Jumaat, 24 Disember 2010

Contest Nak Menang Blog Header Makeover !

KLIK SINI


Wow. Contest best ni!!! Anjuran Cik Sri, pemilik Cicak & Lelabah. Aku syak rumah dia mesti penoh dengan binatang binatang tu. Siriyes. Bukan boleh percaya tu. Harap muka je cun, tapi simpan Cicak & Lelabah. Apa kes? Haha. Ampon Cik Sri. XP


Eh. Nak tahu apa hadiah dia? Jeng jeng jeng. Drum roll please. Eh. Kalau takde drum, guna baldi. Gi terbalikkan baldi tu, pastu ketuk laju laju. Boleh? Lagipon, bunyi lebih kurang je kan? Kira halal la tu. Hadiah dia ialah bahawasanya tak lain dan tak bukan terimalah satu-satunya terbaik dari ladang (rasa nak lempang kan?) ... full blog makeover!!! Haiyak. Dasat  gile. Pulak tu, Cik Sri kata full blog makeover ni ikut sukahati citarasa pemenang yang menang. Eh. Ada pulak pemenang yang kalah? Bukan tu je. Ada lagi hadiah misteri. Tapi tak tahu ah hadiah apa. Apa yang aku tahu, Cik Sri kata misteri. Tajaan misteri nusantara mungkin? Tiba tiba terbayang-bayang jenglot. Haha. XB


Meh sini aku nak senaraikan sebab musabab aku join contest ni. Ni aku dah pendekkan sikit. Kalau ikut senarai asal, ada dalam tujuh ratus empat puluh lima muka surat, tu tak termasuk muka depan, kandungan dan bibliografi lagi. Bagi memastikan blog aku ni loading dengan pantas, aku dah buat tapisan secara reverse osmosis. So, senarai berikut merupakan sebab musabab yang berjaya ke peringkat akhir :


Aku sekarang guna blogger template designer je pon. Jadi, satu dunia boleh ada template yang sama dengan blog aku ni. Cettt ... No wonder la tak meriah macam blog Abang Eq. Eh. Blog Abang Eq tu Cik Sri yang design okay. Kagom tak? Okay. Fine. Tak nak kagom sudah. Biar aku kagom sorang sorang. Cayalah Cik Sri!!! Terbaik wa cakap sama lu. Adeh. Aku nak Cik Sri design blog Budak Lelaki Sebelah Pintu ni supaya aku sorang je yang ada template macam tu. Kalau boleh, aku nak masuk Guinness World Records sebagai satu-satunya blog yang ada template macam tu. Kalau takde kategori tu, aku nak suruh dorang masukkan jugak. Aku tak kira. Erk. Kalau menang la kan ... =.=

Kau nampak header aku? Simple gile kan? Dah tu je yang aku tahu buat. Aku tak reti nak tambah benda benda lain. Kedengaran agak buta photoshop di situ. Haha. Tapi siriyes aku tak mahir guna photoshop lagi. Kalau setakat nak padam padam tu, aku tahu ah sikit sikit. For your information, aku pernah buat header guna paint je. Diulangi, PAINT!!! Mangkok gile bunyi dia kan? Tak lama lepas tu, aku merajinkan hawa nafsu untuk mengulangkaji tutorial tutorial macam mana nak buat header. So, pelan pelan aku cuba buat header guna photoshop. Hasil dia? Tengok la kat atas tu. Boleh? Tapi kalau header blog ni mendapat sentuhan Cik Sri, dijamin tiga hari tiga malam aku tak tutup laptop ni semata-mata nak menatap header kat blog. Erk. Kalau menang la kan ... =.=

Aku dah anggap blog ni macam awek aku sendiri. Dan dan mengaku awek. Haha. Siapa tak nak awek dia cantik? Kalau ada sesiapa tak setuju, meh sini aku conteng arang kat muka awek kau nak? Adeh. That's why aku, selaku balak yang tak reti nak mencantikkan awek aku ni, kena ah mintak tolong beliau yang pakar dalam bab bab ni macam Cik Sri. Boleh? Bila awek aku dah cantik nanti, aku yakin mesti korang jeles dengan aku. Lepas tu, korang pon nak mintak tolong kat Cik Sri jugak kan? Erk. Kalau menang la kan ... =.=

Blog ni boleh dipanggil diari. Hampir semua perkara yang berlaku aku taip kat blog ni. Kalau kita guna diari contohnya, setiap kali tahun baru muncul, kita mesti tukar diari lain mengikut tahun tu kan? Sama konsep macam blog ni. Sempena dengan ketibaan tahun 2011 ni, aku mengidamkan (ayat tak boleh belah!) template baru yang segar. Idamkan yang lebih segar? Kupaslah sendiri! Okay. Berdasarkan pengalaman pengalaman lepas, setiap kali aku guna template baru je, semangat nak blogging tu lain. Rasa nak update blog tu macam membuak-buak. Secara tak sedar, aku boleh taip lima belas entri sehari. Cuba bayangkan bagaimana kalau Cik Sri design template blog ni, pecah rekod aku boleh taip dua puluh dua entri sehari mungkin? Erk. Kalau menang la kan ... =.=

Aku join contest ni sebab aku suka gile dengan kerja Cik Sri dalam  me-makeover-kan blog blog lain. Cik Sri ni ada style ah. Tak percaya ? Sila rujuk air tangan Cik Sri kat sini. Mula mula, aku takde la teruja sangat nak tukar rupa blog Budak Lelaki Sebelah Pintu ni. Siriyes. Bila aku terskodeng contest ni kat blog Cik Sri, semangat nak tukar rupa blog ni datang secara laju laju. Macam mana tu? Diharapkan Cik Sri dapat bertanggungjawab dengan perbuatan Cik Sri yang telah menggoda aku supaya berkeinginan untuk me-makeover-kan blog ni. Erk. Kalau menang la kan ... =.=


Banyak lagi sebenarnya. Tapi aku malas dah nak taip. Takut pulak Cik Sri tak terbaca nanti. Hehe. Bagi meraih undi simpati, aku nak tempek beberapa header yang aku guna sebelum sebelum ni. Sila sediakan tisu sekarang. Berkali tersungkur pandanganmu kabur namun azam meneruskan hidup tak pernah luntur ... Oh. Tu lagu tema bersamamu. XB


















Hey. Siapa nak join contest ni? Jom ramai ramai. Kalau boleh, aku nak ajak Daniel Adie dan Nisa Menaip join contest ni. Apalagi tunggu? Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Bak kata pepatah lagi, rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari. Lagi lagi kata pepatah, kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Erk. Okay. Fine. Pepatah last tu tak ikut tema. XB


potpetpotpet : Entri ni memakan masa hampir dua belas jam untuk siap. Phewww ...

43 ulasan:

  1. erkkk... header anda sume mantap2 kot!!! hohohohoh

    BalasPadam
  2. wowwww
    zami tag nisa ke tuhh??
    ehhee thankss!!

    BalasPadam
  3. hahaha. :D good luck, hizami! eh, tak pernah nampak pulak header purple tue. suka header purple tue, macho habisss. :)

    BalasPadam
  4. cik sri mm sporting wa ckp lu

    wa da kenal sama dia da dia mmg terbaek!

    hek3..

    kalau kata2 lu mcm ni

    perh wa leh kerat gigi wa la kalau lu kalah..

    hehe

    GUD LUCK!

    btw header no 3 not bad what..

    =_=

    BalasPadam
  5. i nk u menang!

    yeah yeah!

    BalasPadam
  6. @AfiQ

    siriyes ?
    cuba klik kasi besar gambar tu.
    XB

    BalasPadam
  7. @Gadis Yang Suka Menaip : Nisa A.

    wah.
    nasib nisa dah baca.
    hehe.
    baru nak beritahu.
    XB

    BalasPadam
  8. @AROL DSHW

    header purple tu sekejap je.
    guna tak sampai sejam pun.
    XD

    BalasPadam
  9. @mr.syazwan

    haha.
    siriyes ?
    jgn tak kerat gigi pulak nanti.
    XP

    BalasPadam
  10. header no 4 tu sgt style okay ! walaupun yg lama punya header kan ==''

    BalasPadam
  11. haha. header purple tu. neway, wat header guna paint pon ok je kot. ehek.

    BalasPadam
  12. no 6 tu plg suke sbb pki spek. :)
    goodluck =)

    BalasPadam
  13. HAHAHAA
    nisa sentiasa update ngan blog zami..
    hehehe
    dr td masa nampak link entry ni kat fb, nisa dah perasan2 dah zami tag nisa.
    bila tengok mak aihhh betol lah zami tag!! ahhahaha
    :P

    BalasPadam
  14. @an nur

    kan ?
    kalau kreatif, cantik je kalau gune paint tu.
    kalau tak, hancusss.
    XD

    BalasPadam
  15. @Mra Mastura

    hehe.
    thanks mra.
    really ?
    zami tak suka pakai spek.
    XP

    BalasPadam
  16. @Gadis Yang Suka Menaip : Nisa A.

    haha.
    ni yg wat zami terharu ni.
    XP
    thanks nisa.

    BalasPadam
  17. encik zami mcm mne bleh buat gmbr cun2 kat atas tu...tell me??

    BalasPadam
  18. @nizam

    masukkan gambar, letak tulisan.
    dah siap !
    senang kan ?
    haha.
    XB

    BalasPadam
  19. fuhyoo..
    gud luck!
    semoga berjaya
    xD

    BalasPadam
  20. hohoho..
    baru je tempah header ngn sri.
    nk join mls coz konpem tak menang.hak3..

    btw, iqa dpt header gune paint FREE. hoho :P

    goodluck ;D

    BalasPadam
  21. @Puteri Iqa Izyan

    yeke ?
    hehe.
    mesti cantik iqa punya header tu nanti.
    XB

    BalasPadam
  22. haha.beyse je.
    muslimah gituh.
    bkn muke sndri pun..
    hak3..

    BalasPadam
  23. aku suke kontest nie..
    tatkala header aku pon ko yg tlg watkn.,..ape kes??
    celah mane aku nak wat header? kali nie, daniel adie x bole join..ilmu x cukup didada..

    zami, ALL THE VERY BEST k!

    Latest Entry:
    http://danieldeadie.blogspot.com/2010/12/sy-bukan-budak-setan.html

    BalasPadam
  24. ohh abg ensem.
    jatoh cinta yg header no 2 tu -_-"

    BalasPadam
  25. wah semoga ko menang kontest cik sri ni, blog dia cantik giler


    memang sangat talented ar cik sri ni

    and wah, banyak betul ko nye idea bodek cik sri ek, hahaha

    semoga ko menang, wehooo!!!

    BalasPadam
  26. yeah...byk kali kan zami tukar header...jgn nanti slalu tukar bini udah laa...kikikiki

    BalasPadam
  27. header purple ??
    bile tuh ??
    neway gojes jelita je tgk yg tuh..hu3x

    BalasPadam
  28. hai hizami! thanks for joining! lawak gila entry ni "Erk. Kalau menang la kan ... =.=" sumpah lawak ok..haaha

    btw, sy suka header number 4 tu cun gila background dia and all the posings!

    BalasPadam
  29. terkezot sngat2 tngok pic cikgu zami nyanyi kat atas tu ..
    huwawawawa ..

    papepown ..gud luck !

    BalasPadam
  30. paling suka 4 dari bawah tu. font pon lawa~

    BalasPadam
  31. bro..TAHNIAH....anda menang contest tuu....caya lah....cantik ar header2 kat ats tuu....yang numb 2 tuu cantek....berbaloi baloi la u baca tutorial nak wat header tuu...mesti tak tisur malam kan..hehe....btw, congratez again ya.....

    BalasPadam
  32. taniah jami, ko menang kontes cik sri! haha

    BalasPadam
  33. tahniah menang!!!!..header dah mantop tu..hehe

    BalasPadam
  34. gilesssss byk seehhh dh header...

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com