Ahad, 16 Disember 2012

Pengalaman Kursus Induksi Pegawai Perkhidmatan Awam Selama 2 Minggu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Relevan lagi ke blog aku ni? Haha. Anyway, aku baru habis kursus induksi yang telah berlangsung selama dua minggu kat Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (NIOSH), Senai, Johor, bermula pada 23 November dan berakhir pada 7 Disember. Memang dua minggu tu penuh dengan ceramah, ceramah dan ceramah, daripada pagi sampai la malam. Kalau otak tu macam belon, aku jamin dah pecah pada hari pertama tu jugak! Kbai.

Alhamdulillah. Semua berjalan dengan lancar. Biarpun aku menumpang kursus induksi kemeterian lain, tapi, aku gembira dapat kenal kawan-kawan baru. Aku tabik dorang sebab dorang sporting, gila-gila, sedia membantu, tak lokek ilmu dan mesra alam. Okay tak aku kipas dorang?

Aku telah diberikan mandat untuk menjadi pengerusi majlis masa majlis penutup pada hari terakhir kursus tu. Suka tak suka, tu belakang kira. Haha. Aku ambil peluang tu sebagai menghargai kepercayaan dorang walaupun aku sendiri tak yakin dengan aku. Macam mana tu? Takpe takpe. Anggap ni sebagai cabaran sebab dalam dunia kerja pun kita selalu diberikan tugas yang kita tak tahu macam mana nak buat, tugas yang kita tak suka, tugas orang lain tapi orang tu tolak kat kita dan sebagainya.

Jom tengok beberapa keping gambar yang sempat diambil menggunakan Galaxy Note aku pada hari terakhir kursus induksi:









potpetpotpet :
Tambah satu lagi bab dalam buku kenangan manis. :")

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com