Sabtu, 10 Ogos 2019

Wajib Cuba Brown Sugar Bubble Milk Yang Sedap Di Kota Laksamana, Melaka!

Salam.


Mana orang Melaka? Haaa... Orang Melaka mesti tahu yang Taman Kota Laksamana sekarang dah jadi pusat sehenti bubble tea popular. Sebut je apa brand bubble tea semua ada kat situ. Tak percaya? Tolong waze ke Taman Kota Laksamana sekarang!

Siapa kat sini penggemar bubble tea? Lagi lagi yang jenis brown sugar tu? Haaa... Ni ada satu jenama bubble tea daripada Taiwan datang menembusi pasaran Malaysia. Mula menapak pada tahun 2017, I'MILKY telah menempa nama di China, Hong Kong, Macau dan juga New York. Hebat kan? Bukan calang calang brand nampaknya ni.


Ada apa dengan I'MILKY?

Aku suka dengan I'MILKY ni sebab rasa yang tidak terlalu manis. Menggunakan bahan semula jadi, setiap minuman memang dijamin tiada gula atau perisa tambahan. Sesuai dengan citarasa aku yang kalau boleh tak nak ada rasa manis gula langsung. Bajet sihat lah tu? Padahal lemak berlebihan kat sana kat sini. Haha!



Susu diimport khas dari Australia!

Brown Sugar Bubble Milk dia tu memang kena cuba! Recommended. Dah lah susu dia memang sedap. Mana taknya, susu yang digunakan diimport khas dari Australia. Haaa... Memang sejenis susu yang berkualiti! Sebab tu rasa dia sedap semacam je. Susu dia tak terlalu likat dan tak terlalu cair. Memang sesedap rasa je dia lalu kat anak tekak tu.

Lepas tu brown sugar dia pun tak berlebihan. Orang kata secukup rasa manisnya. Tak dilupakan juga bubble dia yang lembut dan tak sempat kunyah tapi dah cair di mulut begitu. Aku boleh kata memang sempurna gabungan Brown Sugar Bubble Milk daripada I'MILKY ni. Serius tak tipu!


Buah strawberry yang sebenar!

Selain daripada Brown Sugar Bubble Milk, aku suka juga dengan Strawberry Milk tu. Simple je resipi dia. Mula mula tuang susu yang diimport khas daripada Australia tu ke dalam cup dan lepas tu blend beberapa biji strawberry sebelum dituang masuk ke dalam cup yang berisi susu tadi. Taaadaaa!!! Siap dah... Memang rasa segar dan sihat! Yang penting aku sendiri nampak dengan mata kepala aku sendiri yang memang tiada gula atau perisa tambahan digunakan.

Berbanding kat tempat lain, aku perasan kebanyakannya menggunakan strawberry paste. Nampak tak betapa I'MILKY ni mementingkan rasa yang semula jadi dan menyediakan pilihan yang lebih sihat buat penggemar bubble tea.


Ada juga minuman lain!

Ehhh... Ada lebih daripada dua jenis minuman! Jangan ingat dia hanya ada Brown Sugar Bubble Milk dan Strawberry Milk je. Kepada penggemar penggemar perisa yang lain, kau orang boleh cuba minuman minuman seperti di bawah.

Matcha Milk


Grapefruit Juice & Green Tea


Bubble Milk Tea


Taro Milk


Harga yang berpatutan!

Pada pendapat aku, harga setiap minuman I'MILKY adalah sangat berpatutan dengan kualiti yang disajikan. Haaa... Kita dapat minuman yang segar dan boleh dikatakan ni antara pilihan yang lebih sihat kerana dijamin tiada gula atau perisa tambahan. Sangat menepati citarasa dan anak tekak aku! Dan aku tak berapa rasa bersalah sangat lepas minum air daripada I'MILKY ni. Haha!



Jadi jangan lupa untuk singgah I'MILKY kat Kota Laksamana! Ni dah masuk cawangan yang ke-5 kat Malaysia ni. Haaa... Apa tunggu lagi? Mari adik mari abang mari kakak mari kita serbu I'MILKY beramai ramai sekarang juga!

Lokasi I'MILKY:
No 6, Jalan KLJ 9, Taman Kota Laksamana Jaya, 75200 Melaka

Waktu Operasi:
12PM hingga 1AM

Nombor Telefon:
011-1758 3668 

Isnin, 18 Februari 2019

Pengalaman Aktiviti Lasak Di Skytrex Melaka Cabar Adrenalin & Fobia Terhadap Ketinggian

Salam.


Nama je orang Melaka tapi tak pernah jejakkan kaki ke Skytrex Melaka. Haaa... Tepuk! Tapi alhamdulillah hari tu aku telah berjaya menawan Skytrex Melaka masa cuti Tahun Baru Cina yang lepas. Terima kasih Hakim yang sudi bawa aku dan kawan kawan! Kalau tak, entah bila aku nak pergi aku nya pun.

Awalnya!

Kita orang gerak daripada rumah seawal jam 8 pagi sebab nak sampai kat Skytrex tu sebelum jam 9 pagi. Hakim kata tak panas sangat kalau pagi. Betul juga kan? Untuk makluman kau orang, pelepasan pertama adalah pada pukul 9 pagi, manakala, pelepasan terakhir adalah pada pukul 3 petang. By the way, lokasi Skytrex Melaka ni agak tersorok kat belakang Taman Botanikal. Bagi memudahkan perjalanan, aku cadangkan kau orang terus waze atau google maps Skytrex Melaka. 





Aku nak ingatkan yang kawasan parking tu ada banyak monyet berkeliaran sana sini. Jadi hati hati lah dengan barang barang kau orang. Mana lah tahu kot kot monyet tu curi dompet ke kunci ke makanan ke lagi dahsyat curi hati ke. Haha!

Pilih peringkat yang bersesuaian.

Skytrex Melaka ni ada 3 peringkat, iaitu, beginner, intermediate dan advanced. Haaa... Kau rasa kita orang naik peringkat yang mana? Dah tentu lah advanced! Tengok baki dalam akaun bank lah. Ada kaitan tak? Haha! Katanya trek peringkat advanced kat sini adalah trek yang paling mencabar pernah ada kat Skytrex. Hebatnya kamu yakinnya kamu. Peringkat beginner pula lebih sesuai untuk kanak-kanak. Jadi memang tak berbaloi untuk mereka yang dewasa. Tapi kalau kau sejenis fobia dan takut akan ketinggian, peringkat intermediate pun dah cukup kot.




Harga:
Little Dino (Beginner) - RM45
Pahlawan Thrill (Intermediate) - RM55
Extreme Warrior (Advanced) - RM65

Sesi bergambar makan masa 3 jam?

Hampir 3 jam juga kita orang nak habiskan trek tu. Mana taknya, hampir setiap challenge kita orang bergambar. Bayangkan kalau satu challenge dah makan masa 20 minit untuk bergambar, berapa masa dah habis kat situ? Untuk peringkat advanced ni, ada lebih kurang 36 challenge kesemuanya. Kalau takde sesi bergambar tu, rasanya dalam 1 jam dah boleh habis. Haha! Berlagak kan? Astaga. Kita orang mulakan perjalanan dalam jam 11 pagi dan tamat sekitar jam 2 petang. Tapi memang kita orang dah diberitahu purata masa untuk menghabiskan trek peringkat advanced tu lebih kurang 3 jam.




Sejujurnya aku sangat menikmati pengalaman kat Skytrex Melaka. Dah lah dapat buat aktiviti yang menyihatkan, dapat pula melihat pemandangan menghijau yang menyejukkan mata. Aktiviti aktiviti yang kita orang buat pun lain daripada kebiasaan. Tak sabar rasanya nak pergi lagi! 

Skytrex Melaka
Lokasi: Jalan Taman Botanikal, 75450 Durian Tunggal, Melaka



Jangan risau tentang keselamatan. Memang terjamin! Kalau kau orang berminat nak ke Skytrex Melaka ni, boleh hubungi talian 011-2611 1859 untuk maklumat lanjut.

Khamis, 6 Disember 2018

Coffeology Melaka Perkenal 6 Jenis Air Minuman Istimewa Resipi Anchor

Salam.


Hari tu aku sempat rasa 6 jenis minuman yang sedap dan istimewa kerana resipinya menggunakan produk produk berkualiti daripada Anchor Food Professionals. Bertempat di Coffeology, Melaka, kesemua jenis minuman memiliki keunikan yang tersendiri apabila menggabungkan rasa rasa yang agak jarang disatukan dalam minuman. Nervous tak dengar? Aku sendiri nervous! Haha! Tapi jangan risau lah sebab chef yang cipta resipi ni pun bukan calang calang chef. Jadi mari kita usyar satu persatu minuman yang dah diperkenalkan bermula dari November 2018 hingga Januari 2019.


Kayanika Fusion
milk + kaya + gula melaka + pulut + red bean


Lemon Mint Meringue
lemon mint vanilla + whipped & torched meringue + candied lemon & orange


Pom & Grey Twist
Earl Grey tea + pomegranate syrup + chocolate cream + cocoa powder


Tangy Brew
cold brew coffee + whipped cream + cream cheese foam


White Chocofee
white coffee + chocolate + peanut butter


Yuzu Chocolate Surprise
iced chocolate + Yuzu puree + salt lemon cooling candy

Jadi yang mana satu pilihan aku? Sebagai penggemar kopi, aku pilih Tangy Brew! Ya. Tapi yang lain pun sedap je sebenarnya. Semua bergantung kepada cita rasa dan kegemaran masing masing. Kalau korang tak berapa suka minum kopi maka Tangy Brew bukan lah untuk korang tapi untuk aku. Faham tak? Haha! Jadi buat lah pilihan yang bijak.



Kepada mereka yang berada kat Melaka atau sekitarnya, jangan lupa untuk ke Coffeology bagi menikmati 6 jenis minuman yang sedap dan istimewa tu. Tapi Coffeology tu kat mana? Waze je lah! Haha! Tak pasal pasal aku emosi. Kalau korang spesies yang tak pakai Waze, korang boleh rujuk alamat dia kat bawah ni.

Coffeology
Shop Lot No 23, Ixora Apartment, Bukit Beruang, 75450 Melaka

Jadi apa tunggu lagi? Kita serang! Ehhh... Lupa nak beritahu yang harga bagi setiap minuman tersebut ialah RM16.90.

Jumaat, 7 Julai 2017

Wajib Gambar Di Masbro Village Melaka

Salam.

Pernah dengar Masbro Village? Haa... Kalau tak pernah dengar, mesti korang pernah nampak ada netizen yang bergambar depan rumah yang berbentuk segitiga dan berwarna-warni kan? Ya. Tu la Masbro Village, antara rumah tumpangan pertama yang unik kat Malaysia ni. Jadi korang wajib bergambar kat Masbro Village kalau dah sampai Melaka. Lagi lagi sekarang tengah musim perayaan kan? Kalau singgah Melaka, jangan lupa untuk bergambar kat sini. Rugi kalau tak bergambar kat sini sebab percuma kot. Korang pun dapat muat naik gambar gambar yang cantik dengan latar belakang rumah berbentuk segi tiga yang unik dan berwarna-warni. Mana nak cari kat Malaysia ni?


Aku tak pasti la aku bernasib baik ke tak hari tu sebab aku dibenarkan masuk untuk ambil gambar kat situ. Haha! Sebab ada yang komen kat gambar aku katanya pintu pagar ditutup dan hanya yang bermalam kat situ je ada kunci pintu pagar untuk masuk. Tapi hari yang aku pergi tu memang pintu pagar terbuka dan kitorang boleh je ambil gambar kat dalam tu. Ada pasangan yang sempat bertanya kat salah seorang pekerja kat situ boleh ke tak ambil gambar kat dalam ni. Haaa... Korang agak agak boleh ke tak? Jeng jeng jeng... Pekerja tu pun jawab boleh je. Jadi? Jadi tak mahu ragu ragu sayang.

Aku rasa macam aku kat luar negara, bukan kat Malaysia. Sangat sesuai untuk korang acah acah kat luar negara. Haha! Cantik. Memang cantik kat Masbro Village tu. Apa yang aku perasan kawasan sekitar Masbro Village tu sangat bersih. Tak jumpa pun sampah-sampah bertaburan. Rumput pun sangat kemas dan dijaga dengan baik. 




Kot kot korang berminat untuk bermalam kat sini, aku senaraikan beberapa info ringkas dan menarik mengenai Masbro Village kat bawah:
  • Harga RM280 satu malam
  • Unik kerana berbentuk segi tiga
  • Ceria dan berwarna-warni
  • Kemudahan swimming pool
  • Maksimum 6 orang 
  • 2 tingkat - tingkat bawah dan tingkat atas
  • 2 bilik air dengan water heater (tingkat bawah)
  • Dilengkapi sofa, televisyen (siaran astro) dan meja makan 
  • Turut disediakan microwave oven, peti ais, cerek air dan alatan asas makan minum
  • Dua katil bersaiz Queen kat tingkat atas dan satu katil sofa kat tingkat bawah
  • Setiap unit dilengkapi dengan 2 penghawa dingin

Jom?

Jumaat, 14 April 2017

Senarai Lebih 40 Tempat Menarik Di Melaka Yang Wajib Dilawati

Salam.

Negeri Melaka dikenali sebagai Negeri Bersejarah dan juga Negeri Hang Tuah. Jadi banyak tempat tinggalan sejarah yang wajib dilawati dan dikunjungi sekiranya bercuti ke Melaka. Contohnya Melaka ada bangunan merah The Stadthuys, kubu A'Famosa, perigi Hang Tuah dan Istana Kesultanan Melayu Melaka. Selain itu, negeri Melaka juga mempunyai tempat-tempat menarik yang lainnya seperti Menara Taming Sari, The Shore Sky Tower, Muzium Kapal Selam dan Pantai Klebang. Haaa... Bukan setakat tu je, ada banyak lagi sebenarnya tempat-tempat menarik kat Melaka ni. Mari kita tengok senarai tempat menarik di Melaka yang wajib dilawati dan dikunjungi:

1.   The Stadthuys
Sumber di sini.

2.   Porta De Santiago (A'Famosa Fortress)
Sumber di sini.

3.   St. Paul's Hill
Sumber di sini.

4.   Perigi Hang Tuah
Sumber di sini.

5.   Istana Kesultanan Melaka
Sumber di sini.

6.   Kompleks Muzium Maritim (Samudera/Flor de La Mar)
Sumber di sini.

7.   Muzium Hang Tuah
Sumber di sini.

8.   Menara Taming Sari
Sumber di sini.

9.   The Shore Sky Tower Melaka
Sumber di sini.

10.  Muzium Royal Malaysian Navy
Sumber di sini.

11.  Muzium Baba Nyonya Heritage
Sumber di sini.

12.  Muzium Kapal Selam, Pantai Klebang
Sumber di sini.

13.  The Orangutan House
Sumber di sini.

14.  Dataran Sungai Melaka
Sumber di sini.

15. Hard Rock Cafe
Sumber di sini.

16.  Jonker Walk
Sumber di sini.

17.  Jonker Walk World Heritage Park
Sumber di sini.

18.  Freeport A'Famosa Outlet
Sumber di sini.

19.  Masjid Selat
Sumber di sini.

20.  Masjid Kampung Hulu
Sumber di sini.

21.  Gereja St. Francis Xavier
Sumber di sini.

22.  Cheng Hoon Teng Temple
Sumber di sini.

23.  Tasik Ayer Keroh
Sumber di sini.

24.  Taman Rekreasi Bukit Serindit
Sumber di sini.

25.  Taman Botanikal
Sumber di sini.

26.  Taman Mini Malaysia & Mini Asean
Sumber di sini.

27.  Zoo Melaka
Sumber di sini.
28.  Taman Buaya
Sumber di sini.

29.  Galeri Lebah
Sumber di sini.

30.  A'Famosa Animal World Safari
Sumber di sini.

31.  Taman Rama-rama & Reptilia
Sumber di sini.

32.  A'Famosa Water World
Sumber di sini.

33.  Melaka Wonderland Theme Park
Sumber di sini.

34.  A'Famosa Cowboy Town
Sumber di sini.

35.  The Pirate Adventure
Sumber di sini.

36.  Muzium Magic Art 3D
Sumber di sini.

37.  Upside-down House Gallery
Sumber di sini.

38.  Pantai Klebang
Sumber di sini.

39.  Pantai Eye On Malaysia
Sumber di sini.
40.  Pengkalan Balak
Sumber di sini.

41.  Pantai Puteri
Sumber di sini.

Lebih kurang 41 tempat yang telah disenaraikan sebagai antara tempat yang menarik di Melaka yang wajib dilawati dan dikunjungi. Jadi kalau ada tempat-tempat yang belum pergi tu boleh la masukkan dalam itinerary korang untuk percutian ke Melaka nanti. Camtuh. Gigih siap nak ada itinerary. Haha! Tapi lepas dah penat berjalan tu mesti lapar mesti dahaga kan? Nak makan mana? Nak minum mana? Mana tempat makan yang best? Mana tempat minum yang best? Boleh klik link kat bawah ni untuk mengetahui tempat-tempat makan yang best, sedap dan menarik. Selamat datang ke Melaka!

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com