Isnin, 8 Mac 2010

5 Aktiviti Wajib Pelajar Di UPSI

Seriously. Aku malu. Malu la nak cerita kat kau. Isk. Jangan la pandang aku macam tu. Haha. Oh. Pasal hujung minggu aku. Ya. Kau jangan gelakkan aku kuat-kuat okay. Gelak pelan-pelan sudah. Tak banyak aktiviti yang aku dapat buat pun. Aku menghabiskan masa hujung minggu dengan bermacam-macam aktiviti yang mungkin menarik. Erk. Mungkin tak menarik bagi kau. Tak kisah la. Aku nak cerita jugak. Apa benda la yang aku selalu buat kat UPSI ni kan.

1. Discussion. Kau pun tahu aku kan student lagi. Maka, discussion ni merupakan antara rukun tetangga yang aku kena patuhi. Oh. Tak boleh ingkar okay. Kau nak kena maki dengan kekawan yang lain? Oh tidak. Ya. I don't know la kan. But, aku rasa macam semester kali ni terlalu berat dengan esaimen yang bapak kau banyak. Oh. Aku nak kira jap. Hurm. Tak cukup la jari tangan. Okay. Jari kaki pun masuk sekali. Tak cukup jugak. So how? Dapat bayangkan betapa banyak bukan? Semakin banyak esaimen, semakin kau pening kepala sebab semakin banyak discussion berlaku. Hipotesis aku ada tiga semakin. Kau jangan jealous.

2. Pasar malam. Ya. Pada setiap hari Sabtu. Antara aktiviti kegemaran aku ni. Haha. Mana tak best, pasar malam kat TM ni memang besar la kot. Kalau nak bandingkan dengan tempat aku kat Alor Gajah tu. Dan kat sini banyak juga pilihan. Kau nak makan apa? Cakap je la. Oh. Bukan maksud kalau kau cakap, benda tu terus datang kat kau. Bukan. Hehe. Suka la. Sambil cuci mata tambah dosa. Erk. Gurau kot. Haha.

3. Karaoke. Okay. Stop. Jangan gelak dulu. Tak start cerita lagi. Hehe. Kat TM ni, ada karaoke ke? Haha. Ada okay. Karaoke jamban tu. Tempat tu la aku lepas gian kot. Melalak sampai berdarah hidung aku kau tahu. Dahsyat. Seriously. Ya. Aktiviti nak release tension katanya. Bosan la nak menghadap laptop, nak selak buku... Walaupun suara aku terlari ke Laut China Selatan tu okay. Even hencek Tsunami pun boleh datang kot dengar suara aku ni. Hoho.

4. Termandi lalu termanda. Selalu la kot aku pergi mandi-manda dengan kekawan yang lain. Ya. Selalu on the spot je nak pergi mandi. Selalu sangat tak plan awal-awal. Tetiba je nak gi mandi. Sebab tu termandi termanda katanya. Kat TM ni, ada dua tempat mandi yang agak famous amous jugak la. Ada Kalumpang. Ada Sungai Bil. Dua tempat ni la selalu jadi port aku nak berenang-renang macam katak menguak tu. Oh. Seriously. Aku tak pandai berenang. Haha. Tolong ajar aku please. By the way, aktiviti ni bukan dibuat pada setiap minggu pun. Kekadang. Erk.

5. Tidur. Oh. Ni kalau aku dah tidur lewat malam tadi. Ya. Selalu tidur lewat especially kalau hujung minggu. Mahu tak landing atas katil selagi tak cecah 2, 3 pagi macam tu. Disebabkan tu, aku pun bangun lewat la keesokan harinya. Disebabkan tu jugak, dah separuh hari la kot aku tidur. Habis la hari hujung minggu aku dipenuhkan dengan acara tidur berlebihan. Oh. Sangat tak sihat kau tahu. Don't try this kat rumah mak mertua kau. Okay?

Itulah antara Top 5 aktiviti yang aku lakukan pada hujung minggu kat UPSI ni. Ya. Kebiasaannya. Kau nak tiru? Tirulah. Haha. Tak kena bayar kot.

p/s: Hehe. Kat sini tak banyak interesting places nak pergi. Plus, duit duit tak banyak mana pun. Ini je yang mampu. Kau pulak selalu buat apa ek dengan hari hujung minggu kau? Nak tahu jugak ni.

16 ulasan:

  1. aku pegi perkampungan alam 2010 kat KHAR..ha3~

    BalasPadam
  2. karok tu zami ade nyanyi lagu kak ziana x? ha ha ha ha

    weekend eh? usually qarl slalu balik my home sweet home if xde pape commitment photography dll

    huhu

    family 1st

    BalasPadam
  3. hana:
    ahha.
    zami gi semalam.
    hari ni mcm malas nak gi.
    hehe.

    BalasPadam
  4. qarl:
    erk.
    rahsia.
    ahha.
    oh ya.
    mmg family 1st.
    but zami jaoh la kot.
    nak drive balik sesorang.
    oh.
    tak cukup wang & tenaga kalau nak balik setiap minggu.
    hehe~

    BalasPadam
  5. lbh kurang je la...
    tapi sy x lah karaoke kat jamban n bermandi kat kalumpang n sungai bil..
    pasar mlm pun jrg pergi...
    nmpknye hujung mggu sy juz ada discussion je..
    ea, cam hujung mggu sy lbh bosan kalo banding ngan kmu kan???
    cian tul...

    BalasPadam
  6. jhou:
    ahha. sian kamu.
    hehe.
    but, mana la tahu.
    discussion kamu tu lagi best.
    kan kan kan?

    BalasPadam
  7. zamie nie perli ke pe ea???
    dscn ada best punye ke???
    juz tau tadi dscn sampai pening kepala..
    bak kata lect tecknologi 'kena rajin explore'..
    mana tau kmi explore sampai x brp siuman dh nie.. wahaha~~
    sampai skrg x siap2 lg asgmnt tu...
    yg grp kmu dh siap x??

    BalasPadam
  8. hujung minggu ni paling bermakna buat aku sbb ada surprise besday party..haha..tapi biasa kalau hujung minggu aku mcm ko gak ar..pegi karoke kt danga bay..jalan2 kat jusco tebrau..tgk wayang ker kt City Square..mkn Big Apple kt Jusco Bukit Indah..apa lg ek..dan yang tak sama ngn ko ialah aku tak pnh gi mandi manda..sbbnya aku tak tahu berenang..haha..dh banyak kali member aku ajak mandi kt kolam renang kt larkin tp aku tak nk..nanti nk suh dia ajar aku berenang dulu..

    BalasPadam
  9. weekend lepak ngan kwn. xpun tgk movie yg dah lame didownload.hehe!

    pasar kat TM ade rojak yg sedap tuh

    BalasPadam
  10. aku tido je..

    to far to go anywhere..

    BalasPadam
  11. jhou:
    ahha.
    manalah tahu.
    hehe~

    BalasPadam
  12. putra:
    ahha.
    tahniah.
    mesti dpt hadiah byk.
    oh.
    jealous ni.
    ahha~

    BalasPadam
  13. ajid:
    ye ek?
    mana tahu ni?
    kt mana?
    yg kat sebelah I LOVE U Corner ek?
    huhu~

    BalasPadam
  14. azizol:
    bagus.
    sgt bernas aktiviti tu.
    hehe~

    BalasPadam
  15. aha. aktiviti aku on9 sambil tido sepnajang hari. sgt sehat

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com