Siapa rindu aku, boleh scroll pelan pelan! Siapa benci tapi rindu aku, boleh scroll laju laju sekarang... Adeh. Aku pergi melawat Istana Lama Seri Menanti hari Ahad lepas. Tiba tiba je aku buang tabiat dengan aktiviti berilmiah macam ni. Pelik kot? Sesekali nak ubah angin, takpe kan? Ke berdosa? Haha. Bosan ah buat benda yang sama je. Aku kalau hang out, tak sah kalau tak karaoke, lepas tu, bowling, wayang atau dangdut. Okay. Part dangdut tu aku tipu. =.=
| Petrol habis la pulak... =.= |
| Lokasi yang dicari-cari ialah Istana Lama Seri Menanti! |
| Ini bukan rumput karpet! Ini rumput biasa! |
| Lubang itu merupakan kesan tikaman keris kau tahu! Dan bukan sama sekali kerja tupai! |
| Batu tak terbelah sekaligus tak bertangkup. Oleh itu, sila abaikan. |
| Sampai tertutup Istana Lama Seri Menanti! |
| Entah tempat apa pulak ni kan. Tiba tiba je ada kat sebelah tu. So, bantai je ah posing! |
Mula mula aku ingat nak snap pictures dalam Istana Lama Seri Menanti tu. Sekali tengok ada sign no camera please. Terus kuciwa di kalbu. Sebab tu takde gambar kat dalam Istana Lama Seri Menanti tu. Dan paling kuciwa di kalbu, aku borak borak dengan pak cik yang jaga Istana Lama Seri Menanti tu sebelum keluar. Cuba teka apa yang pak cik tu cakap? Jeng jeng jeng. Dia kata, biasa budak-budak sekolah selalu snap pictures dalam Istana Lama Seri Menanti tu... Demmm!!! Boleh pulak kan? Aku dah nak keluar kot masa tu... Adeh. >.<
potpetpotpet : Ada pelajar dah jumpa blog aku! T.T

