Isnin, 8 Mac 2010

Cara Kurangkan Tekanan Di Tempat Kerja - Tips Kerjaya

Elou... Oh. Itu salam daripada aku. Elou. Sebut betul-betul ye. Bagi bulat pronunciation tu. Haha. Tentang entry ni, aku nak bagi tips tentang cara bagaimana kau nak betul-betul suka, sayang dan cinta kat kerjaya kau. Oh. Aku bukan cakap atas angin. Ya. Haha. Aku ada buat sikit rujukan la. Nampak tak betapa bersemangat waja aku ni? Erk. Aku singgah library tadi. Tetiba. Oh. Bukan niat nak pergi library sangat, but, aku nak tunggu ada seorang kawan aku ni, Cik Sya Atie (konon Scha Al-Yahya macam tu). Kami nak pergi jumpa supervisor untuk proposal tesis tu. Sementara nak tunggu dia habis kelas tu, aku pergi la lepak kat library. Kau boleh lepak kat library? Haha. Oh. Dah alang-alang tu, aku semak la nombor rujukan buku-buku kat rak. Rajin kan? Silakan kau jealous. Erk. Tetiba, aku nampak ada satu buku ni. Oh comel sungguh buku tu. Kecil je saiz buku ni. Saiz poket macam tu. Apa yang best, tajuk buku tu adalah 101 Ways To Love Your Job by Stephanie Goddard Davidson. Oh. Aku tak mampu kot nak senaraikan kesemua 101 cara tu. Hehe. Aku pilih yang menarik perhatian aku je kot. Kan kan kan?


Maka, kita check sesama. Antara tips yang terkandung dalam buku ni, termasuklah cara bagaimana kau nak kurangkan tekanan yang kau alami kat tempat kerja. Ya. Tak perlu guna kaedah sedut lemak. Tak perlu jugak kau nak cucuk Botox.

First, EAT. Ya. Makan. Kau tahu makanan merupakan terapi bagi mereka yang tertekan. Maka, adakah orang yang gemuk adalah disebabkan mereka tertekan? Ya. Mungkin jugak. Selain daripada faktor genetik dan jugak nafsu binatang. Erk. Kau mungkin tak perasaan hubungan antara rendah kandungan gula dalam darah (disebabkan kelaparan) dan tahap tekanan kau. Ya. Cuba check. Comfirm ada hubungan sulit tu. Kau je yang tak nak ambil tahu. Seriously. Kalau kau keluar pergi lunch-time, make sure kau makan okay? Tak perlu kot kau nak berlapar.

Second, IF YOU HAVE A DOOR, SHUT IT AT LEAST ONCE A DAY. Oh. Aku faham sikit-sikit la kot. Haha. Ya. Kalau kat tempat kerja kau ada pintu, better kau tutup pintu kau. Bukan nak tunjuk yang kau seorang je ada pintu, but, nak kurangkan bunyi bising daripada persekitaran. Mana tak bising, si Bedah kat luar tu sesedap mulut mulakan gosip si Senah kena tangkap basah malam tadi. Oh. Kalau si Bedah tu bisik-bisik manja, okay la kan. Ni tak, kalau boleh si Bedah ni nak pakai mikrofon nak pot pet pot pet. Tak larat kot nak dengar si Bedah tu mengumpat. Sudah. Tambahan pulak, kau selesa ke kalau orang lain dengar perbualan kau dengan sesiapa? Tak kisah kau tengah jawab call ke, kau tengah berbincang dengan clients ke. Yang penting, kau mesti tak selesa bukan? Maka, tutuplah pintu kau. Oh. Plus, instead of kalau kau takut orang lain tertanya-tanya kenapa la kau ni keji sangat nak tutup pintu ni, just tell them why you are shutting the door. Explain to them.

p/s: Ada lagi dua cara. Tunggu okay? Tutu...

4 ulasan:

  1. kalau tension belajar lak camane ? ngeeee

    BalasPadam
  2. miss lolly:
    erk.
    jap.
    nak rujuk kamus.
    hehe~

    BalasPadam
  3. Tanpa NamaMac 09, 2010

    huhuhuu makan is ma faveret hahaha

    BalasPadam
  4. stress at work... huh selalu!
    nak copy yer..

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com