Selasa, 14 Jun 2011

Ini Bukan Dating Tapi Meeting!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!



Okay. Ni entry buat semula. Aku dah pernah post pasal sepetang bersama Zizidiazora ni. Tapi aku terdelete pulak. Masa tu aku nak edit nama dia kat dalam entri tu. Entah aku tekan butang apa entah tup tup hilang terus entri tu. Putih bersih je post aku jadinya. Dan ini sangat mencabar kesabaran di dada ye wahai adik adik sekalian. =,=

Siapa yang dah baca tu, boleh skip entri ni. Anyway, kali ni, aku nak tulis secara ringkas je. Malas ah nak tulis panjang panjang roti jala. Kalau aku terdelete entri ni, takde la rasa nak maki sangat. =,=

Adie ajak aku lepak hari tu. Dia ajak aku pergi minum petang dengan Zizidiazora. Haaa... Siapa tu? Cuba tengok sebelah kanan blog aku ni. Lepas tu, kau pergi skodeng kat bahagian pengkomen minggu ini. Nampak tak siapa kat atas sekali tu? Yes. Aku minum petang dengan dia la tu! Dia takde blog tapi dia sangat rajin komen kat blog aku. Tahniah diucapkan! ^.^

Nak tahu apa menu minum petang kitorang? Menu tuuu... Jom tengok! >.<




Zizidiazora yang sediakan minum petang ni. Aku dengan Adie bawak perut je. =,=

Meh sini aku bagitahu korang apa menu minum petang kitorang. Dah bersedia? Okay. Ada mee kari. Ada lima jenis kuih muih. Ada air sarsi. Ada air teh. Okay. Tu je kot? Sekian. Terima kasih. So, ada rasa lapar tak sekarang? Lebih lebih lagi bila aku sebut mee kari tu? Pehhh... Memang sedap ah mee kari tu! Haha. Apa apa pon, terima kasih diucapkan kepada Zizidiazora kerana telah menyediakan hidangan minum petang yang menyelerakan lagi membuncitkan. Okay. Boleh jeles sekarang. :P

Sambil sambil minum petang tu, aku borak borak la dengan Zizidiazora ni. Dia sangat peramah ye. Banyak gile cerita dia. Biasa ah. Dia dah makan garam banyak sangat. Actually, aku sendiri malu nak borak borak dengan dia. Sebab aku rasa macam pengetahuan dan pengalaman aku tak setara dengan dia. Takut jugak kalau aku tiba tiba terbincang pasal kenapa Jason Derulo selalu sebut Jason Derulo masa permulaan lagu lagu dia. Errr... Dah terang terang nama dia Jason Derulo kan? So, takkan dia nak sebut Nora Elena kot? Lagu siapa masalahnya sekarang? Tengok! Aku dah merepek dah. =,=

Sebelum itik pulang petang, sebelum aku berangkat pulang, Zizidiazora ada bagi aku something. Nak tahu apa? Cuba tengok kat bawah ni haaa... Apa dia tu? Okay. Aku bagi klu boleh? Klu dia ialah ferrero rocher. Eh. Tu bukan klu dah tu. Adeh. =,=






potpetpotpet : Dah habis dah ferrero rocher tu. T-T

19 ulasan:

  1. Cepatnye abes...


    Nnti leh minta lg..heheh

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. makin sempoi la blog zami.. like!!

    BalasPadam
  4. makin sempoi la blog zami... i like it!!

    BalasPadam
  5. cokelat tu aku dpt 2 kotak besar hari tu dpt hari tu hbs jugak...hah...

    BalasPadam
  6. Tanpa NamaJun 14, 2011

    ziziadora tu lelaki kan?
    kalo dating gay la..
    hahaha~
    sebab tu namenye meeting..

    BalasPadam
  7. Re-entri hahaha....gegeh taip balik yek... Get ready.. BBQ di tepi tasik coming soon...

    BalasPadam
  8. org ckp zizi tu motivator yee

    BalasPadam
  9. betuahnye dapt ferrero rocher...^^

    BalasPadam
  10. wow .. bce entry tbe2 lak kempunan nak mkan mee kari .. huhu xD

    BalasPadam
  11. nak ferero roche tu :D wahaha

    BalasPadam
  12. zizi tue pompuan ehk..
    sdp tak mee tue...hehe

    BalasPadam
  13. hizami is in love?hehe..
    eh ari tu kt fb ade nma ady putra pkai ur pics..like a lot!
    tu fake acc eh?

    BalasPadam
  14. hahaha... bila kita nk meeting reramai lak nieh... lol

    BalasPadam
  15. nak coklat ! haha.
    sempi gak ko punya belog..
    singgah singgah kat sini !

    BalasPadam
  16. fuh lama xmakan mee kari..

    BalasPadam
  17. hahahaha
    fererocher tu kalau sekotak pun leh habiskan dalam sehari
    sedap kut
    :-)

    Penangan Superstar Rajnikanth Pada Pekerja - Pekerja Di India

    BalasPadam
  18. sedap lah pulak ferrorocher ni,nyum..nyum... :)

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com