Khamis, 27 Julai 2017

Khai Bahar VS Haqiem Rusli - Asal Kau Bahagia Cover

Salam.


Kelmarin Haqiem Rusli ada memuat naik video nyanyian dia cover lagu Asal Kau Bahagia kat laman youtube. Haqiem Rusli nyanyi lagu tu sambil goreng gitar sendiri. Aku suka dengan tone suara dia. Lagi lagi bila dia meneran kat beberapa bahagian. Selang sehari selepas tu, Khai Bahar pula memuat naik video nyanyian dia cover lagu yang sama semalam. Tapi Khai Bahar nyanyi lagu tu sambil diiringi piano. Aku suka dengan kawalan vokal Khai Bahar. Cuma daripada segi penjiwaan tu agak kosong. Boleh komen macam tu? Kau ingat kau Kak Ogy ke? Haha! Hmmm... Agak agak siapa yang lebih sedap cover lagu Asal Kau Bahagia tu? Dah alang alang tu, jom kita tengok video nyanyian dorang. 

Ni Khai Bahar cover lagu Asal Kau Bahagia:

Ni pula Haqiem Rusli cover lagu yang sama:

Jadi mana satu pilihan korang? Khai Bahar atau Haqiem Rusli? Ke dua dua? Atau kisah pula korang Khai Bahar ke Haqiem Rusli ke? Haha!

5 ulasan:

  1. jelas sekali khai bahar lagi bagus (untuk cover ni)

    BalasPadam
  2. Rasa-rasanya best lagi cover by Hizami Li.. kenal ke sape dia? ahahahah :P

    BalasPadam
  3. Abang zami nyanyi kat smule lagi sedap dari dieorang. ^^v

    BalasPadam
  4. Tanpa NamaMac 24, 2018

    Saya rasa abang haqiem lebih sedap cover lagu asal kau bahagia..suara dia lebih merdu dari abang khai bahar

    BalasPadam
  5. Tanpa NamaMac 25, 2018

    Dua dua sedap suara

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com