Salam.
Mana orang Melaka? Haaa... Orang Melaka mesti tahu yang Taman Kota Laksamana sekarang dah jadi pusat sehenti bubble tea popular. Sebut je apa brand bubble tea semua ada kat situ. Tak percaya? Tolong waze ke Taman Kota Laksamana sekarang!
Siapa kat sini penggemar bubble tea? Lagi lagi yang jenis brown sugar tu? Haaa... Ni ada satu jenama bubble tea daripada Taiwan datang menembusi pasaran Malaysia. Mula menapak pada tahun 2017, I'MILKY telah menempa nama di China, Hong Kong, Macau dan juga New York. Hebat kan? Bukan calang calang brand nampaknya ni.
Ada apa dengan I'MILKY?
Aku suka dengan I'MILKY ni sebab rasa yang tidak terlalu manis. Menggunakan bahan semula jadi, setiap minuman memang dijamin tiada gula atau perisa tambahan. Sesuai dengan citarasa aku yang kalau boleh tak nak ada rasa manis gula langsung. Bajet sihat lah tu? Padahal lemak berlebihan kat sana kat sini. Haha!
Susu diimport khas dari Australia!
Brown Sugar Bubble Milk dia tu memang kena cuba! Recommended. Dah lah susu dia memang sedap. Mana taknya, susu yang digunakan diimport khas dari Australia. Haaa... Memang sejenis susu yang berkualiti! Sebab tu rasa dia sedap semacam je. Susu dia tak terlalu likat dan tak terlalu cair. Memang sesedap rasa je dia lalu kat anak tekak tu.
Lepas tu brown sugar dia pun tak berlebihan. Orang kata secukup rasa manisnya. Tak dilupakan juga bubble dia yang lembut dan tak sempat kunyah tapi dah cair di mulut begitu. Aku boleh kata memang sempurna gabungan Brown Sugar Bubble Milk daripada I'MILKY ni. Serius tak tipu!
Buah strawberry yang sebenar!
Selain daripada Brown Sugar Bubble Milk, aku suka juga dengan Strawberry Milk tu. Simple je resipi dia. Mula mula tuang susu yang diimport khas daripada Australia tu ke dalam cup dan lepas tu blend beberapa biji strawberry sebelum dituang masuk ke dalam cup yang berisi susu tadi. Taaadaaa!!! Siap dah... Memang rasa segar dan sihat! Yang penting aku sendiri nampak dengan mata kepala aku sendiri yang memang tiada gula atau perisa tambahan digunakan.
Berbanding kat tempat lain, aku perasan kebanyakannya menggunakan strawberry paste. Nampak tak betapa I'MILKY ni mementingkan rasa yang semula jadi dan menyediakan pilihan yang lebih sihat buat penggemar bubble tea.
Ada juga minuman lain!
Ehhh... Ada lebih daripada dua jenis minuman! Jangan ingat dia hanya ada Brown Sugar Bubble Milk dan Strawberry Milk je. Kepada penggemar penggemar perisa yang lain, kau orang boleh cuba minuman minuman seperti di bawah.
Matcha Milk
Grapefruit Juice & Green Tea
Bubble Milk Tea
Taro Milk
Harga yang berpatutan!
Pada pendapat aku, harga setiap minuman I'MILKY adalah sangat berpatutan dengan kualiti yang disajikan. Haaa... Kita dapat minuman yang segar dan boleh dikatakan ni antara pilihan yang lebih sihat kerana dijamin tiada gula atau perisa tambahan. Sangat menepati citarasa dan anak tekak aku! Dan aku tak berapa rasa bersalah sangat lepas minum air daripada I'MILKY ni. Haha!
Jadi jangan lupa untuk singgah I'MILKY kat Kota Laksamana! Ni dah masuk cawangan yang ke-5 kat Malaysia ni. Haaa... Apa tunggu lagi? Mari adik mari abang mari kakak mari kita serbu I'MILKY beramai ramai sekarang juga!
Lokasi I'MILKY:
No 6, Jalan KLJ 9, Taman Kota Laksamana Jaya, 75200 Melaka
Waktu Operasi:
12PM hingga 1AM
Nombor Telefon:
011-1758 3668
Paling sukaaa brown sugar bubble milk diaa!!! rasa nak pergi lagi lahh. jom zami?
BalasPadamHeyyy I nak go try that grape fruit and green tea tu! Nampak sedap. Sekali dengan Matcha. I should go here bila pegi Melaka soon!
BalasPadamaku paling suka Taro milk. Tapi tak pernah lagi cuba dekat cafe ni. mungkin this weekend boleh set plan untuk jalan-jalan dekat melaka dan cafe ni akan masuk dalam list-to-go
BalasPadamwah..kena cuba la brown sugar bubble. tapi melaka jauh pula,tunggu mana tau pegi becuti kat sana kan
BalasPadamwaaaa sedapnya boba ni.... kena cuba rasa cm ni sbb nampak menarik brown sugar bubble milk dia tuuuuuu... yummy haihhh
BalasPadamNice sharing. Menarik..nanti kalau ke Melaka ada kesempatan boleh la singgah..teringin juga nak cuba Taro Milk tu..macam mana lah agaknya rasa dia..
BalasPadamwah! boleh cuba kalau ke melaka nanti ni. yang penting ai peminat setia boba.
BalasPadamWow! Ada di melaka lah.
BalasPadamSaya org melaka...
Tapi tu la, weekend lah baru bleh gi kot.
Hari keje ni, x sempat nak ke banda hilir yg jem tu.
Nak juga mencuba air viral ni...
boba ni tengah trending macam2 keluar ...selalu pastkan anak2 kalau nak minum boba kunyah elok2 ....mana yg minat ngan boba mesti nak cuba ...akak dah tua haaa malas nak kunyah boba ...kalau beli pun minum ayaq jerrr
BalasPadamAmboiii I.. Seronok la org melaka... Kota laksa Ana ni dlu port fav nak makan2 masa zaman belajar dlu.. Skrg dah jd port bobba milk ya
BalasPadamWah. Memang dkt kota laksamana byk kedai air boba ni ke? Wajib pergi ni. Produk international tu. Susu pon import. Jgn main2 gais . 😅
BalasPadamAdakah ini milk tea hunting?
BalasPadamJauhnya sampai ke Melaka ye. Memang komited nie.
Mesti sedap kan. Yang strawberry milk tu nampak lazat (atau I terpengaruh sebab warna dia ke?)
hari tu pergi melaka agaknya yg ni belum bukak kot. ada the alley and xi fu tang aje. next visit boleh ke sini la pulak
BalasPadamaduhhh terliur dh sis tengok!! sedap niii.... sana sini ramai eh skrg minum Boba ni.. dh jd trend pula.. tp kalau dh sedap apa salahnya kan.. hehe
BalasPadamI like Boba Milk Tea… and nice to have new place at Malacca to try out different thing… will definitely stop by
BalasPadamni mesti brand baru kat melaka eh? sebab tak pernah dengar lagi brand ni sebelum ni hahah
BalasPadamOk dah tahu nak ajak suami ke mana bila pergi Melaka lagi. Hehe... Macam-macam la Melaka ada, sebab tu selalu nak ke sana.
BalasPadamStrawberry milk dia sedap! Nanti nak repeat lagi tapi kat KL lah hahaha
BalasPadamWahh... Balik kg Melaka nanti boleh ajak Mr. Otomen Taro singgah ni.. Macam sedap nampak air-air die
BalasPadamok
BalasPadamNampak sedap la! Kenapa tk bukak dkt KL, jauh weh nk pergi smpai Melaka untuk rasa boba ni. Huhu. Kena letak dlm check list kalau dh singgah melaka tkut lupa 😂
BalasPadamsedap sgt ke?
BalasPadammmm..nampak sedap ni..
BalasPadam