Khamis, 14 Februari 2013

Friends' Day Out - Aktiviti Bersama Blogger & Kawan Erat Hubungan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Nasib ada benda menarik nak update kat sini. Kalau tak, haram nak log in. Tanggal 11 Februari 2013, bertempat di Anjung Tasik, Empangan Durian Tunggal, Melaka, kami telah berkumpul beramai-ramai bagi memeriahkan lagi Friends' Day Out. Untuk pengetahuan semua, ini merupakan tahun ke-5 kami mengadakan aktiviti seumpama ini tapi sebelum ini kami guna pakai Bloggers' Mini Gathering. Aci tak?


Aku, Adie dan Fyzal bertindak sebagai tuan rumah. Memandangkan kami orang Melaka, suka tak suka, kami kena sediakan tempat, plan games, tentatif hari kejadian dan macam-macam lagi. Alhamdulillah. Segala urusan berjalan dengan lancar. Aku rasa aktiviti yang kitorang sediakan paling best setakat ini. Boleh mengaku macam tu? #syoksendiri #teamMelaka


Friends' Day Out dimulakan dengan game. Dorang dibahagikan kepada 3 buah kumpulan. Setiap kumpulan ada lebih kurang 6 orang ahli. Game yang pertama ialah apung manakala game yang kedua pula ialah ke depan ke belakang. Nak tahu lebih lanjut, boleh tanya Adie sebab dia mastermind dalam game ni. Tajuk game pun dia yang pilih. Kbai.


Selesai games, kami melantak makanan dan minuman yang ada. Kami buat potluck, jadi, memang puas hati gila dapat rasa macam-macam jenis makanan dan minuman. Semua sedap-sedap belaka! Nasi putih, kepak ayam, sambal udang, ayam masak merah, satay ayam dan daging Pak Malau, pizza daripada US Pizza, asam pedas tetel, karipap, popia goreng, cream puff, kekacang, ikan masak lemak nenas, tembikai, dadih dan lain-lain. Tapi paling sedap dadih, kan Wan Fuuyoo? Adie siap bagi tambah 5 markah kalau makan dadih! Haha. Lepas makan dadih, bekas dadih tu kena pulang balik sebab bekas dadih tu mahal. Eh?


Alhamdulillah. Lepas habis je makan, aktiviti diteruskan lagi dengan pertandingan mencipta evening dress menggunakan kertas surat khabar dan plastik sampah warna hitam dan hijau. Model-model wajib lelaki. Haha. Kat mana kau boleh tengok ustaz pakai evening dress? Kat sini je! #maafustaz


Seterusnya, aktiviti yang paling ditunggu-tunggu, sesi tukar menukar tertukar bertukar hadiah. Nebes masa cabut nama tu. Masing-masing excited nak dapat hadiah besar. Padahal tak tahu hadiah kecil pun boleh jadi lagi mahal daripada hadiah yang besar saiznya. Sometimes good things come in small packages orang putih kata. Terima kasih kepada Ahmad Fauzi Aryaan atas hadiah yang sangat ohsem! Set pinggan mangkuk diimport khas daripada Germany. Pepandai je kata Germany. #punboleh


Lepas tu, kami semua bergerak ke Batu Berendam, pekena coconut shake kat situ. Niat di hati nak pergi Klebang tapi terpaksa batalkan sebab nak elak kesesakan lalu lintas di samping jimatkan masa. Even aku orang Melaka, itu first time aku pekena coconut shake kat Batu Berendam. And for me, not bad rasa dia. So for those yang tak dapat pergi Klebang, boleh pergi Batu Berendam.


Aku ingatkan dorang nak balik dah lepas tu. Tak sangka dorang ajak dinner sekali. Tak penat penat ke dorang ni? Haha! Selesai solat Maghrib, kami semua terus menuju ke Big Nyonya Restaurant yang terletak di Melaka Raya. Lepas habis dinner, semua balik dengan hati yang gembira. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Sekian. Nampak tak dah penat taip panjang panjang?


Trivia Friends' Day Out 2013
  • Nisa Kay sempat melantunkan suara untuk lagu Aku Stacy. Kak Leen pulak kemain tarik lagu Kisah Hati. Kalau Alyah dengar, confirm bersara daripada dunia nyanyian. Boleh?
  • Kumpulan yang kemain menyorok tak nak bagi orang tiru design evening dress dorang akhirnya tampil dengan design yang paling simple. Less is more, katanya. Tapi, takkan more is less pulak? Siapa nak jawab? Qarl tolong jawabkan boleh? Haha!
  • Kek rasmi Friends' Day Out telah diusik (tak sengaja!) oleh seseorang dan telah mengakibatkan angka 5 tenggelam separuh.
  • Banyak makanan tak habis. Semua kena bawa balik sorang sikit.
  • Kumpulan Kuning juara keseluruhan, diikuti kumpulan Hijau dan seterusnya kumpulan Merah.
  • Ada dua game yang tak dapat dijalankan akibat kesuntukan masa.
  • Qarl belanja coconut shake kat Batu Berendam!
  • Ayie asyik sesat je. Masa nak datang Anjung Tasik sesat, masa nak pergi Big Nyonya Restaurant pun sesat. Geografi masa PMR dapat berapa? Haha! Aku rasa mesti sekarang dia tengah sesat nak cari rumah sendiri. Eh?
  • Fyzal dan kawan Ayie tak ikut tema sebab tema kali ni ialah merah, hitam dan oren.
  • Friends' Day Out bermula seawal jam 11 pagi dan berakhir pada 11 malam. Total 12 jam!!!
  • Total harga makanan dan minuman kami di Big Nyonya Restaurant ialah RM431 sahaja. #terbeliakbijimata
  • Mula mula Hamz nak belanja bayarkan makan minum kat Big Nyonya Restaurant. Tapi tak dapat nak belanja sebab masa tu dorang terima tunai je, tak terima kad. Sedih tak?
  • Nisa Kay alergi dengan kacang merah rupanya. Sayu je tengok Nisa Kay habiskan cendol yang mengandungi kacang merah. Sedap sangat dia kata!
  • Mereka yang first time join aktiviti ini ialah Fyzal, Tom, Adam Haiqal, Kak Leen, Hafiz, Shahril dan kawan Ayie
  • Aku dan Wan Fuuyoo je yang basuh pinggan mangkuk sudu garfu semua lepas habis aktiviti kat Anjung Tasik. Nampak tak ciri ciri suami mithali di situ? 
  • Aku bawa 3 buah baldi untuk game hari tu. Tapi tak guna langsung sebab game yang guna baldi terpaksa dibatalkan. Habis jamban jamban rumah aku takde baldi. :(
  • Wan Fuuyoo beli hadiah kat R&R Seremban masa dalam perjalanan ke Melaka.
  • Abang Zizi selaku penaja lokasi, Anjung Tasik. Terima kasih Abang Zizi! :") 



potpetpotpet : Bila lagi nak gathering? Nampak tak excited di situ?

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com