan Leez.

Ada dengar lagu Biarkanlah daripada Drama Band? Aku tengah gila dengan lagu tu! Best kot! Aku keep on repeating lagu ni daripada hari tu lagi. Kalau lagu ni sejenis gula, mungkin aku dah kena diabetes kot sekarang ni? Over tak? Haha. Suara vokalis dia, Aepul, dalam lagu ni pun sedap je dengar. Tak terlalu menjerit macam dalam lagu dorang sebelum ni. Dan lagu pulak jenis tangkap syahdu. Sesuai sangat untuk segmen Suria Cinta. Kbai.
 


Lirik Lagu Biarkanlah

Semua pernah tercipta
Seakan terhapus sudah segala
Tak mampu ku kembali
Biarkan saja berakhir di sini

c/o
Biar patah hatiku
Biarkanlah
Aku pergi demi hidupmu
Biar hancur harapku
Lepaskanlah
Aku pergi demi bahgiamu

Semua janji terbina
Seakan sudah tiada bermakna
Tak mampu ku kembali
Biarkan saja berakhir di sini

*Ulang c/o

Selagi kita masih bersama
Semakin ku terluka

*Ulang c/o


potpetpotpet : Sekarang lagu-lagu balada memang tengah jadi pilihan ramai.

Isnin, 26 Januari 2015

Review Filem Tracers - Menarik Tapi Hambar?

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Semalam aku, Adik dan Kak Zura tengok wayang filem Tracers. Aku ajak dorang sebab dah lama sangat tak tengok wayang ni. Aku godek laman web gsc berapa kali entah sebab aku tak tahu nak tengok filem apa tapi aku nak tengok wayang jugak. Boleh macam tu? Ke duit banyak sangat sampai tak tahu nak pakai untuk apa dah? Amin. Hiks. Takde la sampai macam tu sekali. Kak Zura dah lama ajak tengok wayang sekali. Lepas tu Adik pulak cuti dua minggu sekarang ni, cuti semester. So, apa salahnya kan?


Best ke tak filem Tracers ni? Pada pendapat aku sebagai penonton biasa je, bagi aku filem ni tak sehebat nama Taylor Lautner tu sendiri. Sebab apa? Sebab separuh masa pertama filem tu bosan gila walaupun separuh masa kedua dia best gila. Separuh masa pertama dia sibuk dengan watak Cam (Taylor Lautner) tu. Latar belakang hidup Cam agak kabur sebab takde imbasan akademi fantasia macam mana dia end up hidup sorang sorang lepas tu bekerja sebagai bike meseenger. Tapi aku tahu la dia terpaksa pinjam duit daripada mafia semata-mata nak tolong bayar kos perubatan ibu dia yang sakit. Ayah dia pulak dah lama takde kot? Entah lebih daripada lima kali aku, Adik dan Kak Zura menguap kat dalam panggung wayang tu. Tapi apa yang menarik pasal filem ni ialah dia mengetengahkan sukan parkour. Haaa… Parkour? Pernah nampak tak yang orang lari atas bangunan lepas tu melompat daripada satu bangunan ke bangunan yang lain? Yang macam monyet sikit tu? Tahu tak? Haha! Yang tu la... Filem ni masa babak dorang melompat-lompat tu memang best gila! Tu je la yang best kot. Kalau takde aksi melompat-lompat tu, bila dorang dah mula berdrama, terus jadi tak best. Okay. Jadi, berapa bintang ya? Tiru gaya Farah Quinn ek. Aku beri:

Lepas habis tengok wayang, kitorang terus ke Klebang minum coconut shake pulak. Dah lama kot tak minum coconut shake kat Klebang. Adik pun dah kempunan tu. So beli banyak jugak siap bawak balik rumah. Tak silap aku beli 8 bungkus kot! Tapi yang kitorang punya dah habis minum kat dalam kereta lagi. Tak sempat nak tunggu balik rumah kau.




potpetpotpet : Minggu ni aku busy banyak.

Jumaat, 23 Januari 2015

Loki Si Kucing Comel Ni Datang Dari Mana?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Macam mana aku boleh bela Loki? Haaa... Loki ni kalau korang nak tahu, kucing pertama yang aku bela. Aku ambil Loki masa dia dua bulan lagi. Tak silap aku ambil dia kat Johor Bahru sekitar awal bulan Disember 2012. Masa tu aku tengah kursus induksi kat sana. Dalam aku tengah mengantuk dan bosan dengar ucapan, aku pergi buka mudah.my tengok anak-anak kucing kat situ. Niat kat hati cuma nak tengok tengok je. Entah macam mana aku boleh bernafsu nak ambil seekor bawa balik rumah. Dah jodoh Loki dengan aku kot? Hiks.

Sekarang Loki ni dah berumur 2 tahun 3 bulan. Kalau ikut umur manusia, Loki ni dah 24 tahun. Lebih kurang macam umur aku kot? Sebaya pun boleh. Haha! Tapi apa yang menyedihkan, Loki dah jadi bapa dah. Aku? Calon pun masih tercari-cari dan teraba-raba. Simpati tak? Hehe. Okay. Setakat tu je la kot sesi pengenalan tentang Loki si kucing comel ni. Nanti kita sambung kisah Loki dengan lebih lanjut. Dah alang-alang meh kita tengok antara koleksi gambar Loki masa dia kanak-kanak ribena lagi. Comel yang amat kot!

Ni hari pertama aku ambil Loki. Dia duduk dalam kotak ni daripada Johor sampai Melaka. Sedih tengok dia.

Innocent je muka Loki masa ni.

Boleh tak jangan membesar?

Bluwekkk!

Jarang Loki ni duduk kat sofa.

Kena paksa pakai tudung! Haha!

potpetpotpet : Siapa catlover kat sini?

Rabu, 21 Januari 2015

Caliph Buskers Di Pentas Anugerah Juara Lagu (AJL)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Sekarang ni semua orang tengah sibuk cakap pasal Caliph Buskers. Semua ni gara-gara persembahan Romancinta dorang dengan Mojo yang menjentik hati dan perasaan seluruh rakyat Malaysia. Tapi paling terjentik, Aweera la kot? Hiks. Tapi aku memang salute dengan bakat semua anggota Caliph Buskers ni. Nampak je macam tak boleh bawa lagu Romancinta tu tapi belum pun habis dorang sampaikan lagu tu, tercampak dah semua orang! Penonton kat stadium siap bagi standing ovation! Penonton kat rumah? Siap angkat kaki duduk bersila atas kusyen! Okay. Lawak hambar macam Nabil kat Maharaja Lawak Mega.

Mata aku masuk habuk masa dorang bawa lagu ni kat AJL29.

Lepas menang persembahan terbaik kat AJL29, pintu rezeki Caliph Buskers ni semakin terbuka luas. Tahu tahu je dorang dijemput untuk memeriahkan lagi segmen Johara Pagi Era semalam. Lepas tu, tengahari tu dorang ada kat Wanita Hari Ini pulak. Kemudian, pagi tadi dorang ada konti Hot FM dan malam tu jugak dorang ada kat Meletop. Haaa... Meriah tak jemputan sana sini? Tak menang tangan kot! Hehe. Alhamdulillah. Dah rezeki dorang kan? Harap dorang tak terkejut dengan gaya hidup macam tu. Tapi aku sangat teruja nak tahu ke mana dorang pergi lepas ni.

All the best Caliph Buskers!

Tweet hari tu pasal AJL29.

Aku dah like page dorang. Korang bila lagi?


potpetpotpet : Tuah ayam nampak di kaki, Tuah Mentor Legend anak didik Mas Idayu.

Isnin, 19 Januari 2015

5 Soalan Wajib Tanya Sebelum Menduduki Peperiksaan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Alhamdulillah. Semester kedua dah pun tutup buku minggu lepas. Semester seterusnya dah boleh mula daftar pada 18 Februari ni. Excited ke tidak? Hmmm… Selagi result semester kedua ni tak keluar, selagi tu aku tak senang duduk, makan, mandi, berak dan tidur. Tapi aku agak kecewa jugak la dengan performance aku semester ni. Tumpuan dan fokus a bit lari kot? Siapa yang bersalah dalam hal ni? Sah sah la diri sendiri! Haha! Takpe. Yang dah lepas, biar jadi pengajaran. Dan kita mendoakan yang terbaik pada masa akan datang. Okay?


Eh. Ni ada 5 soalan wajib tanya sebelum masuk dewan nak jawab final exam. Bukan setakat pelajar-pelajar aku je tanya kat aku tapi sekali dengan aku pun pergi tanya lecturer soalan-soalan ni. Annoying tak? Tapi kalau soalan-soalan ni korang tanya lepas final exam pun boleh jugak. Ikut suka korang la nak tanya bila pun. Kbai.

  • “Ada tips tak?”
  • “Apa soalan yang masuk?”
  • “Tajuk apa yang masuk?”
  • “Susah ke senang?”
  • “Soalan macam ni masuk tak?”

potpetpotpet : Siapa tak habis final exam lagi ni?

Ahad, 18 Januari 2015

AJL29 Keputusan Anugerah Juara Lagu Ke-29

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Malam ni timeline facebook dan twitter penuh dengan AJL29. Gila besar betul impak AJL29 ni! Aku pun sibuk tengok AJL29 ni. Habis semua kerja tak buat langsung. Adeh. Sabau aje la. So, ni aku nak update keputusan dan senarai pemenang Anugerah Juara Lagu ke-29 tadi. Puas hati ke tidak? Overall, aku memang puas hati dengan persembahan Dayang Nurfaizah, Mojo dan Shila Amzah.

Juara AJL29
Apa Khabar - Joe Flizzow & Sonaone
Wang tunai RM50,000

Naib Juara AJL29
Masih Aku Cinta - Shila Amzah
Wang tunai RM35,000

Tempat Ketiga AJL29
Di Pintu Syurga - Dayang Nurfaizah
Wang tunai RM20,000

Vokal Terbaik AJL29
Di Pintu Syurga - Dayang Nurfaizah
Wang tunai RM12,000

Persembahan Terbaik AJL29
Romancinta - Mojo
Wang tunai RM12,000

Sumber gambar-gambar: www.anugerahjuaralagu.com

potpetpotpet : Dah pi tidur, esok kerja kan? Isnin pulak tu!

Sabtu, 10 Januari 2015

Cara Membantu Kucing Beranak (Chiky Dah Beranak!)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Alhamdulillah. Chiky dah berjaya melahirkan empat ekor anak kucing hasil projek kahwin dengan Loki. Chiky sekarang kat rumah tuan dia, Nisa Kay. Hehe. Tapi tengok gambar-gambar yang Nisa Kay kirimkan, keempat-empat ekor anak kucing tu warna putih! Adeh. Kuat betul genetik Loki ye? Sepatutnya ada lagi seekor anak kucing yang ikut warna Chiky. Tapi malangnya, dia tak dapat diselamatkan waktu tu.

Loki (atas) dan Chiky (bawah).

Tadi Nisa Kay ada share artikel dengan aku pasal macam mana nak bantu kucing beranak. Memang artikel tu sangat bermanfaat terutamanya untuk orang-orang macam aku yang baru je berjinak-jinak dalam dunia kucing ni. Well, aku ni mana ada pengalaman jadi bidan terjun untuk kucing yang nak terberanak ni. Kalau korang nak baca artikel penuh, sila klik DI SINI. Lepas baca artikel dia, aku dah ringkaskan sikit beberapa tips untuk membantu kucing-kucing korang yang nak terberanak tu:
  1. Bukan semua kucing perlukan bantuan untuk beranak.
  2. Bawa kucing jumpa veterinar untuk diperiksa.
  3. Sediakan tempat khas untuk beranak - guna barang bersih, jauh daripada sebarang gangguan, letak berhampiran makanan, minuman dan bekas najis.
  4. Letak bekas bersih berhampiran untuk anak-anak baru lahir.
  5. Trim sikit bulu di bahagian belakang dan puting (untuk yang berbulu panjang).
  6. Tanda-tanda kucing dah bersedia untuk beranak:
    • gelisah, cari tempat gelap dan berbunyi bising
    • kerap menjilat badan - bahagian kemaluan
    • mencungap-cungap
    • mengiau sekuat hati
    • tidak berselera makan
    • muntah (kemungkinan)
    • melelehkan air jernih (ketuban), darah dari kemaluan
  7. Pastikan sarung/uri setiap anak dimakan/dibersihkan.
  8. Pastikan tali pusat dipotong.
  9. Bawa jumpa veterinar jika ibu kucing mengalami kesukaran menyusukan anak.
  10. Rekod butir kelahiran.

Detik Chiky melahirkan anak-anak kucing yang comel!
 
Tu je la serba sedikit tips membantu kucing beranak yang aku dapat daripada artikel tu. Lepas ni korang boleh la buat servis membantu kucing beranak dari rumah ke rumah. Hehe. Tak sabar nak jumpa anak-anak kucing Chiky dengan Loki tu. Harap keempat-empat anak kucing tu membesar dengan sihat dan comel.

Tak boleh usik! Kemain kedekut Chiky sekarang ni.

potpetpotpet : Adakah lepas ni giliran Lofa pulak?

Jumaat, 9 Januari 2015

Imej Baru Blog Budak Lelaki Sebelah Pintu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Welcome back Budak Lelaki Sebelah Pintu! Well... Setelah sekian lama tak aktif dalam dunia blog, especially tahun lepas, tahun 2015 ni aku tiba-tiba terbuka pintu hati untuk kembali menulis kat sini. Kemain terbuka hati kau... Mungkin dah bosan sangat bercakap dengan orang kot. Tu yang sekarang ni nak bercakap sorang sorang kat blog ni. Boleh macam tu?


Sempena dengan semangat baru, aku pun tempah full template baru kat Azhafizah. Konon nak dapat imej baru la. Hiks. Tapi memang penat dia melayan kehendak aku. Kejap nak itu, kejap nak ini, kejap tak nak itu, kejap tak nak ini. Cerewet ke tak? Haha. Nasib baik Azhafizah ni sabar aje la dengan aku. Boleh pulak dia ikut je apa yang aku nak. Respek la! Dan alhamdulillah, aku sangat puas hati 200% dengan hasil kerja dia. So, for those yang nak tukar template ke, nak beri nafas baru ke, nak habiskan duit yang banyak sangat kat dalam akaun bank tu ke, meh ramai ramai tempah full template kat Azhafizah sekarang! Harga yang ditawarkan memang tak payah cakap la memang murah gila dan berpatutan dengan hasil dia.




potpetpotpet : Harap bukan hangat hangat tahik ayam. Puihhh...

Khamis, 8 Januari 2015

Kalendar Abang Bomba - Sado & Kacak Jadi Perhatian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Selamat datang 2015! Alhamdulillah. Kita masih diberikan peluang untuk memperbaiki diri, baik daripada segi jasmani, emosi, rohani mahupun intelektual. Tak lupa? Daripada segi sosial! Haaa... Kita cilok daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan sikit. Hehe. Kantoi dah cikgu kat situ. Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik untuk semua ye? Sudah sudah la kita memaki hamun, menghina, mencaci, mengutuk mahupun mengumpat sepanjang tahun lepas. Tahun ni kita marilah kita cuba berbaik sangka, berfikiran positif, memaafkan dan memberi peluang kepada orang-orang di sekeliling kita. Kan lebih elok macam tu?

Sempena kedatangan 2015 ni, sah sah la kita kena tukar kalendar baru kan? Tapi tahu tak kalendar yang paling menarik perhatian dan menjadi bualan hangat tahun ni? KALENDAR BOMBA 2015! Sebab apa? Sebab dia letak abam abam sado kat dalam kalendar tu! Kalau dia letak abam abam muncet aku rasa takde siapa tahu kewujudan kalendar tu. Ehhh terjujur pulak! Hehe. Tapi bukan abam abam sado je dalam tu, ada jugak awek seorang dua terselit dalam kalendar tu. Jadi la kan daripada takde langsung? Okay. Jom tengok sikit macam mana rupa kalendar tu:













Sumber: KLIK DI SINI

potpetpotpet : Kalau aku dah sado nanti, aku pun nak buat kalendar jugak la.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com