Ahad, 26 Jun 2011

Tanglung Hijau Di Lengkung

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!



Sehari sebelum aku bergerak ke Melaka untuk Festival Nasyid UTeM, malam tu aku dengan geng bas sekolah pergi serang The Curve. Saje saje lepak The Curve sebab dah tension sangat berlatih lima hari berturut-turut. Tension sampai terkeluar jerawat jerawat degil! Memang degil habis jerawat jerawat tu. Aku dah kata jangan keluar tapi dia boleh buat tak tahu je. Senyap senyap dia keluar jugak. =,=

Maka selesai sudah cerita jerawat tu. Mari kita masuk cerita yang lain pulak. So, setelah berbincang dengan penuh siriyus, The Curve menjadi pilihan kitorang. The Curve ye. Dekat nyerr punn aduii. And for your information, aku tak pernah pergi The Curve sebelum ni. Ni kira first time la ni. Aku tak tipu derrr... Jujur aku mengaku bahawasanya aku agak di bawah tempurung nyerr punn aduii. >.<

Malam tu, kitorang tengok wayang. Cerita apa? Yes! The Green Lantern! Hurmmm... Aku takde la nak tengok sangat cerita tu. Tapi dah tu je cerita yang paling menarik perhatian masa tu. Nak tengok Dylan Dog, anjing tu haram. Nak tengok X-Men, takut 18SX pulak. Nak tengok Kung Fu Panda, gemuk sangat. Errr... Boleh ke bagi alasan macam tu? =,=




So, apa komen aku? Boleh la kot. Cerita dia memang tak masuk akal langsung. Sebab apa? Sebab cerita dia sangat banyak bermain dengan imaginasi. Siapa nak tengok cerita ni, sila buka fikiran betul betul. Kalau tak, memang sumpah sumpah la bila keluar panggung tu! So, tepuk dada, tanya la nafsu serakah. Tanya orang sebelah pon okay je. Bagi aku, aku enjoy tengok cerita ni. But, aku rasa cerita ni boleh dihasilkan dengan lebih baik lagi daripada apa telah ditayangkan sekarang. Kenapa? Entah la. Aku rasa macam ada kurang something dalam cerita ni. Tapi tak kisah la. Apa yang aku tahu, The Green Lantern kini menduduki tangga pertama dalam carta box office GSC sekarang. Kalau belum tengok cerita ni, sila la tengok kalau kau nak tengok. Aku tak paksa kau tengok nyerr punn aduii. =,=




Apa kaitan entri ni dengan tanglung hijau di lengkung? Kau pergi google translate sendiri. Sekarang boleh? Yes. Sekarang ye. So, dapat tak jawapan dia? >.<



potpetpotpet : Next week aku pergi Perlis!

19 ulasan:

  1. amboi, dah berjangkit dengan jozan nih..hahaha..kalo tak best boleh download je la kan..kih3

    BalasPadam
  2. tanglung hijau di lenkung...green lantern at the curve??

    BalasPadam
  3. green lantern tu hijau sangat lah zami. tak minat. hehe

    BalasPadam
  4. kelakar tol.huhu. terus translate ye,haha green lantern = tanglung hijau.haha

    BalasPadam
  5. kelakar betol la mamat ni.

    BalasPadam
  6. sumpah serakah?

    sumpah seranah rite?

    BalasPadam
  7. patotlah pelik semacam je tajuk dye.


    translate green lantern, jadi kemain epic.


    kirim salam perlis oke! rindu rumah wooo~

    BalasPadam
  8. nasib baik tak tengok lagi..hehe.
    amboi,die kate panda gemok..comel ape :P

    BalasPadam
  9. mcm fail je nak jadi cequ bahasa..cequ laen bule consider lg kot.. =p

    BalasPadam
  10. Dah tngok kt DP
    Zami cpt blik Melaka byk plan pasni.

    BalasPadam
  11. jemm.. -__-
    suka lg kungfu panda..
    lagi best..
    the green lantern ni buley laa...

    BalasPadam
  12. hritik roshan kan pelakon dlm citer nie?;)

    BalasPadam
  13. heyy utem tu u sy..^^

    BalasPadam
  14. yups
    cerita ni kalau dipanjang kan sedikit baru best
    tapi boleh lah
    best juga

    Boleh Tak Jangan Jadi Penonton Yang Menjengkelkan?

    BalasPadam
  15. hahahaa..teringin nk tgk. tp belum tgk..:(

    BalasPadam
  16. aku suka ryan reynolds.

    aku benci green lantern.

    dan aku sudah mula suka blog kau.

    BalasPadam
  17. haha..hindustan ke per?

    BalasPadam
  18. muka si green tu mcm hritrik roshan la. huhu. ke mmg die? =P

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com