Rabu, 3 Mac 2010

Penyelidikan Nilai Dalam Pendidikan Matematik - Nilai Matematik, Nilai Pendidikan Matematik & Nilai Murni

Ni story agak ilmiah sikit kot. Sikit je. Tak banyak mana pun. Okay. Nak story pasal my proposal for tesis. Tak siap lagi. Satu huruf pun tak tulis lagi kot. Jap. Nak check... Ya. Satu huruf pun tak ada lagi. Oh. Tidak! The theme is NILAI. First, memang kepala otak aku terfikir pasal nilai murni. Kan kan kan?

Menurut my supervisor, nilai ni ada tiga jenis. Ya. First, nilai matematik. Berkisarkan tentang rasional, epistemologi, asal-usul matematik, objectivisme dan lain-lain lagi la. Mana aku nak ingat. Tak habis baca lagi kot journal dia bagi hari tu. Bapak banyak kau tahu! Kalau boleh susun journal tu, mungkin sama tinggi dengan aku la kot. Oh. Aku tipu kau. Haha.

Okay, the second one, nilai pendidikan matematik. Ni lain sikit la daripada nilai yang pertama tadi. Ya. Sebab apa? Ada pendidikan di situ. That's why nilai ni fokus lebih kat pedagogi, nilai instrumental. Nilai pendidikan matematik ni membawa pemikiran bahawa matematik ni merupakan alat. Mathematics is a tool katanya.

Then, the third one is nilai murni. Oh. Betul tekaan pertama aku tu. Haha. After that, my supervisor pun bagi la contoh research yang dia dah buat entitled Penerapan Nilai Pendidikan Matematik dalam Pengajaran & Pembelajaran Matematik di Sekolah Menengah. Oh. Aku tak fikir apa tajuk research aku. Tentang apa ek? Okay. Nak fikir dulu ni. Dadadididudu...

p/s: Oh. Pengetahuan am buat korang. Nak baca ke benda-benda macam ni? Tak apa kot sekali-sekala kan? Hehe.

Selasa, 2 Mac 2010

Gambar Fiesta Ilmu Kolej Aminuddin Baki (KAB), UPSI

Oh. Pentas kau sangat comel. Kan kan kan? Anak gajah kau muat-muat je kot kalau nak naik pentas ni.

Good friend. Redzuan Ruslan.

The winner for Anakku Sihat. Oh. Comel gila! Seriously.

Jangan pandang budak tu. Nanti kau boleh pengsan atas sebab kecomelan yang melampau. Betul. Kot.

Oh. Barisan penaja Fiesta Ilmu kali ni. Kagum.

Alololo... Meh sini kat papa. Erk. Mama pergi mana ni? Isk.

Haqiem Idola Kecil Musim 1. Pemalu la kau kan? But, kau memang comel.

Didi & Zam. Malaysia's Next Top Host. Seriously.

Oh. Ni bukan kereta aku.

Comel la pulak kereta ni. Oh. Comel la pulak aku ni. Boleh?

Tetiba macam terngiang-ngiang lagu tema Digi kat tv tu. Kan? Oh. Kami bukan orang kuning tu ye.

Kot ye pun kau team protokol, tak perlu kot kau pakai tag tu kan? Oh. Tidak!

Jom. Biru VS Kuning. Celcom VS Digi. Cerita Blue VS Otak Kuning. Erk.

p/s: Seriously. Sangat sikit pics yang aku sempat snap tempoh hari. Ya. Sibuk yang amat. Selama empat hari tu memang hidup aku tak terurus okay. Bangun pagi. Tidur pagi. How? Eh. Wuuu...~

Menjaga Hati

Oh. Susah sangat. Seriously. Nak jaga hati orang, bukan semudah yang kau sangka. Tak mudah seperti kau bernafas. Tarik... Hembus... Senang bukan? Oh. Kalau nak jaga hati orang, bukan senang macam tu. Hurm. Ya. Bila aku nak jaga hati si A, but, at the same time, aku tak dapat nak jaga hati si B. So, how? Nak tak nak, salah seorang pasti terasa hati. Ya. Salah aku. Aku tak pandai nak jaga hati orang. Atas alasan aku terlalu menjaga hati orang lain. Akhirnya, aku juga yang dapat tempiasnya. Bila si B kecewa dengan sikap aku. Bila aku mengabaikan kata-kata aku pada si B tanpa sedar. Ulang suara, tanpa sedar. Ya. Aku akui aku bukan pakar dalam hal macam ni. Tetapi, kalau kesilapan aku ni diperbesar-besarkan, seolah-olah kau menuduh aku dah membunuh seseorang. Teruskan kalau itu yang kau mahu. Teruskan kalau itu yang membenarkan kau bahagia. Teruskanlah. Biarkan aku berterusan rasa bersalah. Lagi sekali, aku memohon maaf. Ikhlas.

p/s: Oh. Kesalahan aku bukan disengajakan okay.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com