Sabtu, 11 Jun 2011

KL Gangster | Rugi La Siapa Tak Tengok Lagi!



S I N O P S I S

Malek (Aaron Aziz) telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh Shark (Syamsul Yusof), anak tiri kepada King (Ridzuan Hashim), iaitu ketua kongsi gelap yang berpengaruh di KL. Setelah dibebaskan, Malek mengambil keputusan untuk tidak terlibat lagi dengan kongsi gelap. Malek ni kira otai la dalam bidang kongsi gelap ni. Dia ada dua orang adik, sorang lelaki sorang perempuan. Yang lelaki tu nama dia Jai (Ady Putra). Dia aktif sebagai gangster kat area KL ni. Dia sanggup buat apa je demi duit. Yang perempuan pulak, aku tak ingat nama dia. Tapi adik perempuan dia ni memang sosial habis. Anyway, dendam Shark terhadap Malek tak habis lagi. So, apakah kesudahan hidup Malek? Adakah Malek akan join semula kongsi gelap? Nak tahu tak? Mesti nak kan? Tengok ah sendiri! :)


I N  M Y  O P I N I O N

Honestly, aku ni kalau tengok wayang memang susah nak tengok filem tempatan. Siriyes! Siapa kawan dengan aku tahu perangai aku. Haha. Aku memang jenis lupa daratan beb. Aku bajet cool la tengok filem filem omputeh semua tu kan. Errr... Tiba tiba aku terbuka hati nak tengok filem ni. Aku tak tahu sebab apa. Mungkin sebab tajuk dia gangster kot? Lagipon, takde filem filem omputeh yang menarik perhatian minggu ni. Sebab tu aku layan filem ni! Boleh ke bagi alasan macam tu? =,=

Apa yang mampu aku katakan, KL Gangster merupakan sebuah karya yang boleh dibanggakan! Tak puas ah tengok sekali! Haha. Over tak dialog aku? Anyway, aksi aksi yang dipaparkan dalam filem ni amat mendupdapdupdapkan jantung aku. Adakah ini cinta? Tiba tiba je... KL Gangster ni boleh dikatakan antara filem tempatan yang terbaik pernah dihasilkan bagi tahun 2011 ni. Aku tak tipu beb! Syabas diucapkan kepada Aaron Aziz, Ady Putra dan Soffi Jikan kerana lakonan yang memberangsangkan! Secara keseluruhannya, filem ni quite impressive beb... Babak babak gaduh memang tak berhenti ah daripada awal. Lepas keluar daripada panggung je, aku terus rasa nak belasah orang. Haha. Eh. Lupa pulak! Ada Zizan dalam filem ni! Dan watak Zizan kira menjadi tarikan kepada filem ni. Keluar je Zizan, penonton dalam panggung dah start gelak gelak even dia tak buat lawak apa pon. Boleh? :D

Apa lagi ek? Haaa... Jalan cerita bagi filem ni simple je. Tak payah susah susah nak fikir. Terlalu simple mungkin? Plus, terdapat beberapa adegan lawan lawan tu nampak macam a bit mechanical, or robotic. Macam tak smooth ah. Dan kalau nak bagi lebih gangster, mungkin boleh tambah sikit bilangan anak buah tu kot. Takde la aku tengok anak anak buah yang sama je turun padang. Kata kongsi gelap kan? Anak anak buah mesti bersepah! Errr... Aku komen macam la aku tahu selok belok dunia kongsi gelap. Haha. Tapi tak kisah la kot. Semua tu perkara kecil je pon, langsung tak menjejaskan kesedapan filem ni. As a conclusion, filem ni memang wajar ditonton! So, jom tengok filem ni! ;)


Aku tengok wayang dengan adik aku. ;)


Tak dilupakan, sepupu aku yang masih single. Ada sesiapa berkenan? :)



potpetpotpet : Esok ada plan lain. ;D

22 ulasan:

  1. hum sya berkenan dgn sepupu awk.. ;)

    BalasPadam
  2. I nak menonton sesuatu esok tapi bukan wayang. maybe the real wayang kot hahaha....hanya zami yg faham.... hahaha....

    BalasPadam
  3. aduhh takut nak tgok filem ganas-ganas ni.tapi nak tengok tapi rasa macam tak nak. hishh confius!

    BalasPadam
  4. macam awesome.. kena tengok!

    BalasPadam
  5. Yeahh,cerita dia bestt dengan aksi belasah dia yang kalau tengok pon tutup muka.Hahh,over gila.

    Tapi mmg boleh tgk lah cerita ni

    BalasPadam
  6. yups
    memang berbaloi pun tgk filem nih
    bakal box office n kalahkan filem Kongsi

    Review Filem KL Gangster

    BalasPadam
  7. nnt pengarah dia syamsul yusof & farid kamil nak kena saman,muahahahaha

    BalasPadam
  8. Yeah ryte. Zizan baru keluar, tak bukak mulut pon, tapi satu panggung gelak. Haha.

    Overall, filem ni memang nice. :)

    BalasPadam
  9. tak sbar nk tgok next week :D

    BalasPadam
  10. Sofi Jikan punya dialog yang xleh blah, "Sengat sengat"

    hahaha.

    Entri terkini: KL Gangster memang gengster!

    BalasPadam
  11. haih lama gila tak tengok wayang
    =________=

    BalasPadam
  12. cam best aje~ kongsi2 gelap. woho.

    BalasPadam
  13. jaket beli kat mana bro.. cun ; )

    BalasPadam
  14. tengok org dok ckp mcm best, tp xde masa nak p tgok wayang -.-'

    BalasPadam
  15. wa best nye!ramai gila org ckp cite tu mmg best! x dpt nk curik masa p tgk lg..huhu..=.=

    BalasPadam
  16. hahaa..sepesen je spek zami ngn adik tu. aihh...beli satu percuma satu ea?

    BalasPadam
  17. Yeay~ Kita satu geng. Payah nak layan cite Malaysia kat panggung der. Ni kalau review mampus komen negatif je banyak :P

    Btw, KL Gangster agak coolio! Sebab ada Aaron Aziz dengan Zizan :P

    BalasPadam
  18. pergh semua yg tgk cerita ni kata best...tak bole jadi ni... mesti tgk nih......

    BalasPadam
  19. pergh semua yg tgk cerita ni kata best...tak bole jadi ni... mesti tgk nih......

    BalasPadam
  20. harus kena terjah jugak nie pi menonton,
    hihihihi:)

    BalasPadam
  21. wah... kalo begitu yang di katakan... kene tgk sndri nieh :D

    BalasPadam
  22. tailer pun dh mantap..
    mau tgk..next week..hoho


    peace

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com