Khamis, 18 November 2010

Siapa Tahu Bau Malang ?

Haip. Aku dah sampai Tanjong Malim ni haaa ... Awal sampai konon konon nak study ah. Tapi daripada tadi haremmm tak start lagi. Haha. Mati ah kalau ibu baca blog aku. Hai ibu ! Lepas update blog ni, abang study okay ? Kejap je lagi. XD


Aku ni pengguna tetap lebuh raya. Dan sepanjang aku guna lebuh raya ni, aku memang tak puas hati betul dengan pemandu pemandu lori. Teeettt ... Bukan semua ah. Sebahagian. Atau lagi logik kalau aku kata kebanyakan. Say peace ! Ni berdasarkan pengalaman aku semata-mata, sepanjang aku lalu lalang kat lebuh raya ni. Bak kata pepatah, based on true events. Hoho. =.=


Pemandu pemandu lori ni kan, dia bagi signal ke kanan baru sekali, lepas tu dia terus masuk lorong kanan tu laju laju. Gilerrr ah ! Aku kat sebelah kanan dia ni apalagi terkejut berok ah ! Aku terus masuk lorong lebih kanan daripada biasa, laju laju jugak. Adeh. Cuba bayangkan, dia punya tak kisah ada kenderaan lain ke tak kat sebelah dia ? Apa the hal ? Aku tahu ah lu punya lori manyak besar. Kalau accident pun, lori lu takde apa apa. Aku ? Tak sanggup ah nak bagi gambaran. Wuuu ... T.T


Aku dah beberapa kali kena situasi macam ni. Lebih daripada sepuluh kali. Oh. Mungkin sebelas kali. Haha. Siriyes ah. Kalau pemandu pemandu lori buat bodoh je dengan benda ni, bila bila masa kejadian yang tak diingini boleh berlaku. Senang cakap, malang memang tak berbau. Kalau berbau pun, agak agak macam mana bau malang ? Adakah macam bau kentut ? Atau macam bau bawang goreng ? Renung renungkan !


Nak masuk Imam Muda for the next season. Okay. Tak layak.


potpetpotpet : Idamkan kulit yang licin lagi halus ? Guna ah Adobe Photoshop. Percuma jerrr !

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com