Jumaat, 23 November 2018

#AJL33 Senarai 12 Lagu Terbaik Ke Anugerah Juara Lagu 33

Salam.


Anugerah Juara Lagu kembali lagi! Antara pentas yang paling berprestij dan sentiasa ditunggu-tunggu di negara Malaysia! 12 buah lagu akan berentap untuk merebut peluang bergelar lagu terbaik pada setiap tahun. Pentas AJL ni bukan sekadar mengiktiraf penyanyi tapi juga komposer dan penulis lirik bagi setiap lagu yang dipertandingkan. Jadi tahun 2018 ni lagu lagu apa je yang masuk?

Senarai 12 lagu terbaik yang layak ke Anugerah Juara Lagu 33:
  1. Siti Sarah - Semakin
  2. Ara Johari - Bunga
  3. Syamel - Kau Pun Sama
  4. Misha Omar - Sampai Bila
  5. Dayang Nurfaizah & Hael Husaini - Haram
  6. Khai Bahar - Luluh
  7. Altimet - Bunga
  8. Haqiem Rusli feat. Aman Ra - Jatuh Bangun
  9. Amylea & Kaer - Tak Pernah Hilang
  10. Hael Husaini - Hajat
  11. Sufian Suhaimi - Di Matamu
  12.  Siti Nordiana & Jaclyn Victor - Nisan Cinta

Tahniah kepada semua finalis AJL kali ni. Jadi lagu yang mana jadi pilihan kau orang? AJL33 dijangka akan diadakan pada awal tahun 2019. Sama sama kita tunggu tarikh rasmi yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Khamis, 15 November 2018

#KonvoUKM Banner Rai Graduan Jadi Trend Tahun 2018

Salam.


Tahniah buat adik aku yang seorang ni! Pejam celik pejam celik dah tamat pengajian dah. Lepas ni tunggu posting sebagai Doktor Gigi. Tapi tak tahu lah posting kat mana kan. Harap posting dekat dekat lah. Hari tu ibu dan ayah yang datang awal sebab masuk dewan. Aku dan Husna gerak dari Melaka dalam pukul 2.30 petang macam tu. Sampai kat UKM pula dalam pukul 4 petang. Tu pun adik aku tak keluar dari dewan lagi. Dah lah hujan turun waktu tu. Nasib baik tak lebat sangat. By the time adik aku keluar, hujan pun reda. Alhamdulillah. Kalau tak, mungkin terus balik tanpa ada sesi bergambar. Haha!



Aku perasan sekarang ni memang tengah trend orang bawa banner masa konvokesyen. Sebab aku tengok hari tu ada beberapa kumpulan baik keluarga mahupun kawan kawan memegang banner yang terpampang gambar graduan dan ucapan tahniah. Ada juga yang buat sendiri menggunakan kain ela. Bukan main gigih! Tapi kami hari tu takde banner pula. Cukup sekadar jambangan bunga dan coklat. Tak sempat nak ikut trend! Haha! Apa apa pun tahniah kepada semua graduan Konvokesyen UKM 2018!


Bila nak sambung peringkat yang seterusnya ni?

Lirik Lagu Aliff Syukri - Biar Apa Orang Kata

Salam.

Dia datang lagi! Selepas kontroversi lagu Bobo Di Mana, Dato' Sri Aliff Syukri cuba meredakan ketegangan dalam kalangan netizen dengan menghasilkan lagu berunsur kerohanian yang berjudul Agama Kedamaian (Deen Assalam) duet bersama isteri tercinta. Haaa... Tak habis setakat itu je, nampaknya beliau kembali dengan lagu baharu yang berjudul Biar Apa Orang Kata karya Edry Abd Halim. Katanya lagu ni bertujuan memberikan semangat dan motivasi terutamanya kepada mereka yang sering rasa rendah diri.


Lirik Lagu Aliff Syukri - Biar Apa Orang Kata

Hey kau lihat sini
Ramai sedang memerhati
Rupa menawan bergaya
Hingga semua tergila

Biar apa orang kata
Kamu cantik huuu cantik
Lebih ranggi dari bintang tv

Siapa berjiwa teruna
Dialah laki laki seksi
Tak kira janda atau dara
Dialah gadis gadis seksi

Mana sahaja kau pergi
Banyak dah hati tercuri
Teman sekeliling pinggang
Satu pergi sepuluh datang

Biar apa orang kata
Kamu elok huuu elok
Lebih macho dari bintang hero

Siapa rasa dia seksi ikut saya
Hey ladies siapa seksi
Siapa seksi dia menari
Hey guys siapa seksi
Siapa seksi dia menyanyi
Alright
You look so so hot
Wow menggoda

Layak ke tak dengan lagu ni?

Rabu, 14 November 2018

Pengalaman Ke Konsert Mariah Carey Di Borobudur, Jogjakarta

Salam.


Dah lambat ni!

Flight aku ke Jogjakarta pada 6 November 2018 hari Selasa tu selamat sampai kat airport sekitar jam 5 petang. Agak lewat dah tu. Aku check kat google maps perjalanan dari airport ke Borobudur makan masa lebih kurang 2 jam. Tu pun kalau tiada kesesakan lalu lintas. Jadi lepas sampai je kat airport tu aku dan kawan kawan terus ke Borobudur. Kenapa ke Borobudur? Sebab konsert Mariah Carey kat sana! Haha! Nasib baik ada supir. Alhamdulillah. Mudah sikit pergerakan hari tu.

Keluar je dari airport tu, hujan turun renyai. Supir bagitahu kat aku yang Yogyakarta ni sebenarnya dah berbulan bulan tak hujan. Tapi petang tu hujan! Haha! Tengah fikir macam mana kalau hujan sepanjang konsert tu. Dah lah tiket kitorang yang berdiri kat depan pentas tu. Harap kat Borobudur nanti tak hujan dah.



Segala jenis kamera tidak dibenarkan untuk dibawa masuk.

Lapar! Kitorang tak makan lagi sejak turun daripada flight. Nak kejar masa punya pasal. Perjalanan ke Borobudur hari tu mengambil masa 2 jam lebih. Kitorang sampai dalam pukul 7 malam macam tu. Lepas tu kitorang terus bergegas ke kaunter untuk tukar tiket. Sekejap je. Lagipun dah tak ramai orang kat kaunter tu. Rasanya semua orang dah masuk kot? Maklum je lah konsert dah nak mula kejap lagi. Jangan tak tahu yang bersepah ulat tiket kat Borobudur tu. Seram! Tak pasti kalau ada yang jadi mangsa ulat tiket hari tu.

Sebelum ke tapak konsert, kitorang kena lepasi 4 laluan tapisan keselamatan. Alhamdulillah kitorang tak tersekat kat mana mana laluan sebab dari awal lagi kitorang dah asingkan mana yang boleh dibawa masuk mana yang tidak boleh dibawa masuk. Aku sedih juga bila tahu yang segala jenis kamera tidak dibenarkan untuk dibawa masuk. Tak dapat nak ambil gambar dan video Mariah Carey dengan lebih jelas! Semua gambar dan video hari tu aku tangkap dan rekod menggunakan iPhone 7. Tapi hasilnya tetap memuaskan.




Mariah Carey betul betul kat depan aku!

Konsert dijangka bermula jam 8 malam. Tapi macam biasa lah mana ada konsert yang mula tepat pada waktunya. Konsert Mariah Carey ni memang tiada opening act. Tunggu punya tunggu akhirnya Mariah Carey muncul kat atas pentas! Haaa... Apa lagi? Menjerit setengah mati aku tengok Mariah Carey dengan mata kepala aku sendiri! Dah lah dekat gila! Haha! Puas hati betul dapat posisi dekat macam ni masa konsert.

Syukur hujan tak turun sepanjang konsert berlangsung. Aku tak tahu macam mana nak bayangkan apa yang akan berlaku kalau hujan turun dengan lebatnya. Kat atas pentas tu tak berbumbung, kat tempat kitorang berdiri ni tak berbumbung, kat tempat duduk belakang pun tak berbumbung. Haha!



Berbaloi ke?

Masa konsert lebih kurang 1 jam 30 minit. Walaupun aku rasa masa konsert tu boleh dipanjangkan lagi tapi aku tak rasa ralat sangat sebab aku berpeluang berada kat depan pentas menyaksikan Mariah Carey nyanyi secara live. Best! Aku akui yang suara Mariah Carey sekarang ni tak sama macam dulu. Tapi suara dia masih sedap dan dia masih boleh menyanyi dengan baik. 

Lupa nak bagitahu yang harga tiket hari tu cuma Rp 1 juta. Kalau dibandingkan dengan nilai mata wang Malaysia, tak sampai RM 300 pun. Apalah sangat berdiri tak sampai 2 jam tu. Lepas tu dapat tengok Mariah Carey dekat gila macam tu kan? Betul tak? Haha!


Jadi konsert seterusnya?

Kembali Ke Yogyakarta Setelah 2 Tahun!

Salam.


Diam tak diam dah 2 tahun trip aku ke Yogyakarta. Ingat lagi tak? Aku ada update entri pasal trip ke Yogyakarta masa tu. Dan siapa sangka yang aku akan datang balik selepas tu? Aku pun tak sangka! Haha! Gaga gara Mariah Carey sebenarnya. Aku dan kawan kawan pergi konsert Mariah Carey yang diadakan di Borobudur pada 6 November 2018 yang lepas. Nak tahu pengalaman aku macam mana? Tunggu entri seterusnya!

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com