Rabu, 12 Mei 2010

Zombie Itu Spesies Apa?

Bila dah takde benda nak buat aku mula start lari setempat lepas tu lompat kijang sambil tepuk tepuk pengakap. Kemudian baru aku tahu nak buat apa iaitu nawaitu sahaja aku berniat nak tengok movie. Okay aku tengok movie Shaun of The Dead keluaran tahun 2004. Wah. Cerita lama la kot.


Shaun tu nama hero cerita ni. He hates and is embarassed about his job. Rakan rakan sekerja pulak tak respect langsong dengan Shaun. Dia ada seorang kawan merangkap roommate dia yang perangai macam mak beruang apatah lagi rupa bentuk badan dia serupa betol dengan mak beruang. Wakakaka. Jahat jahat. Then dia ada awek yang sangat sangat kecewa dengan sikap Shaun ni. Plus Shaun benci tak suka tak suka ayah tiri dia. Wah tiba tiba semua orang jadi zombie. Ya. Orang orang di sekeliling Shaun bertukar menjadi zombie dan kerja zombie selain daripada jalan macam tersangkut sangkut ialah makan orang. Maka Shaun berusaha sedaya upaya nak selamatkan mereka yang tersayang. Tapi bukan semua yang terselamat. Jeng jeng jeng.

Cerita Shaun of The Dead ni lain daripada yang lain. Walaupun dah bersepah cerita pasal zombie seperti Zombieland dan jugak Zombie Kampung Pisang tapi cerita ni tak sama seperti cerita cerita zombie yang lain. Tajuk pon tak tulis zombie kan kan kan? Ya. Shaun of The Dead lagi best sebab ada lawak tahap gaban kepala lutut, ada sedih sedih, ada saspen cak kun cak, ada happy dan secara kesimpulannya bak kata pepatah kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Bantai je la. Anyway, Shaun of The Dead merupakan cerita zombie paling best. Tak percaya sila tengok dulu.


potpetpotpet: Biasa je aku tengok zombie apa yang menakutkan? Wakakaka.

15 ulasan:

  1. lagi satu cubaan menjeleskan orang yang jarang tengok movie?

    BalasPadam
  2. Kah kah kah.. Lawak gaban tahap kepale lutut.. Mesti gelak sampai badan terlipat cium lutut ek.. Haha.. ;p

    BalasPadam
  3. kasih:
    ahha.
    sila sila.
    ;P

    BalasPadam
  4. farhanadr:
    ahha.
    agak la kot.
    ;)

    BalasPadam
  5. asphaq:
    ahha.
    nak jealous sebab apa pulak ni?
    hehe~

    BalasPadam
  6. layan jugak crita zombi bile tak da crita lain

    BalasPadam
  7. hawa:
    ahha.
    sedap la cerita ni cik hawa.
    ;)

    BalasPadam
  8. crita zombi ni tak da yang makan orang, gigi hitam, darah melelelh, pastu jalan cepat..tak da kan?

    BalasPadam
  9. hawa:
    erk.
    takde kot.
    ahha.
    ;P

    BalasPadam
  10. hah ok..lau ada tak nak tgk..sebab sume crta zombie awe tgk ada mcm tu...eee...geli

    BalasPadam
  11. aidy:
    moral dia sila belajar pendidikan moral.
    wakakaka~

    BalasPadam
  12. pernah tgk HOT FUZZ takk?
    org same berlakon :)

    BalasPadam
  13. ni zombie tengah bandar kot.. sama ngan zombie kg pisang? mana lg best? ha haha

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com