Ni kesinambungan daripada entri Pantun Pengacara Majlis yang aku post sekitar tahun 2015. Walaupun sekarang dah masuk tahun 2017! Haha! Dua tahun ke masa yang diambil untuk siapkan entri ni? Kalau dah kahwin, isteri tengah mengandung anak kedua dah sekarang ni. Nasib baik belum kahwin lagi. Ehhh...
Aku perasan entri Pantun Pengacara Majlis tu sentiasa jadi pilihan pembaca. Jadi aku rasa mesti ramai yang kerana terpaksa aku relakan jadi pengacara majlis macam aku ni. Dah alang alang tu, aku sambung entri tu dengan skrip atau teks pengacara majlis pulak. Alhamdulillah. Dah banyak jenis majlis jugak aku dah kena jadi pengacara majlis ni. Walaupun aku bukan hebat mana jadi pengacara majlis tapi bak kata pepatah, tiada rotan, akar pun berguna. Haaa... Aku la akar tu! Haha! Siapa tak faham maksud peribahasa tu boleh google sekarang. Jadi kalau ada sesiapa nak skrip atau teks untuk majlis majlis tertentu, boleh la mesej aku kat facebook, instagram atau twitter. Takpun boleh email aku kat hizami23@yahoo.com. Nanti aku kongsikan mana mana skrip atau teks pengacara majlis yang ada. Okay?
Kat bawah ni contoh skrip atau teks pengacara majlis penyerahan surat tawaran. Dan majlis ni antara majlis yang terkini yang aku jadi pengacara majlis. Tak silap 16 Februari 2017 yang lepas. Jadi korang boleh pakai semua isi kat bawah ni dan pandai pandai la ubah sikit sikit mengikut kesesuaian majlis korang. Kalau majlis hari jadi kat rumah kau tu tak payah la nak over sangat siap skrip atau teks pengacara majlis. Nak kena pijak ke? Haha!
MASA
|
PERISTIWA
|
BUTIRAN PENYAMPAIAN
|
3.30
petang
|
Mohon perhatian kepada semua
hadirin, bagi memastikan majlis kita berjalan dengan lancar pada hari ini,
semua hadirin diminta:
• meminimakan urusan keluar masuk
dewan semasa acara berlangsung,
mematikan atau memastikan telefon
bimbit anda berada dalam mode senyap.
• mohon hadirin berdiri
ketika pengerusi majlis mengumumkan perarakan masuk Yang Berusaha, Dr. Mary Wong Lai Lin, Ketua
Pengarah, Jabatan Tenaga Manusia.
• mohon para pelajar untuk
terus berada di dalam dewan selepas majlis selesai bagi memberi laluan kepada
Ketua Pengarah, Jabatan Tenaga Manusia, untuk keluar dewan.
Terima kasih.
|
|
Ketibaan KP JTM
|
Mengumumkan ketibaan,
Yang Berusaha, Dr. Mary Wong Lai Lin,
Ketua Pengarah, Jabatan
Tenaga Manusia,
diiringi,
Yang Berusaha, En Mohd Zabidin bin Abd Samad,
Pengarah ADTEC Melaka, dan,
Yang Berusaha, Dr Azmir Bin Mohd Yunus,
Pengarah Bahagian Kawalan
Teknikal, Jabatan Tenaga Manusia,
masuk ke dewan.
|
|
Nyanyian lagu
|
Majlis dimulakan dengan
nyanyian lagu Negaraku dan lagu korporat Jabatan Tenaga Manusia. Hadirin
diminta berdiri.
|
|
Selesai nyanyian lagu
|
Hadirin dijemput duduk.
|
|
Kata-kata aluan
|
Bismillahirrahmanirrahim.
Yang Berusaha, Dr. Mary Wong Lai Lin,
Ketua Pengarah, Jabatan
Tenaga Manusia,
Yang Berusaha,
En Mohd Zabidin bin Abd Samad,
Pengarah ADTEC Melaka,
Yang Berusaha, Dr Azmir Bin Mohd Yunus,
Pengarah Bahagian Kawalan
Teknikal, Jabatan Tenaga Manusia,
pengarah-pengarah ILJTM,
timbalan-timbalan pengarah, dif-dif jemputan, ketua-ketua jabatan, barisan
staf dan kakitangan ADTEC Melaka, para pelajar serta hadirin-hadirat sekalian.
Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh,
Salam Sejahtera, Salam 1
Malaysia.
|
|
Bacaan doa
|
Tepi
Berangan Rumpunan Buluh,
Tempua
Mendekat Jinak Dipikat,
Menadah
Tangan Jemari Sepuluh,
Doa
Dipanjat Memohon Berkat.
Bagi memberkati majlis kita pada
hari ini, sukacita dijemput al-Fadhil
Ustaz Shah Rizan bin Mohd Nor untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala
hormatnya, dipersilakan.
|
|
Selesai bacaan doa
|
Amin. Amin. Ya Rabbulalamin.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada al-Fadhil Ustaz Shah Rizan bin Mohd Nor atas bacaan doa sebentar
tadi.
|
|
Pengenalan
|
Alhamdulillah. Bersyukur
kita ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita diberi
kesempatan untuk bersama-sama berkumpul dalam Majlis Penyerahan Surat Tawaran “Sakura Exchange Programme”.
Untuk makluman hadirin dan
hadirat sekalian,
Program ini bertujuan
mengukuhkan lagi masa depan negara dalam bidang sains dan teknologi melalui
kolaborasi secara industri dan akademik melewati lawatan jangka pendek ke
Jepun, di samping, meningkatkan minat anak muda tempatan terhadap kemajuan
negara Jepun terutamanya dalam bidang sains dan teknologi.
|
|
Ucapan Pengarah ADTEC Melaka
|
Disaput
Awan Bintang Kerdipan,
Tanpa
Rembulan Sinar Berbalam,
Dijemput
Tuan Beri Ucapan,
Kata
Aluan Pemanis Kalam.
Untuk itu, majlis seterusnya
menjemput,
Yang Berusaha, En Mohd Zabidin bin Abd Samad,
Pengarah ADTEC Melaka,
untuk menyampaikan ucapan
alu-aluan.
Dengan segala hormatnya,
dipersilakan.
|
|
Selesai ucapan Pengarah
|
Majlis merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada,
Yang Berusaha, En Mohd Zabidin bin Abd Samad,
atas ucapan itu tadi.
|
|
Ucaptama KP JTM
|
Kalau
Tuan Sudah Berdiri,
Sudilah
Tuan Sorongkan Papan,
Kalau
Tuan Sudah Ke Mari,
Sudilah Tuan Beri Ucapan.
Untuk itu, majlis seterusnya
menjemput,
Yang Berusaha, Dr. Mary Wong Lai Lin,
Ketua Pengarah, Jabatan
Tenaga Manusia,
untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya,
dipersilakan.
|
|
Selesai ucaptama KP JTM
|
Demikianlah tadi ucapan
daripada,
Yang Berusaha, Dr. Mary Wong Lai Lin,
Ketua Pengarah, Jabatan
Tenaga Manusia.
Majlis merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.
|
|
Tayangan video
|
Majlis diteruskan dengan
tayangan video yang memaparkan aktiviti-aktiviti sepanjang program kolaborasi
dan sangkutan 5 orang pensyarah dan 4 orang pelajar ADTEC Melaka ke National
Institute of Technology, Nagaoka College pada tahun 2016. Dipersilakan.
|
|
Selesai tayangan video
|
Demikianlah tadi tayangan
video yang memaparkan aktiviti-aktiviti sepanjang program kolaborasi dan
sangkutan ADTEC Melaka ke National Institute of Technology, Nagaoka College.
Tahniah diucapkan.
|
|
Penyampaian surat tawaran
|
Buah
Kedangsa Menarik Hati,
Lebat Berbuah Tepian Persada,
Tibalah
Masa Dinanti-nanti,
Surat
Diserah Sebagai Tanda.
Untuk itu, majlis dengan
segala hormatnya menjemput,
Yang Berusaha, Dr. Mary Wong Lai Lin,
Ketua Pengarah, Jabatan
Tenaga Manusia,
diiringi,
Yang
Berusaha, En Mohd Zabidin bin Abd
Samad,
Pengarah ADTEC Melaka,
untuk menyerahkan surat
tawaran “Sakura Exchange Programme” kepada
pensyarah dan pelajar-pelajar yang terpilih. Dengan segala hormatnya,
dipersilakan.
Dijemput setiap pensyarah
dan pelajar yang terpilih untuk tampil ke depan dan menerima surat tawaran “Sakura Exchange Programme”.
Untuk itu, dijemput:
1.
En Sofian bin Mohamad
2.
Saudara Isham Badrul Amin bin Ismail
3.
Saudara Roshamirul Arif bin Rosdin
4.
Saudara Mohd Khuzzani bin Kassim
5.
Saudara Mohd Rashidi bin Mohd Amin
6.
Saudara Mohd Asyraf Zakwan bin Lajim
7.
Saudari Nur Hidayah binti Romly
8.
Saudari Nur Aslina binti Asli
9.
Saudari Siti Aisyah binti Abd Razak
10. Saudara Mohd Badrul Amin bin Mohd Hanafiah
|
|
Penyampaian cenderahati
|
Seterusnya, majlis
menjemput,
Yang Berusaha, En Mohd Zabidin bin Abd Samad,
Pengarah ADTEC Melaka,
untuk menyampaikan
cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan kepada,
Yang Berusaha, Dr. Mary Wong Lai Lin,
Ketua Pengarah, Jabatan
Tenaga Manusia.
Dengan segala hormatnya,
dipersilakan.
|
|
Sesi bergambar
|
Majlis diteruskan dengan
sesi fotografi bersama,
Yang Berusaha, Dr. Mary Wong Lai Lin,
Ketua Pengarah, Jabatan Tenaga
Manusia,
dengan pensyarah dan
pelajar-pelajar yang terpilih untuk “Sakura
Exchange Programme”.
Sehubungan itu, majlis juga
menjemput,
Yang Berusaha, Tn Hj. Zainudin Bin Hj Ahmad,
Pengarah ILP Kota Bharu,
untuk turut serta bagi sesi
fotografi ini.
Dengan segala hormatnya,
dipersilakan.
|
|
Selesai sesi bergambar
|
Demikianlah tadi acara penyerahan
surat tawaran “Sakura Exchange
Programme” dan sesi fotografi yang telah disempurnakan oleh,
Yang Berusaha, Dr. Mary Wong Lai Lin,
Ketua Pengarah, Jabatan
Tenaga Manusia.
Majlis merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas penyempurnaan acara
sebentar tadi.
Untuk itu, dijemput, Yang
Berusaha, Dr. Mary Wong Lai Lin,
diiringi, Yang Berusaha, En Mohd Zabidin bin Abd Samad,
untuk mengambil tempat
masing-masing.
Dengan segala hormatnya,
dipersilakan.
|
|
Penutup
|
Maka, dengan itu, lengkaplah
sudah majlis kita pada hari ini.
Sebelum berpisah, majlis dengan
segala hormatnya menjemput,
Yang Berusaha, Dr. Mary Wong Lai Lin,
Ketua Pengarah, Jabatan
Tenaga Manusia,
diiringi, Yang Berusaha, En Mohd Zabidin bin Abd Samad,
Pengarah ADTEC Melaka dan dif-dif
jemputan untuk menikmati minum petang yang telah disediakan di Dewan
Serbaguna ADTEC Melaka.
Dengan segala hormatnya,
dipersilakan.
Dan diminta kepada semua
pelajar untuk tunggu sebentar di dalam dewan ini.
Sekian.
Wabillahi taufik wal hidayah.
Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.
Salam sejahtera.
Salam 1 Malaysia.
|
Semoga berjaya kepada semua yang sama ada secara sukarela atau terpaksa untuk jadi pengacara majlis. Tapi skrip atau teks pengacara majlis ni sebagai panduan je. Selagi majlis tak bermula, selagi tu akan ada je perubahan sana sini. Sedangkan majlis dah berlangsung pun boleh ada perubahan! Haha! Jadi bersedia je la untuk stress, untuk kelam kabut ditambah dengan nervous masa tu. Tak tak tak. Kalau semua tu berlaku, tarik nafas dalam dalam dan bertenang. InshaAllah dipermudahkan.
Bagus... satu entry perkongsian ilmu yang sangat baik. Leh guna sebagai rujukan masa kan datang.
BalasPadamterima kasih. semoga beroleh manfaat daripada entri ni.
Padam