Rabu, 30 Mac 2011

Gambar Pilihan Minggu Ini - Biodata Cikgu

Aku tengah syok syok tanda buku latihan, tiba tiba boleh terjumpa ni!!!



potpetpotpet : Lecturer aku datang tadi. Errr... Esok la aku cerita! XD

Isnin, 28 Mac 2011

Teaching Aids! Erk. Mengajar Aids?

See? My teaching aids maaa...


Aku tak ajar budak tadika. Tapi aku ajar budak tingkatan satu. Tapi aku macam ajar budak tadika pulak kan. Tapi tak kisah ah. Erk. Apa yang penting, aku seronok gile walaupun agak penat masa nak buat segala menatang teaching aids tu. Tak kisah la apa korang nak kata, mungkin seperti - teaching aids banyak pon tak guna kalau budak tak faham satu kejadah pon. Well. Aku setuju sikit sebab aku tak setuju sikit. Apakah?


Teaching aids ni merupakan salah satu pendekatan untuk memudahkan dan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kalau kau guna something yang menyukarkan dan membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, tu nama dia bukan teaching aids!!! Habis, apa nama dia? Tu nama dia teaching aids kepala hotak kau!!! Haha. Dah nama pon teaching aids, maka, dijamin ah dapat membantu budak. Kalau tak dapat membantu budak, tu siriyes bukan teaching aids wa cakap sama lu. Jadi, guru kena bijak memilih teaching aids yang bersesuaian. Plus, teaching aids yang banyak dan pelbagai dapat menggambarkan kesungguhan guru dalam menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang terbaik.


Jadi, teaching aids yang aku maksudkan takde kena mengena dengan mengajar aids. Aids mana pulak kan? Aids penyakit tu ah. Haha. Sila tepuk dahi sama sama. =.=



potpetpotpet : Be positive! ;D

Jumaat, 25 Mac 2011

Kau Guna Gambar Aku Lepas Tu Kau Add Akaun Facebook Aku??? Kau Memang Teeettt!!!

Klik sampai besar!


See? Ni aku tak puas hati ni. Dah la guna gambar aku, lepas tu boleh pulak kau add akaun facebook aku? Demmm... Kau memang annoying gile beb. Entah macam mana kau boleh slumber badak add akaun facebook aku ni kan. Apa kena dengan kau ni haaa? Kau sengaja nak bagi aku sakit hati ke haaa? Eh. Tiba tiba roh Nasir Bilal Khan datang kan. Adeh. Kau bajet kau handsome sangat ah tu? Guna gambar aku suka suka hati? =.=


Hurmmm... Okay. Fine. Kau guna je la gambar aku tu. Ni aku nak buat pengakuan sikit. Aku memang upload semua gambar aku ni semata-mata untuk kau. Dan sebab tu aku ada letak cop nama aku kat gambar yang kau guna tu. Anyway, aku ada banyak lagi gambar kalau kau nak guna. Jadi, aku nak bagi satu cadangan ni. Kalau boleh, kau buat la setiap satu gambar aku tu satu akaun facebook. Biar meriah sikit facebook ni dengan gambar gambar aku. Boleh? =.=



potpetpotpet : Entah.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com