Khamis, 26 Mei 2011

Scotty McCreery Is The New American Idol!



Wow! Scotty McCreery is the new American Idol! Haha. Dah agak dah! Scotty McCreery tak pernah dapat bottom sepanjang musim ni berlangsung. Plus, Scotty McCreery memiliki suara jantan yang dahsyat! Suara jantan pon tak macam dia. Boleh? Anyway, tahniah Scotty McCreery! Aku yakin permata Scotty McCreery bakal bersinar dalam industri hiburan ni. Suara dia ibarat suara emas bagi country music kau tahu. Mungkin boleh ganti Brad Paisley? :)



 
 
 
Lauren Alaina? Walaupon dia menjadi pilihan judges tapi nampaknya nasib tak menyebelahi dia. Kesian. Takpe takpe. Ada je peserta yang popular even tak menang American Idol ni. Nak kena bagi contoh ke? Errr... Cari ah sendiri! Haha. Okay. Dah habis dah rancangan ni. Lepas ni apa pulak? X-Factor!



potpetpotpet : I told you so...

Rabu, 25 Mei 2011

(American Idol Finale) Lauren Alaina Tarik Diri? Haley Reinhart Ganti Lauren Alaina?



Huh? Biar betik? Lauren Alaina hilang suara? Ada laporan menyatakan bahawa Haley Reinhart baru je habis rehearsal tiga buah lagu - House of Rising Sun, I Who Have Nothing dan Bennie and The Jets. Laporan berkenaan turut menyatakan bahawa Haley Reinhart bakal menggantikan Lauren Alaina pada malam American Idol Finale tu. Sebab apa pulak? Sebab Lauren Alaina hilang suara sejak semalam. Errr... Betol ke ni? >.<


Okay. Aku tak tahu betol ke tak. Tapi kalau betol la Haley Reinhart ganti Lauren Alaina, aku okay je kot sebab aku memang adore Haley Reinhart. Hehe. Pada pendapat aku, ni semua publisiti semata-mata. Taktik beb! Adeh. Dahsyat ah kalau tiba tiba Lauren Alaina tak dibenarkan untuk perform malam American Idol Finale tu. First time kot berlaku! Kalau betol betol berlaku la kan. Tapi macam tak je? Siapa punya kerja sebarkan drama macam ni? Nak minta simpati la tu... =,=


Anyway, kau dah tahu ke single Scotty McCreery dengan Lauren Alaina? Haaa... Meh sini aku nak beritahu! Menurut sumber yang boleh dipercayai, single Scotty McCreery ialah Love You This Big. Dan single Lauren Alaina pulak berjudul Like My Mother Does. Apa yang aku tahu, lagu Like My Mother Does tu pernah dimuatkan dalam album sulung Kristy Lee Cook yang berjudul Why Wait. Errr... Kenal tak siapa Kristy Lee Cook tu? Dia bekas peserta American Idol jugak, satu musim dengan David Cook, David Archuleta dan Syesha Mercado. Tak kenal la tu? Lantak kau la! Tak masok es pi hem pon soalan ni. Eh. Nak dengar macam mana lagu Like My Mother Does tu?



 
 
 
Ada maklumat tambahan! Haley Reinhart akan menyanyikan lagu sendiri masa American Idol Finale nanti! Maksud aku, single dia la kot? Wow! I just can't wait to hear it! Tak dilupakan jugak, peserta yang telah mencetuskan kontroversi kerana tersingkir sebelum waktunya iaitu Pia Toscano bakal mengeluarkan single yang berjudul Counterfeit tak lama lagi. Tapi aku tak tahu la bila single tu nak terberanak. Haha. XD



potpetpotpet : Aku bajet Scotty McCreery menang! Eh. Lauren Alaina kot?

Jumaat, 6 Mei 2011

Kini Tinggal Empat Sahaja. Yang Mana Satu Pilihan Anda?



Eh. American Idol Season 10 dah masuk Top 4. Wow! Tak lama lagi kita akan mengetahui siapa yang menang pertandingan ni dan seterusnya bakal mengikut jejak langkah Kelly Clarkson dan Carrie Underwood. Jangan ikut macam Ruben Studdard, Taylor Hicks dan Lee DeWyze dah la. Tenggelam terus! Haha. Kesian gile dorang. Penat penat menang tapi gaya macam tak menang je. Adeh. Sabau je la. =.=


Lupa pulak... Dalam gambar kat atas tu ada lima orang kan? Tadi kata Top 4? Okay. One of them dah tersingkir tadi. Nak tahu siapa? Jacob Lusk!!! Tahniah... Akhirnya Jacob Lusk terkeluar jugak. He's talented. Tapi kadang kadang boleh jadi annoying bila tengok dia nyanyi. Siriyes! He's so over the top! Apa apa pon, aku tetap sokong Haley Reinhart. Nasib baik dia tak terkeluar lagi. Aku takut gila dia keluar. Eh. Aku pernah cerita pasal Haley Reinhart kat sini. Check it out! ;)


Sempena dengan kepergian Jacob Lusk, jom tengok persembahan terbaik daripada dia. Bagi aku, persembahan terbaik dia ialah masa minggu solo kat Hollywood. Dia nyanyi God Bless The Child. Siapa dengar dia nyanyi lagu ni memang meremang bulu roma wa cakap sama lu. Aku cakap betul ni. Tak percaya? Dengar ah sendiri! >.<



 
 
 
potpetpotpet : Esok sekolah.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com