Sabtu, 31 Disember 2011

Sorotan Diari Budak Lelaki Sebelah Pintu (2011)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dah salam sejahtera!


Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, aku masih lagi bernafas pada hari ni. Terima kasih kepada ibu dan ayah yang telah banyak membantu aku sepanjang hidup aku ni. Tak dilupakan jugak kepada adik adik, saudara mara, jiran tetangga dan rakan rakan yang telah menghulurkan bantuan meringankan beban pada saat saat aku memerlukan. Since hari ni merupakan hari terakhir bagi tahun 2011, aku nak sorot beberapa kejadian, kenangan, memori atau entri yang menarik yang telah berlaku dalam hidup aku sepanjang tahun 2011 ni. So, selamat menyorot semua!


JANUARI

Aku dengan beberapa orang kawan yang lain telah berpeluang untuk menghadiri Anugerah Juara Lagu (AJL) yang ke-25 yang telah berlangsung kat Stadium Putra Bukit Jalil.

Alhamdulillah. Aku dapat join salah satu event terbesar yang telah dianjurkan oleh Nuffnang iaitu Maxis Om Nom Nom Race. Aku bergerak sebagai satu kumpulan dengan Adie, Afiq dan Ijat. Even group aku tak menang apa apa tapi aku sangat puas hati sebab dapat join Om Nom Nom Race ni.

Aku dapat idea buat satu game yang mana setiap orang kena komen tiga patah perkataan sahaja. Last last jadi la satu karangan yang tak berapa nak lawak. Tak percaya? Sila klik link kat bawah ni.


FEBRUARI

Tahun lepas aku ada menang full blog makeover daripada Cicak & Lelabah tapi baru bulan ni aku dapat merasa full blog makeover tu.


MAC

Malam tu aku dapat mesej dari Qarl kata blog aku masuk majalah In-Trend dan aku terkejut! Aku laju laju beli majalah In-Trend pada keesokan harinya.


APRIL

Memandangkan aku praktikal kat Negeri Sembilan, aku pergi jalan jalan kat Istana Lama Seri Menanti dengan beberapa orang kawan aku lagi.

Aku gembira dan puas hati sebab dapat mendaki Bukit Broga dengan kawan kawan yang sama praktikal satu sekolah dengan aku.


MEI

Kali ni giliran blog aku pulak masuk majalah Remaja! Terima kasih banyak banyak kepada Mira sebab dia yang cadangkan blog aku.

Aku super excited sebab ni merupakan pertama kali aku sambut hari guru sebagai seorang guru kat sekolah.

Aku telah menghabiskan masa selama tiga hari tiga malam menemani Qarl kat Himpunan Sejuta Belia yang bertempat di Putrajaya.


JUN

Aku dapat jumpa Najwa Latif kat belakang pentas.

Aku tak sangka aku boleh jadi johan masa Festival Nasyid UTeM 2011 sebab ni first time aku menceburi bidang nasyid ni.


JULAI

Alhamdulillah. Rezeki sekali lagi berpihak kepada aku bila dinobatkan sebagai johan dalam Festival Nasyid Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan dan seterusnya mewakili negeri tersebut untuk Festival Nasyid Kebangsaan (FNK) yang akan datang.

Setelah genap empat tahun aku study kat UPSI, sekarang aku dah boleh menarik nafas lega sebab aku dah berjaya menggenggam segulung ijazah.


OGOS

Aku dengan berbesar hati nak buatkan header secara percuma untuk blogger blogger yang bertuah.

Bersempena dengan bulan Ramadhan ni, Qarl dan Amir Rayyan telah menjemput aku untuk berbuka puasa ramai ramai dengan blogger blogger yang lain.


SEPTEMBER

Aku dapat beraya bersama beberapa orang blogger di sekitar Melaka.


OKTOBER

First time aku dapat peluang tengok teater kat Istana Budaya. Such a great experience.

Aku pergi hantar ibu dan ayah aku kat Kompleks Tabung Haji kat Kelana Jaya.

Since ibu dan ayah pergi haji, aku la yang bertanggungjawab jaga rumah ni. Sepanjang ketiadaan ibu dan ayah, aku telah berjaya memasak bihun goreng yang rasa dia sangat sedap.


NOVEMBER

Husna telah berjaya menggondol dua anugerah semasa majlis penyampaian hadiah dia.

Aku berpeluang berjumpa dengan Nisa Kay kat Mid Valley.

Aku tak sangka aku boleh menang tiket VIP ke AIM 18.

Aku secara tak sengaja jumpa Cikgu Zara kat Dataran Pahlawan

Alhamdulillah. Ibu dengan ayah telah selamat kembali daripada menunaikan haji di tanah suci Mekah setelah beberapa hari flight kena delay.


DISEMBER

Aku join FESTKUM 2011 yang telah diadakan di Johor selama seminggu.



potpetpotpet : Semoga Allah membuka pintu rezeki yang lebih luas lagi untuk aku pada tahun depan dan tahun tahun yang berikutnya.

Jumaat, 30 Disember 2011

Osbon Juara Maharaja Lawak Mega?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Aku nak cakap pasal final Maharaja Lawak Mega malam ni. Tinggal empat buah kumpulan sahaja lagi iaitu Osbon, Boboi, Saehu dan Syok. Bagi aku, juara Maharaja Lawak Mega ni boleh jadi milik Osbon atau Boboi. Saehu dengan Syok? Penyeri majlis je kot. Errr... No offense please. So, aku pilih Osbon!


  • Aku suka dengar loghat Abon. Aku boleh gelak dengar cara dia cakap even dia tak buat lawak. Dan gaya dia memang nampak bersahaja bila buat lawak.
  • Gigi Os ni boleh kata macam maskot Osbon la. Aku rasa hampir setiap minggu gigi Os tu jadi mangsa kritikan Abon.
  • Nampak Abon dengan Os ni serasi bila kat atas pentas Maharaja Lawak Mega tu.
  • Masa mula mula gelanggang Maharaja Lawak Mega ni dibuka, aku tak nampak yang Osbon boleh menang pertandingan ni. Osbon ni macam orang putih kata the dark horse dalam Maharaja Lawak Mega ni sebab penonton selalu lebihkan Boboi. Tapi sekarang Osbon dah jadi pilihan utama untuk menang pertandingan ni.
 
So, kita tengok la malam ni rezeki siapa jadi juara Maharaja Lawak Mega. Adakah Osbon? Atau Boboi? Mungkin Saehu? Atau Syok? Eh. Tengok je la! Sibuk je nak main teka teki siapa yang menang. Ada dapat duit ke kalau kita teka betul siapa yang menang? Haha.



potpetpotpet : May the best man win!

Khamis, 29 Disember 2011

Review Filem Sherlock Holmes: A Game Of Shadows - Cemas Tapi Lucu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Dah lama aku tak tengok wayang. Finally, semalam aku dapat tengok jugak. Merujuk kepada entri semalam yang berjudul Wordless Wednesday #26, aku dah tengok filem Sherlock Holmes: A Game Of Shadows dengan tiket wayang berharga RM 6 SAHAJA. Diulangi, RM 6 SAHAJA. Bak kata budak budak zaman sekarang untung laaaaaaaaaaaaaaaa...


Sebelum aku masuk panggung tengok filem ni, aku macam takut filem ni tak sehebat filem dia yang pertama pada tahun 2009. Tapi aku terkejut sebab filem ni lagi hebat daripada filem dia yang sebelum ni. Tahniah diucapkan! Eh? Tahniah kat siapa ni? Siapa siapa je la.
  • Pada beberapa minit terawal filem ni aku telah disajikan dengan aksi pergaduhan yang membabitkan Sherlock Holmes dengan beberapa orang jahat. Aku tak sangka filem ni penuh dengan aksi?
  • Robert Downey Jr. dan Jude Law telah berjaya menunjukkan chemistry yang baik. Hubungan yang wujud antara Sherlock Holmes dan Doctor Watson boleh kata macam malu tapi mahu. Memang nampak dorang had fun with the script and with each other.
  • Ada banyak dialog dan adegan yang membuatkan aku ketawa terbahak bahak sampai terkeluar kahak perlu ke bagitahu? Aku paling tak boleh blah masa Sherlock Holmes menyamar jadi perempuan kat dalam kereta api. Memang takde rupa perempuan langsung!
  • Set dia memang cantik habis. Dan kostum? Terbaik! Aku rasa macam nak pakai je apa yang Sherlock Holmes pakai especially baju yang dia pakai masa menyamar sebagai kerusi kat dalam bilik Doctor Watson.
  • Aku terkejut bila Sherlock Holmes tolak isteri Doctor Watson keluar daripada kereta api terus jatuh daripada jambatan masuk kat dalam sungai. Tapi yang aku pelik, isteri Doctor Watson tu tak cedera langsung! Kagum gila!
Aku bagi Sherlock Holmes: A Game Of Shadows 4 bintang! So, for those yang tak tengok lagi filem ni, aku cadangkan kau tengok filem ni sebab filem ni penuh dengan aksi yang mencemaskan dan pada masa yang sama dapat mencuit hati.



potpetpotpet : Lepas ni filem apa pulak?

Selasa, 27 Disember 2011

Siapa Nak Dengar Sangat Suara Aku Semalam?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Siapa nak dengar sangat suara aku semalam? Baik mengaku sekarang! Mengada ngada pulak kan? Tak pasal pasal aku kena upload video kat bawah ni. Haha. Video kat bawah ni takde la video sangat sebab masa ni aku nak cuba dengar kat mana aku flat or sharp sebab aku ni selalu sangat sumbang bila menyanyi. So, nak tak nak, aku kena rakam apa yang aku menyanyi. Dan kalau kau nak tahu atau kau tak nak tahu ke ada aku kisah sebab aku nak bagitahu part aku menyanyi cuma satu verse ni je sebab tu je yang aku terdaya.


Tak payah nak komen apa apa sebab aku tahu suara aku macam mana. Senyap senyap je la ek? Haha. Okay la. Aku dah start malu dah ni. Sekian. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Eh? Macam nasyid kan?



potpetpotpet : Siapa tahu lagu Muhasabah Cinta ni?

Isnin, 26 Disember 2011

Aktiviti Penghujung Tahun 2011

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Okay. Aku tak nak cakap banyak banyak sebab aku nak tempek gambar aku banyak banyak. Aku harap takde yang terberak lepas tengok gambar aku secara berlebihan. Haha. Gambar gambar kat bawah ni merupakan sambungan kepada entri Kekok. Ni boleh dikatakan sebagai pelengkap tahun 2011 aku. So, selamat melayan nafsu masing masing! Eh?

Tengah dengar taklimat daripada salah seorang pegawai HEP.

Sound check lagu Muhasabah Cinta.

Giliran aku pulak!

Mata sepet baru bangun tidur.

Tak payah guna hair dryer sebab tiupan angin pon dah boleh buat rambut aku jadi macam tu.

Dia nak sikit tapi aku cakap tak boleh tak boleh. Sekian.

Tema dia hitam sama macam warna kerusi. Eh?

Tunggu nak dapat baju rasmi FESTKUM 2011.

Kamera ni apahal asyik ikut aku je?

Ada kamera la! Demikian dialog aku.

Ni senam seni kat Felda Adela.

Gelak gelak kurus.

Nak aiskrim? Eh? Ajak ajak ayam je la!

Aku tak tahu apa motif aku ambil gambar kat tangga ni.

They all baca blog aku! Ni jumpa kat Plaza Angsana.

Ni edisi tutup mata pulak.

Pilih la mana kau nak. Haha.

Terkejut tak? Aksi terkejut ni diambil kat Stadium Tertutup Pasir Gudang.

Nama dia Gale Gale dan didatangkan khas dari Indonesia.

Bersama dengan pelajar pelajar dari Universitas Sumatra Indonesia.

Bajet sikit takpe kan?

Rock kapak tak gigi aku?

Dah habis dah FESTKUM 2011.

Tak habis habis dengan kamera kan?

I've started missing you guys!




potpetpotpet : Cukup tak gambar gambar kat atas ni?

Sabtu, 24 Disember 2011

Kekok Update Blog Dah Lama Tak Update Blog

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Tahu tak macam mana rasa kekok? Kekok ni ejaan dia lebih kurang sama dengan keropok tapi takde kena mengena langsung dengan keropok. Kekok ni terjadi bila mana kita tak biasa melakukan sesuatu. Kadang kadang kita dah biasa buat benda tu tapi kita terpaksa tinggalkan benda tu untuk sementara waktu. Bila kita nak sambung balik buat benda tu, kita rasa keropok. Eh? Kita rasa kekok la!

Contoh macam aku nak update blog hari ni. Aku rasa keropok gila sebab dah dekat sebulan aku tak dapat taip secara serious kat blog aku ni. Mungkin aku sengaja tulis keropok? Memang! Haha. Nak tekan keyboard pon rasa macam geli geleman je sebab dah lama tak tekan keyboard. Boleh?


Mungkin ada yang tak tahu ke mana aku menghilang. Actually takde la menghilang sangat sebab aku sempat update satu dua entri sebelum ni. Pada hujung bulan November lepas, aku kena pergi latihan nasyid kat Tanjong Malim, Perak untuk Festival Nasyid Kebangsaan (FNK) yang mula mula dia kata bakal berlangsung pada hujung bulan Disember ni tapi last last ditangguhkan dan aku tak tahu bila sebab surat dia tak sampai sampai lagi. Dengar cerita, awal tahun depan kot? Pada masa yang sama, FESTKUM 2011 turut berlangsung selama seminggu kat negeri Johor. Tak pasal pasal salah seorang daripada pegawai HEP tu suruh aku dengan beberapa orang kawan lagi untuk join sekaki. So, aku pon bertindak mengikut arahan.

Kalau kau nak tahu, aku baru je sampai kat rumah petang semalam. Dan aku akan upload gambar gambar aku masa kat  FESTKUM 2011 pada entri yang akan datang. Kena tunggu lagi la ni? Boleh?



potpetpotpet : Rasa kekok tak baca entri aku?

Jumaat, 23 Disember 2011

Kembali Selepas Ini

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!




potpetpotpet : Tunggu boleh?

Isnin, 12 Disember 2011

Pemenang Tempat Kedua Pertandingan Nasyid Pesta Konvo USIM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Aku berada kat Tanjong Malim sejak hujung November yang lalu. Dan aku rasa macam dah lama aku tak balik Melaka. Adeh. Ni semua sebab busy dengan latihan nasyid untuk Festival Nasyid Kebangsaan (FNK) la ni. Kau ingat lagi entri INI? Okay. Aku tak sempat nak taip panjang panjang sebab sekarang aku dah on the way bergerak ke Johor sempena dengan FESTKUM 2011. So, tengok je la gambar gambar aku yang nampak sangat menarik ni. Kalau tak menarik pon anggap je macam menarik. Haha.

Sebagai permulaan, Em Basheer berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan nasyid masa pesta konvo USIM hari tu. Alhamdulillah. Rezeki masih lagi berpihak kepada Em Basheer nampaknya.



Lepas tu, kitorang sempat celebrate birthday En Zul pada 4 Disember hari tu. Since takde duit sangat, kitorang sediakan je la apa yang patut. Ada nugget murah. Ada kentang goreng. Ada bihun tom yam. Ada jajan. Ada biskut. Ada tu je. Even sambutan birthday ni nampak macam hambar je tapi sebenarnya meriah macam ada karnival jom heboh kat rumah tu. Eh. Nampak macam tipu sangat kan? 





Pada masa yang sama, aku dengan tiga orang kawan lain sempat lagi berfoya-foya kat One Utama. Mula mula kitorang tengok wayang filem kartun yang berjudul Arthur Christmas. Tapi bagi aku filem tu macam bosan sebab story line dia yang sangat klise. Aku rasa macam rugi je RM8 aku hari tu. Anyway, sebelum masuk panggung aku sempat pergi lunch kat food court kat One Utama tu. Aku beli Laksa Asam yang macam terlalu masam. So aku tak dapat nak habiskan. Next, lepas dah habis filem Arthur Christmas tu, kitorang terus gerak ke IKEA pulak sebab nak dinner kat situ.









Okay. Tu serba sedikit kejadian yang berlaku dalam hidup aku dan merupakan antara faktor kenapa aku tak sempat nak update blog. Since aku takde kat rumah, memang susah nak dapatkan internet connection. Nak tak nak, terpaksa la tebalkan muka yang hensem ni dengan pinjam blackberry orang la pinjam laptop orang la pinjam broadband orang la sampai asyik kena sindir je sebab suka sangat pinjam barang orang semata-mata nak online. Adeh. Kesian kan nasib aku? Huaaaaaaaaaaaa



potpetpotpet : Aku update entri ni dalam bas. Hebat tak?

Selasa, 6 Disember 2011

Tidak Boleh Hidup Tanpa Internet?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Aku rasa sangat pelik bila dah dekat seminggu aku tak update blog. Kau tak rasa pelik ke? Atau kau rasa sayang kan? Rasa sayang hey rasa sayang sayang hey! Boleh? Actually, aku sekarang tengah busy dengan latihan untuk satu pertandingan. Nak tahu pertandingan apa? Eh. Mesti kau tak nak tahu kan? Okay. Bye!


Mula mula aku ingat aku tak boleh survive nak hidup tanpa internet. Tapi? Aku tengok aku hidup je sampai sekarang ni? Siap boleh update entri baru lagi setelah seminggu tak dapat internet. So, siapa kata kau tak boleh hidup tanpa internet? Tolong jangan percaya sebab semua tu tahyul semata-mata. Sekian. Terima kasih. Lain kali aku sambung ye? Talian internet ni akan terputus laju laju lepas aku tekan publish.



potpetpotpet : I miss the old days.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com