Rabu, 11 September 2013

Pembedahan Plastik Senyuman Kekal Jadi Fenomena Di Korea Selatan!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Senyuman kekal? Aku macam tak percaya pembedahan plastik boleh sampai ke tahap tu. Sebelum ni Korea Selatan dah ada pembedahan plastik untuk besarkan bukaan kelopak mata, suntikan lesung pipit, kecilkan saiz betis dan macam macam lagi la. Kadang kadang tu tak sampai terfikir! Bayangkan satu dunia ni muka sama je? Celah mana kau nak cari mana satu Kak Ton, mana satu Kak Mah.



Teknik ini dikenali sebagai “Smile Lipt”. “Lipt” merupakan gabungan daripada perkataan lip (bibir) dengan lift (mengangkat). Pembedahan plastik ni dia buat kat sudut belah kiri dan kanan mulut. Bila dia dah angkat otot-otot kat situ, mulut secara automatiknya tersenyum. Jadi tak payah susah susah nak pura pura senyum lepas ni. Kalau dapat berita sedih pun dijamin senyuman tak lekang daripada bibir. Kot kot datang ziarah orang mati, kau boleh senyum sorang sorang kat situ? Seram tak?


potpetpotpet : Susah ke nak senyum?

Sabtu, 23 April 2011

Senyum Sampai Terkoyak Mulut!



Sila perhatikan notification yang terletak dalam kotak pink tu. Pagi pagi online, dapat tahu hampir 200 contengan kat wall aku. Eh. Contengan apa pulak sampai banyak macam tu? Buang tabiat ke apa tiba tiba conteng wall aku? Adakah aku yang menconteng arang kat wall aku sendiri? Haha. Lantak ah. Anyway, di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang sudi wish HB kat aku. Tak kisah la siapa cepat siapa lambat, aku hargai semua tu. HB tu apa pulak kan? Shhh... Hint dia ialah 234!!! Cisss... Siap bagi hint tu. Tahu ke 234 tu apa? Kalau tak tahu, boleh senyum lepas tu angguk angguk je, pura pura macam tahu... Boleh? XD




Tak dilupakan jugak, to those yang menyalurkan ucapan HB kat aku melalui henpon. Kena cakap jugak benda ni. Kalau tak cakap nanti, ada orang kata aku ni berat sebelah pulak. So, thanks to En Zul, Innz, Jhou, Nana, Alif Marit, Hamdi, Arn, Mira, Qarl dan siapa siapa lagi yang tertinggal. Haha. ;)



potpetpotpet : Ada sekolah ganti hari ni.

Selasa, 5 Oktober 2010

Contest Senyuman Maneh | Gelak Boleh ?



Contest Senyuman Maneh ini dibawakan oleh Gadis Kampung Separa Bandar. Meh la join ! Tersangat mudah kalau kau nak masuk contest ni. Kau tak perlu nak gi mencangkul sepenuh hati semata-mata nak buat lima puluh lima batas kat kebun kau tahu. Siriyes aku siriyes. Kau cuma perlu pinjam kamera entah siapa siapa. Lepas tu kau try senyum senyum kambing sambil tekan laju laju button snap kamera tu. Haaa ... Upload lah gambar tu. Sonang jo. Apo laie tunggu ? Jom lah ! XD


Amboi. Senyum maneh macam beskot kering tambah gula. Haha.

Tu dia gambo aku dengan adik paling bongsu, Husna nama dia. Haish ... Dia senyum lagi maneh daripada aku. Tak aci betol. Haha. Eh. Siapa nak join ? Sila sila. Aku nak tag dua orang lah. Boleh ? Mereka yang maneh lagi bertuah tuah tuah ialah :


potpetpotpet : Senyum lah. Oh. Gelak pun boleh. Sukahati kau lah nak buat apa. XD

Jumaat, 14 Mei 2010

Senyum Sampai Cirit Birit.


1 ummph 1 smile 1 malaysia. Dear friends wah nak minta tolong sambil jerit tolong tolong tolong. Okay sila kata kami prihatin dan klik link tu then vote for my picture wakakaka. Just for fun. Kalau sudi nak undi kecil tapak tangan nyiru jugak aku tadahkan walaupun aku tak tahu mana nak cari nyiru dan kalau tak nak undi pon takpe takpe it's alright. I'm fine. HohO. Eh eh benda ni satu hari satu undi sahaja. No lebih lebih undi. Maka kalau boleh sila undi aku setiap hari wakakaka demand kan kan kan? Thanks.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com