Okay. Nak bincang pasal pembuli. Wah. Ada lagi ke pembuli pembuli sekarang ni? Ada la kot. So aku nak kongsi tips tentang how to outsmart a bully. Ya. Macam mana nak melepaskan diri daripada pembuli durjana ni. Jeng jeng jeng. Aku pernah jugak jadi mangsa buli ni. HohO. Biasa la. Budak budak lagi masa tu. Tak tahu apa apa. Kesian kan? Maka tips kali ni sesuai bagi pelajar pelajar sekolah yang mungkin pernah jadi mangsa buli. Atau tak sanggup nak jadi mangsa buli. Sila sila amalkan petua petua sukahati aku buat ni. HohO.
- Elakkan berada kat mana mana tempat selalu pembuli pembuli berkumpul. Ya. Tempat tempat seperti tepi longkang tandas atau sebelah tiang bendera pun boleh jadi jugak. Maka sila elakkan kawasan kawasan terbabit yang menjadi sarang para pembuli supaya kau tak jadi sasaran.
- Jangan bersendirian. Lepas tu sila nyanyi lagu Zaiton Sameon dulu aku sendiri kini masih sendiri boleh? Kalau nak pergi mana mana sila ajak ajak ayam kawan kawan kau. Tak kisah la kau nak ajak berapa ramai kawan kawan. Bak kata hipotesis semakin ramai semakin selamat. Kalau kau nak ajak satu kelas bersama sama memeriahkan suasana tandas pon tak kisah la janji kau rasa agak agak selamat. Dan bayangkan jika kau terpaksa melalui jalan yang sama dengan pembuli maka apa yang penting sila pastikan kau berada rapat dengan kawan kawan lain. Penting supaya pembuli tak berpeluang untuk menghampiri kau. Oh kalau kawan kawan kau tiba tiba lari laju berdesup zooom pulak macam mana??? Sila kau lari lagi laju daripada dorang. HohO.
- Berlakon tegas. Cuba berangan sebentar konon konon kau berlakon dalam drama bersiri Gerak Khas iaitu rancangan kegemaran warga emas di Malaysia. Sila pura pura nampak confident walaupun kau betol betol lemah semangat ketar ketar kepala lutut. Mula berjalan dengan muka paling sombong di dunia dan akhirat kemudian bukak mata besar besar dan sentiasa alert dengan keadaan sekeliling. Kenapa? Supaya pembuli pembuli kagom apahal pulak kau nampak confident tak tentu pasal ni. Maka secara tak langsong kau dah berjaya mengelakkan diri daripada diganggu oleh pembuli.
- Sila dapatkan bantuan mereka mereka yang berkelayakan. Jangan takot nak beritahu kepada guru ataupun pihak berkuasa jika pembuli sangat sangat aktif dalam kegiatan mengancam spesies pelajar pelajar kat sekolah. Penting kerana mereka perlu tahu apa yang berlaku supaya mereka dapat membantu dan mengambil tindakan. Kalau kau takot jugak nak beritahu sila jumpa tukang kebun dan mintak pertolongan dia. Cuba tanya boleh tak dia bawa mesin rumput dan main kejar kejar bersama pembuli pembuli dengan mesin rumput tu? Semasa dorang lari sana lari sini maka kau buat tak tahu dan sila masuk ke kelas lalu belajar. Sekian.
potpetpotpet: Bantai je la.
haha... zaiton sameon pulak dah... ritu dina...
BalasPadamaida:
BalasPadamahha.
tukar tukar.
;)
pasni guna nama penyanyi katie vogles pulak boley?=D
BalasPadamaida:
BalasPadamahha.
okay okay.
;P
lagi ada permintaan apa lagi?
ahaha~
Ada banyak lagi.. Adibah Nor,Noraniza Idris,Sharifah Aini,ziana zain.... ok dah cukup!=D
BalasPadamecely..
BalasPadamboleh je kentot berbunyi kat kaki buli nie hahahhaa
saya mahu ramlah ram satu!
aida:
BalasPadamahha.
okay.
satu persatu.
;P
fiq:
BalasPadamalamak.
ramlah ram dah buat la hari tu.
;P
tak kena buli tp kena rangging ngan senior..pastu bile jd senior rangging junior plakk..hahah cam bagus jer time tu
BalasPadamZaiton Sameon pun boleh? hehehe
BalasPadamhaha..buli ni best..dapat pau..pau kacang,pau kaya,pau ayam..ahak..hehe
BalasPadampembuli2 ni sgt nakal..jgn wat ye..huuu..pernah dibuli dulu..huuu
rase nak BOM dorg skg nih..heee
hawa:
BalasPadamahha.
ragging tu sama konsep dengan bully kot.
ahha.
;P
faiz:
BalasPadamboleh je.
apa salahnya.
ahha.
;)
rizal:
BalasPadamahha.
jom jom.
;P
anak akak mula2 masuk sekolah dh kena buli ngan budak kelas sebelah..dia dahla pendiam sket..harus akak contact cikgu suruh cari itu budak..hehe
BalasPadam