Rabu, 25 Mei 2011

(American Idol Finale) Lauren Alaina Tarik Diri? Haley Reinhart Ganti Lauren Alaina?



Huh? Biar betik? Lauren Alaina hilang suara? Ada laporan menyatakan bahawa Haley Reinhart baru je habis rehearsal tiga buah lagu - House of Rising Sun, I Who Have Nothing dan Bennie and The Jets. Laporan berkenaan turut menyatakan bahawa Haley Reinhart bakal menggantikan Lauren Alaina pada malam American Idol Finale tu. Sebab apa pulak? Sebab Lauren Alaina hilang suara sejak semalam. Errr... Betol ke ni? >.<


Okay. Aku tak tahu betol ke tak. Tapi kalau betol la Haley Reinhart ganti Lauren Alaina, aku okay je kot sebab aku memang adore Haley Reinhart. Hehe. Pada pendapat aku, ni semua publisiti semata-mata. Taktik beb! Adeh. Dahsyat ah kalau tiba tiba Lauren Alaina tak dibenarkan untuk perform malam American Idol Finale tu. First time kot berlaku! Kalau betol betol berlaku la kan. Tapi macam tak je? Siapa punya kerja sebarkan drama macam ni? Nak minta simpati la tu... =,=


Anyway, kau dah tahu ke single Scotty McCreery dengan Lauren Alaina? Haaa... Meh sini aku nak beritahu! Menurut sumber yang boleh dipercayai, single Scotty McCreery ialah Love You This Big. Dan single Lauren Alaina pulak berjudul Like My Mother Does. Apa yang aku tahu, lagu Like My Mother Does tu pernah dimuatkan dalam album sulung Kristy Lee Cook yang berjudul Why Wait. Errr... Kenal tak siapa Kristy Lee Cook tu? Dia bekas peserta American Idol jugak, satu musim dengan David Cook, David Archuleta dan Syesha Mercado. Tak kenal la tu? Lantak kau la! Tak masok es pi hem pon soalan ni. Eh. Nak dengar macam mana lagu Like My Mother Does tu?



 
 
 
Ada maklumat tambahan! Haley Reinhart akan menyanyikan lagu sendiri masa American Idol Finale nanti! Maksud aku, single dia la kot? Wow! I just can't wait to hear it! Tak dilupakan jugak, peserta yang telah mencetuskan kontroversi kerana tersingkir sebelum waktunya iaitu Pia Toscano bakal mengeluarkan single yang berjudul Counterfeit tak lama lagi. Tapi aku tak tahu la bila single tu nak terberanak. Haha. XD



potpetpotpet : Aku bajet Scotty McCreery menang! Eh. Lauren Alaina kot?

7 ulasan:

  1. Scotty McCreery!

    No doubt!

    BalasPadam
  2. Scotty McCreery best! :)

    BalasPadam
  3. suara scotty best kot...tapi aku minat lauren...hhahhah...tapi haley pun best der..

    BalasPadam
  4. suka lauren! jangan plak dia tak perform.. kiciwa..

    scooty pon best.. tak sabar nk tggu diorang perform..

    BalasPadam
  5. suka haley most..;) but for finale AI i vote for SCotty ;)

    BalasPadam
  6. erk..apa semua ni. nama sape tu. xpernah baca pun. xpernah tgk pun american idol. kesian kan. hahaha

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com