Sabtu, 15 Mei 2010

Murah Rezeki.


First of all I am happy like crazy nak mammm when I know that my blog tersenarai dalam kategori emas kat Ben Ashaari[dot]com wah hamek kau bahasa aku berterabur. Gila. Adakah aku sedang bermimpi ewah ewah tak logik betul kalau aku sedang bermimpi dah pasti aku sedang tidur masalahnya sekarang aku ada kat depan laptop ni wakakaka. Seriously aku ingat tak dapat la nak bertempek kat kategori tu sebab kau pun tahu aku merepek tahap gaban sila klik di sini kalau tak tahu. Tak pasal pasal aku buat aksi asereje ha rehe rehe to da rehe sevinio mampuih bantai je la haha. Tup tup masuk jugak. Trimas bro Ben Ashaari!



Oh. Aku dapat award daripada seorang perempuan yang suka kentut. Setiap kali dia blogwalking dia sempat melepaskan sedas dua kentut sebagai tanda dia pernah lalu. Kagum aku dengan keupayaan kentut dia yang sangat sangat dahsyat. Jangan main main. Terima kasih Cik Mala walaupun rupa kau tidak aku kenal tapi kentut kau itu aku kenal. Tahniah. Eh eh Cik Mala suruh explain apahal aku follow blog dia. Well aku secara tak sengaja follow Cik Mala sebab dia selalu lepak lepak kat blog aku dan kemudian kentut tak tentu pasal siapa tak menambah bengang rasa hampa Akim beb. Tanpa membuang masa lagi aku terus follow dia.



Eh eh ada lagi satu award. Thanks budak. Nama dia Arol. Dia suruh eja betul betul jangan salah Erul ke Erol ke Shahrul ke Sarimah ke haha sukahati. Okay okay. Award ni aku nak beri kat semua follower blog Budak Lelaki Sebelah Pintu. Jangan malu jangan segan ambil je tak kena bayar apa apa apatah lagi isi borang pendaftaran.


potpetpotpet: Tak pasal pasal aku senyum sorang sorang bila aku dapat pujian tak ingat dunia sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

Selasa, 4 Mei 2010

Aku Benci Kaki Buli!!!

Okay. Nak bincang pasal pembuli. Wah. Ada lagi ke pembuli pembuli sekarang ni? Ada la kot. So aku nak kongsi tips tentang how to outsmart a bully. Ya. Macam mana nak melepaskan diri daripada pembuli durjana ni. Jeng jeng jeng. Aku pernah jugak jadi mangsa buli ni. HohO. Biasa la. Budak budak lagi masa tu. Tak tahu apa apa. Kesian kan? Maka tips kali ni sesuai bagi pelajar pelajar sekolah yang mungkin pernah jadi mangsa buli. Atau tak sanggup nak jadi mangsa buli. Sila sila amalkan petua petua sukahati aku buat ni. HohO.

  1. Elakkan berada kat mana mana tempat selalu pembuli pembuli berkumpul. Ya. Tempat tempat seperti tepi longkang tandas atau sebelah tiang bendera pun boleh jadi jugak. Maka sila elakkan kawasan kawasan terbabit yang menjadi sarang para pembuli supaya kau tak jadi sasaran.
  2. Jangan bersendirian. Lepas tu sila nyanyi lagu Zaiton Sameon dulu aku sendiri kini masih sendiri boleh? Kalau nak pergi mana mana sila ajak ajak ayam kawan kawan kau. Tak kisah la kau nak ajak berapa ramai kawan kawan. Bak kata hipotesis semakin ramai semakin selamat. Kalau kau nak ajak satu kelas bersama sama memeriahkan suasana tandas pon tak kisah la janji kau rasa agak agak selamat. Dan bayangkan jika kau terpaksa melalui jalan yang sama dengan pembuli maka apa yang penting sila pastikan kau berada rapat dengan kawan kawan lain. Penting supaya pembuli tak berpeluang untuk menghampiri kau. Oh kalau kawan kawan kau tiba tiba lari laju berdesup zooom pulak macam mana??? Sila kau lari lagi laju daripada dorang. HohO. 
  3. Berlakon tegas. Cuba berangan sebentar konon konon kau berlakon dalam drama bersiri Gerak Khas iaitu rancangan kegemaran warga emas di Malaysia. Sila pura pura nampak confident walaupun kau betol betol lemah semangat ketar ketar kepala lutut. Mula berjalan dengan muka paling sombong di dunia dan akhirat kemudian bukak mata besar besar dan sentiasa alert dengan keadaan sekeliling. Kenapa? Supaya pembuli pembuli kagom apahal pulak kau nampak confident tak tentu pasal ni. Maka secara tak langsong kau dah berjaya mengelakkan diri daripada diganggu oleh pembuli.
  4. Sila dapatkan bantuan mereka mereka yang berkelayakan. Jangan takot nak beritahu kepada guru ataupun pihak berkuasa jika pembuli sangat sangat aktif dalam kegiatan mengancam spesies pelajar pelajar kat sekolah. Penting kerana mereka perlu tahu apa yang berlaku supaya mereka dapat membantu dan mengambil tindakan. Kalau kau takot jugak nak beritahu sila jumpa tukang kebun dan mintak pertolongan dia. Cuba tanya boleh tak dia bawa mesin rumput dan main kejar kejar bersama pembuli pembuli dengan mesin rumput tu? Semasa dorang lari sana lari sini maka kau buat tak tahu dan sila masuk ke kelas lalu belajar. Sekian.

potpetpotpet: Bantai je la.

Isnin, 26 April 2010

Kembang Kembang Tak Ingat Dunia.

Sila klik pada gambar kalau ada masalah mata. Sila sila.

Wow. Blog aku sudah mula stabil. Oh. Jadual kat atas ni merupakan jadual bertugas kelas 2 Mawar Plastik. HohO. Bukan bukan. Jadual tu adalah data statistik kunjungan ke blog Budak Lelaki Sebelah Pintu pada minggu lepas. Terima kasih terima kasih. Eh eh setiap kunjungan unik mencatatkan angka melebihi 250 secara purata. What an achievement!!! Terima kasih terima kasih.

Okay. Tanggal 20 April 2010 mencatatkan angka tertinggi iaitu terdapat 451 kunjungan unik. Manakala pada 24 April 2010 pula mencatatkan 261 kunjungan unik iaitu angka terendah pada minggu lepas. Well. Terima kasih terima kasih. I try my best to keep this blog alive.

potpetpotpet: Tanpa anda siapalah saya. Eh eh rasa macam sedang berdiri kat atas pentas. Mana trofi orang emas bogel tadi?

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com