Jumaat, 15 Julai 2011

Ini Kerja Bila Takde Kerja!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Malam tadi aku dapat download berus photoshop yang best best. Errr... Kesian gile kot. Setelah berbulan-bulan aku guna photoshop, sekarang ni baru nak download? Mana la aku tahu nak kena download kan? No wonder la berus berus yang sedia ada kat photoshop tu macam berus jamban. =_=

So, aku bangun pagi tadi dengan penuh bersemangat waja. Ni gara gara nak guna berus yang macam best tu la. Aku pon buka photoshop punya program. Then, aku cuba guna satu persatu berus yang ada. Setelah genap dua jam aku guna berus tu, aku terfikir tentang sesuatu. Errr... Macam mana nak rotate berus ni haaa? Eh. Takpe takpe. Aku cuba jaya dulu ye. Okay. Tekan tu, tak boleh pon? Tekan ni, tak boleh jugak! Arggghhh! Macam mana ni? Menyesal aku download kau wahai berus yang tak guna! Yes. Aku marah gile kat berus tu sebab aku tak reti nak pusingkan dia macam mana! >_<

Sebelum aku decide untuk memutuskan asa (ada ke?), aku cuba menggunakan satu-satunya jalan penyelesaian yang ada iaitu google. Aku terus google how to change brush angle. Alhamdulillah! Nasib la aku menemui jawapannya. Yes. Menemui jawapannya! Hebat tak tatabahasa aku? Anyway, kalau takde jawapan tadi, memang aku delete photoshop daripada hidup aku terus. Siriyes kot! Ingat aku main main ke? Memang aku main main pon! =_=

 Nak tengok hasil dia?




Bersepah kan? Haha. Nampak sangat tak reti nak guna. T_T

Lepas aku dah bosan dengan berus yang tak guna tu, aku main dengan skateboard pulak. Eh. Bukan main dengan skateboard yang sebelah kaki pijak kat atas skateboard tu dan yang lagi sebelah kena tolak tolak bagi skateboard tu bergerak. Errr... Ni main dengan gambar skateboard guna photoshop. =_=

First, aku tukar gradient dia. Next, aku tempek muka aku kat tengah tengah. Maka dengan itu siap la skateboard keluaran Budak Lelaki Sebelah Pintu yang tak membawa apa apa faedah pon! :B



potpetpotpet : Mengantuk la pulak sekarang ni. Bangun awal sangat kot tadi?

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com