Jumaat, 14 April 2017

Lelaki Ini Kongsi Cara Turun Berat Badan 42 Kilogram!

Salam.

Salah seorang sahabat kita di twitter, Amil Hisham (@ienhisham), telah berkongsi transformasi dan perubahan yang berlaku pada dirinya dari April 2016 hingga April 2017. Daripada 111 kilogram kepada 69 kilogram! Haaa... Boleh kira tak berapa beza tu? Takpe takpe takpe. Meh sini biar aku yang kirakan. Lepas tekan kalkulator, jumlah berat badan yang berjaya diturunkan adalah sebanyak 42 kilogram! Jangan main main. Lebih kurang 38% daripada berat asal! Tahniah diucapkan.


Menurut Amil Hisham, antara tips atau cara yang dilakukan sehingga berjaya menurunkan berat badan sebanyak 42 kilogram adalah seperti berikut:
  • tidak mengambil nasi
  • kurangkan gula dan garam
  • elak makanan bersantan dan berminyak
  • minum air masak dengan banyak (1 liter air = 25 kilogram berat badan)
  • snacking - buah-buahan (segala jenis tembikai, kiwi dan betik)
  • sarapan pagi - oat dan snacking
  • makan tengahari - protein seperti ayam, ikan dan sayur (masak singgang)
  • petang - snacking
  • malam - tak makan (snacking kalau lapar)
  • kerap jogging - bermula dengan berjalan kerana tidak mampu berlari pada awalnya
  • senaman perut - plank
  • exercise 6 hari seminggu


Nampak senang tapi sebenarnya susah bila kita tak kuat untuk mengawal nafsu makan. Nak turunkan berat badan? Nak kurus? Nak sihat? Nak sado? Semua tu kena paksa diri dan juga disiplin. Semoga kita mendapat inspirasi melihat kejayaan-kejayaan seperti ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com