Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!
Hari ni berapa haribulan? 29 Februari! Macam mana aku tahu? Sebab kalendar tulis 29 Februari. By the way, aku ada tiga orang kawan yang telah dilahirkan pada tanggal 29 Februari 1988. Shafini, Shuhada dan Fauzan. All of them lahir pada tahun yang sama dengan aku iaitu tahun 1988. Shafini dan Shuhada tu coursemate aku kat UPSI. Fauzan pulak satu kumpulan nasyid dengan aku.
For your information, tahun 1988 ni merupakan tahun lompat. Macam mana nak kira tahun lompat? Ambil dua nombor yang terakhir pada tahun tu. Contoh tahun 1988, kita ambil 88. Okay. Next, kita bahagi dua nombor tersebut dengan 4. Kalau dua nombor tu boleh dibahagi 4 dengan tepat, maka, tahun tu adalah merupakan tahun lompat. Tadi kita ambil 88 kan? So, 88 bahagi 4 sama dengan 22. Takde baki kan? Maksudnya, tahun 1988 ialah tahun lompat.
3 Kelebihan Hari Jadi 29 Februari
- Usia lebih muda berbanding dengan orang yang lahir pada tarikh selain 29 Februari. Kenapa? Sebab dia sambut hari jadi 4 tahun sekali. So, umur dia bertambah 4 tahun sekali. Kita? Setiap tahun! Haha.
- Tak perlu nak terasa sangat kalau kawan kawan tak wish happy birthday to you bila tahun tu takde tarikh 29 Februari.
- Bila tahun tu ada tarikh 29 Februari, kita mesti rasa macam special gila hari tu sebab bukan setiap kita tahun dapat tarikh tu. So, automatically, mereka yang sambut ulang tahun kelahiran pada 29 Februari turut mendapat tempiasnya.
3 Kekurangan Hari Jadi 29 Februari
- Kalau tahun tu takde tarikh 29 Februari, mereka tak tak tahu nak sambut hari jadi pada 28 Februari atau 1 Mac. Apatah lagi kawan kawan dia kan? Tak tahu nak wish bila. Last last, lupa nak wish. Haha.
- Rasa macam forever alone bila tengok orang lain bukan main meriah sambut hari jadi pada tahun yang takde tarikh 29 Februari.
- Tak dapat kredit percuma nak telefon atau mesej kawan kawan sebab tahun tu takde tarikh 29 Februari kecuali kau rajin nak call hotline syarikat telekomunikasi yang berkenaan.
potpetpotpet : Jangan lupa aku 23 April. Haha.