TRUE MEANING OF LOVE. Pengertian sebenar cinta. Okay. Seriously. Kau dah hilang akal? Kau tahu ke apa-apa tentang cinta? Ya. Aku tak tahu. Mungkin. Sedikit. Okay. Jangan khuatir. Aku tak perlu guna gaya penulisan jiwang 24 karat untuk menceritakan perihal cinta ni. Ya. Aku guna bahasa aku. Pasar. Rojak. Berilah kau nama apa pun. Hurm. Where to start? Kau tahu? Aku akan cerita step by step. Haha. Bukan nak buat step menari okay. 5, 6, 7, 8! Fuyyyoh...
Pada zaman kau kanak-kanak, pada waktu kau masih kecil, apa cinta kau? Tak ada? Isk. Mana boleh. Cuba ingat balik. Kau dah lupa? Pada masa ni, kau selalu bermain. Bertatih. Berdiri. Berjalan. Berlari. Dan jatuh. Ya. Bila kau jatuh, kau bangun lagi bukan? Kau teruskan permainan kau. Sampai kau dapat apa yang kau mahu. Kau dapat bertatih. Kau dapat berdiri. Kau dapat berjalan. Kau dapat berlari. Dan jatuh? Itu perkara kecil. Nampaknya kau dah ingat cinta kau. Hehe. Kau tak pernah puas bukan? Kau dah bertatih. Kau mahu berdiri. Kau dah berdiri. Kau mahu berjalan. Kau dah berjalan. Kau mahu berlari. Kau dah berlari. Apa lagi yang kau mahu? Meh sini aku cakap kepala lutut kau. Hehe. Ya. Kau tak kenal siapa dia putus asa. Siapa dia? Aku pun tak kenal. Konon. Haha. Inilah cinta kau wahai kanak-kanak.
Ketika kau sedang membesar. Apa yang membesar? Erk. Ketika kau remaja la. Banyak bukan cinta kau? Pada kekasih kau? Ya. Itu cinta lain. Ada binatang lain yang punya. Siapakah? Monyet tu. Dia pemilik kepada cinta tu. Kan kan kan? Pada masa ni, kau sibuk dengan hidup kau. Kau punya kawan yang bukan sikit. Betul tak? Kalau boleh, kau nak kawan dengan semua orang kan? Give me five kepala lutut kau! Haha. Lepas tu, kau kalau boleh setiap hari nak tukar kekasih yang lain. Kan kan kan? Satu hari satu kekasih. Meh sini aku tindikkan lubang hidung kau. Ya. Itu dia cinta kau. Bukan pada kawan. Bukan pada kekasih. Tetapi, diri kau. Kau sedang kenal siapa diri kau. Kau bagaimana, kau begitu, kau begini dan segala-galanya tentang kau. Tahniah kat kau.
Next. Seterusnya. Kau adalah pemuda. Pemuda harapan bangsa. Konon. Apa yang kau tahu? Kau dah pandai guna otak. Hopefully. Erk. Kau mula timba ilmu sebanyak yang mungkin. Kalau boleh sampai tertumpah-tumpah ilmu yang ada kat dada kau tu. Kan kan kan? Ohoi. Lepas tu, kau juga cuba membina karier yang hebat. Ya. Yang dapat menjamin masa depan kau. Bagus. Kalau boleh kau nak jadi bos kemudian goyang kaki dan goyang punggung je kan? Yang penting duit masuk. Meh sini aku pijak belakang kau. Haha. Pada masa ni juga, kau mula merancang keluarga kau. Keluarga bahagia. Perhatian. Sila nyanyi beramai-ramai lagu Keluarga Bahagia oleh Saujana. Okay. Nyanyi la. Boleh? Inilah cinta kau. Kehidupan kau. Kau mahukan kehidupan yang terbaik daripada segala segi. Kalau boleh.
Kau dah tua. Kau nak buat apa? Tak perlu kot kau nak buat perkara-perkara pelik. At this moment, kau terkenang kembali kenangan-kenangan lalu. Apa yang telah berlaku dalam hidup kau. Tidak kira pahit manis masam masin kelat dan apa-apa la yang kau rasa. Dan kau tahu, itu yang mendewasakan kau. Itu yang memberikan nafas kepada kehidupan kau. Pengalaman. Experiences. Ya. Cinta kau.
Tiada definisi sebenar bagi cinta. Kau boleh kata apa sahaja tentang cinta. Bahagia. Derita. Suka. Duka. Tuah. Malang. Ya. Cinta boleh jadi apa-apa. Cinta boleh jadi mana-mana. Cinta boleh jadi bila-bila. Kerana cinta adalah anugerah.
Cuba cari cinta dalam gambar ni. Cubalah.
Entry ini untuk contest weekend @ sheffield. Thanks to you bro coz sudi invite aku join contest. Hehe.
hahaha...one chance two people three words..that all it need..hahah
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamchriz:
BalasPadamya. simple.
yet meaningful.
:D
Heehee.. Cinta memang boleh jadi apa pun yang kita mahu.. :)
BalasPadamAll the best..
farhana:
BalasPadamahha. same goes to you too.
:D
hizami
BalasPadam"lebih baik cinta daripada benci
lebih baik setia dari iri hati"
hehe
all d best for d contest
nice write-up though
qarl:
BalasPadamahha.
really?
thanx.
hehe.
tulis apa yang ada kat kepala je ni.
;D
hoho
BalasPadamnanti ku buat review
pss|: baca pon xlagi ni, esok ku tunaikan.. huhu
joe:
BalasPadamoh.
okay.
hehe.
:D
hehehe.
BalasPadameh, aku nampak George Clooney.
er, kenapa beliau kacak gak walau dah tua?
hahaha~
gd luck beb!
aku pun join gak ni~
zara:
BalasPadamahha.
ya.
dia george clooney.
still handsome lol~
jealous.
huhu.
aku dah baca your entry.
sgt best.
good luck too.
this is my first time.
cinta dewasa menyakitkan
BalasPadamcinta kanak2 indah...
for me.. love is nothing
_salam perkenalan_
moon bloody spell:
BalasPadamerk.
love is nothing?
salah kot.
hehe.
jgn kerana sekali terluka, dah tak percaya kat cinta.
hurm.
gud luck zami :-)
BalasPadamlolly:
BalasPadamerk. thanx.
hehe.
btw, this is my 1st entry for contest.
ahha.
haha..yup.so meaningful yet very hurtful when come to break-up...huhuh
BalasPadamchriz:
BalasPadamyep. betul.
tiada yg kekal.
hehe.
chriz:
BalasPadamyep. betul.
tiada yg kekal.
hehe.
http://joegrimjow.blogspot.com/2010/02/berita-kematian-lagi.html
BalasPadamkeptusan da diumumkan;)
BalasPadamterima kasih sebab join