Selasa, 28 Disember 2010

Goreng Keropok Sampai Mengidam Isteri Yang Pandai Memasak ?

Aku goreng keropok tadi. Ibu suruh tolong goreng kejap. Nak tak nak, aku goreng ah. Kata nak masuk syurga kan? Syurga terletak di bawah telapak kaki siapa? Siapa? Tak dengar la. Kuat sikit boleh? Dah macam artis tanya tanya apa khabar? dah makan ke belom? sihat tak? masa kat konsert. Okay. Syurga terletak di bawah telapak kaki?  Ibu? Betul tu. Pandai betol korang. Mesti minom susu cap gantung kan? Erk. Maksud aku, susu ibu. =.=


Goreng punya goreng, aku pelik kenapa keropok keropok gorengan aku kaler coklat coklat. Oh. Hampir hangus rupanye. Kalau aku meneruskan penggorengan, aku meyakini bahawasanye satu bekas tu bakal penoh dengan keropok keropok hangus. Dan siapa nak makan? Korang mungkin? Tak pasal pasal servis bertukar tangan lepas tu. Ibu terus kata ketepi ketepi biar ibu ganti. So, aku tak jadi nak terus memasak. Ibu pulak sambong perjuangan aku di medan permasakan. Adeh. Mati ah kalau cikgu bahasa aku baca blog ni. Ampon cikgu. ;)




Siapa nak dengan budak lelaki yang tak pandai memasak ni? Goreng keropok pun tak lepas. Kesian. Harap harap ada budak perempuan yang pandai memasak sudi bersama dengan budak lelaki yang tak pandai memasak ni. Cehhh ... Ayat tak boleh belah. Lantak ah. Aku ada update status pasal ni. Tak sangka ramai orang bagi maklum balas, termasuk la ibu !!! @.@





potpetpotpet : Bila nak kahwin? 

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com