Selasa, 1 Julai 2014

Review Filem Transformers: Age Of Extinction - Dah Tengok Ke Belum?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Gambar sorang sorang macam ni wajib.

Aku tengok Transformers: Age Of Extinction ni hari Khamis hari tu. Kemain nak tengok seawal mungkin. Maklum je la filem yang kita semua tunggu tunggu. Tu excited semacam je tu. Aku book tiket guna aplikasi GSC. Sonang kojo! Tak payah nak beratur, tak payah nak datang awal. Tokojut den tengok ada 33 tayangan Transformers: Age Of Extinction untuk hari tu je! Kau bayangkan! Semua selling fast pulak tu. Haha! Dah kenapa semua nak tengok filem ni? Pergi la tengok Pengantin Malam ke kan? Eh?

Nasib baik tak tidur dalam panggung!

Aku tengok filem ni dengan Adie dan Fyzal. Masuk panggung pukul 9.20 malam, keluar panggung pukul 12 tengah malam. Lepas tu? Esok kerja macam biasa! Hihi. Kemain gigih aku pergi tengok wayang pada hari kerja. Kalau GSC tu jarak sekangkang kera je dari rumah aku, takpe la jugak kan? Ni jarak sekangkang king kong kejar mengkarung tapi jalan lenggang lenggang kangkung! Anyways, siapa yang tak tengok lagi filem ni, pergi la tengok lepas tu bandingkan dengan pendapat aku. Oh. Aku ada update pendapat aku kat laman instagram aku.

Takde lagi panjang ke?

potpetpotpet: Lepas ni filem apa pulak yang menarik untuk ditonton?

Isnin, 27 Januari 2014

Grand Prize Winner, Terima Kasih ZALORA Malaysia!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Gigih kemain lepas balik kerja terus pecut ke Kuala Lumpur semata-mata nak datang dinner untuk semua blogger yang join contest anjuran ZALORA hujung tahun lepas. Aku ingatkan contest tu dah dilenyapkan daripada muka bumi sebab lama sangat tak dengar khabar cerita. Tup tup, tanggal 11 Januari 2014 aku dapat satu email daripada wakil ZALORA. Dalam email tu dia menjemput semua blogger yang telah hantar penyertaan untuk contest hari tu datang makan malam bersama Managing Director, Giulio Xiloyannis dan Marketing Director, Luca Barberis. Kemain! Dan malam tu jugak senarai nama pemenang akan diumumkan.

Aku tak tahu nak pakai apa sebab dalam email tu takde dinyatakan kod pakaian. Dan boleh pulak aku tak reply email tu tanya pasal kod pakaian? Nampak bijak sungguh di situ. Last last? Lantak la. Aku bantai pakai cincai boncai bagai si luncak naik kapcai. Mula la tu nak merepek?

Bertolak lepas jam 5 petang, aku sampai dalam jam 7 petang. Alhamdulillah. Perjalanan aku hari tu dipermudahkan. Kanan kiri atas bawah semua mengalami kesesakan lalu lintas. Tapi? Jalan yang aku lalu takde sekilometer pun mengalami kesesakan lalu lintas! Terima kasih kepada waze, salah satu application wajib ada dalam setiap smartphone di muka bumi ni. Sampai jugak aku kat tempat dituju, The Ciao Ristorante.

Sampai sampai je, aku dan kakak sepupu aku, Kak Zura, disapa mesra oleh orang-orang kuat Zalora. Managing Director dia kemain peramah. Terseliuh lidah aku melayan soalan-soalan dia. Maklum je la, semua kat situ jenis speaking london. Kalau aku tahu kena speaking london malam tu, sebelum bertolak tu aku celup lidah aku dengan cheese sejam dua. Kbai.






Alhamdulillah. Kenyang gila makan malam tu, daripada appetizer sampai la ke dessert. Tengok portion macam sikit je. Tapi lepas kenyang macam makan nasi dua kawah. Melebih-lebih nampak? Lepas makan? Tiba la masa yang ditunggu-tunggu, pengumuman pemenang-pemenang contest "Write Your Way To Style" ni. ZALORA. Second runner-up? Bukan aku. First runner-up? Bukan aku jugak. Lepas tu dah kata dalam hati, takde rezeki dah kot. Grand prize winner? Aku? Serious? Ya Allah! Terima kasih atas rezeki ni. Memang masa tu menggigil-gigil tangan nak pergi ke depan.





 



Aku salute dengan usaha dan semangat ZALORA ni. Dorang bukan jemput para pemenang je tapi semua blogger yang join contest ni. Biarpun ada yang tak bawa balik hadiah kemenangan, tapi sekurang-kurangnya perut masing-masing kenyang. Untung la kan? Sebelum balik, kita ambil gambar sebagai kenang-kenangan. Tak lupa jugak nanti nak update kat blog tercinta ni. Anyways, gambar-gambar semua ni adalah ihsan daripada dua orang jurufoto hebat daripada ZALORA. Till the next entry, take a good care of yourselves!



potpetpotpet: Tolong buat contest macam ni lagi boleh tak?

Rabu, 15 Januari 2014

Dulu Tingkatan 1, Sekarang Tingkatan 4!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Ada masanya peluang tu datang pada waktu kita belum bersedia. Dan itu la yang terjadi pada aku baru-baru ni. Adeh. Cikgu sekolah lama aku mintak tolong bagi talk sikit untuk pustakawan-pustakawan sekolah tu. Bila? Hari Sabtu 11 Januari hari tu. Dan masa tu aku memang betul-betul tengah sibuk dengan orientasi kat tempat kerja aku pulak tu, celah mana aku nak curi masa? Bayangkan aku balik jam 2 pagi lepas tu jam 10 pagi tu dah kena bagi talk? Memang tak sempat nak sediakan apa-apa. Errr... Sebenarnya? Tak larat! Haha!


Tapi aku gagahkan jugak. Aku tahu aku tak dapat nak bagi talk sepenuhnya sebab aku memang tak sempat nak sediakan slide pun. Jadi, aku putuskan untuk buat latihan dalam kumpulan je. Nasib baik bilangan peserta tak ramai, kira-kira dalam 30 orang. Masa pun tak lama, cuma dua jam diberikan. Hari tu kami cuma sempat buat satu latihan dalam kumpulan. Tak sangka dua jam sekarang dah macam dua puluh minit je. Nampaknya, aku kena datang lagi untuk latihan dalam kumpulan yang seterusnya. Eh?

Alhamdulillah. Semua berjalan dengan lancar. Tak sangka pulak ada antara dorang tu bekas murid-murid aku dulu. Aku ajar dorang Sains dulu. Masa aku ajar dorang, tak silap aku masa tu dorang masih budak-budak hingusan lagi, baru tingkatan satu. Sekarang? Dah tingkatan empat! Haaa... Faham tak itu tandanya apa?


potpetpotpet: Tua mengejar kita. Jadi? Kita lari laju-laju!

Isnin, 30 Disember 2013

Bercuti 4 Hari 3 Malam Di Teluk Batik, Perak?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Gambar hiasan. Haha!

10, 11, 12 dan 13 Disember yang lepas aku gi Teluk Batik, Lumut, Perak. Bercuti ke? Bercuti la sangat! Aku ada kursus kat situ. Dah nama pun saya yang menurut perintah kan? Tapi paling sedih sebab kursus tu tak dapat nak masuk dalam penilaian prestasi aku sebab dah hantar awal Disember hari tu. Kecewa! Empat hari kot! Takpe la. Takde rezeki namanya tu. *lari lepas tu lompat atas katil kemudian tekap muka kat bantal*

Bunga pun boleh layu dengan bau kaki.

Aku tak pernah sampai lagi kat Lumut ni. Jadi, aku tak tahu nak jangka macam mana perjalanan dia. Tak sangka lepas keluar tol tu jalan sesak kemain. Dah kenapa ni? Hampir sejam jugak nak lepas daripada kesesakan tu. Bontot pun dah bentuk segi empat tepat.

Tak boleh ke korang lalu jalan lain? Sibuk je nak ikut aku lalu jalan ni.

Ni first time aku sampai kat Teluk Batik. Excited kot? Nama je warganegara Malaysia tapi banyak lagi tempat dalam Malaysia ni aku tak sempat nak jejakkan kaki. Rasa berterima kasih jugak la dapat pergi kursus ni. Sekurang-kurangnya dapat mencemar dulang kat Teluk Batik ni. Tak mampu nak mencemar duli. Jadi? Mencemar dulang pun boleh.

Sejuk mata memandang, sejuk lagi ais batu campur.

Tingkap sebelah katil aku. Kemain tak?

Lauk lagi banyak daripada nasi.

Cantik jugak kawasan persekitaran kat situ. Keliling dia penuh dengan pokok hijau. Gila kau tak tenang bangun pagi dapat sedut udara segar bugar kat situ? Kentut pun langsung tak berbau sepanjang kursus kat situ. Nampak tak betapa aku menipu di situ? Dan aku antara peserta yang terawal sampai. Bila melangkah masuk dalam bilik, takde orang lagi. Jadi? Aku dapat pilih bilik utama yang menghadap Pulau Pangkor pulak tu siap ada bilik air sendiri! Syukur.

Menikmati pemandangan daripada balkoni bilik.


Kursus ni pasal pengaplikasian Hypno-NLP untuk tenaga pengajar. Kursus ni bertujuan membantu meningkatkan lagi mutu dan tahap profesionalisme tenaga pengajar kat JTM ni. For me, it’s a new thing. Banyak faedah dan kelebihan yang aku dapat daripada kursus ni. Kalau kita tidak berfikiran terbuka dan berlapang dada, memang sia-sia je la kita datang kursus ni. Jadi, apa guna kita datang kursus yang bukan sehari dua ni? Ni pun kira majlis ilmu jugak ni.

Muka nak bangga! Sijil je pun.

Mujhse dosti karoge? Faham tak?

Alhamdulillah. Pejam celik pejam celik? Kursus pun tamat. Tambah lagi satu sijil dalam hidup aku. Lepas ni boleh la aku hipnosis budak budak ni supaya dengar cakap aku. Haha! Ingat senang macam tu ke? Takpe la. At least dapat tambah pengetahuan sedia ada, dapat perbaiki dan pertingkatkan lagi mutu perkhidmatan. Dengan harapan tahun depan boleh dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang la? Kau baru setahun jagung dik. Sedar diri boleh tak? Haha!

Gambar keluarga bahagia pun boleh.

Rambang mata! Kalau ikut nafsu macam nak beli semua je.


potpetpotpet : Takde ke kursus kat Bali ke kat Korea ke kat Paris ke?

Khamis, 5 Disember 2013

Cara Ayah Melayan Kerenah Anak

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Tahan nafas supaya perut nampak lebih kempis.

Dah macam bapak orang dah bawak budak-budak ni pergi tengok wayang. Ni first time aku tengok wayang dengan Husna. Sebelum ni asyik tengok wayang dengan kawan-kawan je. So, kali ni apa salahnya aku tengok dengan adik bongsu aku sorang ni. Filem apa lagi yang sesuai dengan budak-budak sekarang ni? Sah sah la filem animasi terbaru daripada Disney, Frozen.

Tengok wayang macam pergi berkelah ramainya.

Siapa ajar selfie ni?

Ke aku yang dah tua sebenarnya?

Filem ni kat IMDb dapat rating 8.1 daripada 10 bintang. Kemain! Memang filem ni seronok ditonton apatah lagi dengan budak-budak macam Husna tu. Tapi aku tak berapa puas hati dengan jalan cerita dia yang terlalu ringkas. Lawak dia pun tak berapa menjadi. Memang sesuai la dengan budak-budak yang belum baligh lagi. Boleh macam tu? Ke sebab aku yang dah tua sebenarnya? Haha! Dah nama pun filem animasi pulak tu daripada Disney? Nak harapkan macam mana lagi? Layankan je la. Babak sedih dia pun pada aku tak berapa menjentik perasaan macam dalam filem The Croods. Pada pendapat aku, The Croods adalah filem animasi terbaik untuk tahun 2013 ni.

Kemain seronok!

Tumpang lip lap lip lap pokok ni.

Dua kali.

Aku tengok dua kali filem Hunger Games ni! Haha! Punya la obses dengan Jennifer Lawrence. Eh takde la obses pun. Kali pertama hari tu tengok dengan kawan-kawan. Kali ni tengok dengan adik aku dengan sepupu aku. Kitorang baru balik daripada KL hantar adik aku yang sorang lagi tu balik UKM. On the way balik tu singgah la Seremban kejap. Nana dengan Kak Zura tak tengok lagi filem tu. Aku plan nak tengok filem lain tapi tak jadi sebab filem-filem yang ada semua macam membazirkan duit aku je kalau aku tengok. Last last aku ambil keputusan tengok Hunger Games untuk kali yang kedua. Tak pulak rasa membazir tengok dua kali filem yang sama? Bijak tak aku? =_="

Future dentist kat tengah-tengah tu.

Sebelum balik kita pose depan kereta aku yang baru lepas basuh ni dan kemudian hujan pun turun dengan lebatnya.



potpetpotpet : Ada masa kita menang, ada masa kita belajar. Takde istilah kalah.

Khamis, 28 November 2013

Shila Amzah Balas Hizami Li Selepas Johan As'ari Lamar Lana Nordin?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Sekarang tengah hangat pasal Johan As'ari lamar Lana Nordin selepas 3 hari keluar makan bersama. Kadang kadang yang bising tu sebab dorang tak dapat tapi Lana Nordin yang dapat. Eh? Ke sepatutnya ayat tu sebab dorang tak dapat tapi Johan As'ari yang dapat? Haha! Bergurau je bro. Aku rasa isu ni takkan jadi hangat macam ni kalau takde Shila Amzah dalam cerita dorang.

Okay. Enough pasal Johan As'ari dengan Lana Nordin. Sekarang nak cerita pasal Shila Amzah dengan Hizami Li. Over tak? Haha! Takde la. Saje nak abadikan komen yang Shila Amzah balas kat instagram dia tadi. Dia ada upload gambar kat instagram dia macam biasa tapi caption tu faham faham je la ada kaitan dengan apa kan? Aku pulak gatal tangan pergi komen kat gambar dia tu. Tak silap aku tu first time kot aku komen kat instagram dia. Berdarah hidung tengok Shila Amzah komen kemain panjang! Komen yang aku dapat lebih panjang daripada komen orang lain. Mesti dorang jealous aku dapat komen panjang macam tu kan? Kbai.



potpetpotpet : Mesti rasa macam membazir masa je baca entri ni kan? Haha!

Selasa, 26 November 2013

Gaya Wak Doyok Inspirasi Lelaki Hari Ini?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Dah lama tak join contest semenjak dua menjak dunia blog ni dah sejuk beku. Haha! Siapa sangka kali ni ZALORA ada menganjurkan contest. Senang je contest ni. Kita cuma kena tulis gaya dan fesyen kita je. Tak perlu keluarkan duit, tak perlu keluarkan peluh, tak perlu keluarkan pisau, tak perlu keluarkan suara, cuma perlu keluarkan idea je. Mudah kan?

Nampak tak betapa menggiurkan hadiah utama dia?

Ambil kesempatan.

Mentang mentang nama Wak Doyok tengah famous sekarang ni, kena la ambil kesempatan guna nama dia. Haha! Takde la. Sebenarnya aku admire Wak Doyok ni. Misai kemain lentik, jambang pun tak nak kalah, kalau boleh satu muka tu nak tutup dengan jambang. Bukan setakat tu je, aku suka tengok gaya dan style yang dia ketengahkan.

Aku takde jambang. Aku cuma ada misai dan janggut je. Tapi so far aku cuma biarkan janggut je panjang. Misai tu tunggu aku cecah usia 30-an.

Apa style yang aku pilih?

Untuk contest ni, aku kena pilih pakaian daripada jenama River Island dan kemudian ciptakan style tersendiri. Eh, pernah dengar pasal River Island? For your information, River Island ni merupakan salah satu nama yang besar dalam industri fesyen bukan je di UK, malahan Ireland, Timur Tengah, Eropah dan tidak lupa jugak Asia. Kagum tak?

Untuk baju, aku pilih kemeja lengan pendek warna merah. Kenapa merah? Professor Andrew Elliot daripada University of Rochester melalui kajiannya mendapati bahawa perempuan lebih tertarik dengan lelaki yang memakai baju yang berwarna merah. So? Rugi la kalau kita tak pakai baju warna merah! Haha! Selain tu, baju warna merah jugak melambangkan keberanian si pemakai.

Merah ni tak pekat mana pun. Jangan risau, lembu tak kejar punya.

Ada ke pakaian yang lebih maskulin daripada blazer? Takde kan? Bila nak pakai blazer, kita kena pastikan blazer tu sesuai dengan pakaian kita yang lain. Tak boleh main hentam je. Blazer ni dipadankan dengan seluar jeans untuk nampak lebih kasual tapi masih dapat memberikan sentuhan academic look.

Ni kena pakai sebab Wak Doyok selalu sangat pakai blazer. Jangan tak tahu, bila pakai blazer ni, secara tak langsung si pemakai tampak lebih classy dan duit pun nampak macam banyak je. Kbai.

Dipadankan dengan seluar skinny jeans.

Seterusnya, aku pilih kasut brogue berwarna coklat. Kenapa kasut brogue? Kerana sesuai dengan seluar skinny jeans tadi. Dan kenapa warna coklat? Supaya tidak terlalu menonjol di samping dapat masuk dengan hampir semua jenis gaya. Kasut brogue berwarna coklat ni dijamin dapat menjadikan penampilan kita tampak lebih smart dan tidak terlalu kasual.

Handsome tak kasut brogue ni?

Sebagai pelengkap gaya, aku pilih tali pinggang dan jam tangan berwarna coklat. Ni penting untuk melengkapkan style aku supaya tidak bosan, kosong dan hambar.

Tali pinggang kulit berwarna coklat dan mempunyai jalinan ni menjadi pilihan.

Jam tangan sebagai pelengkap style ni.

Based on apa yang aku dah pilih kat atas ni, aku berjaya mengilhamkan dua style yang sama tapi tak serupa. Boleh macam tu? Style yang pertama ialah Hassan. Hassan menampilkan ciri "young academic look". Memadankan kemeja lengan pendek berwarna merah dengan seluar skinny jeans, Hassan tidak mahu kelihatan terlalu formal. Bagi menonjolkan sisi yang lebih matang dan maskulin, Hassan melengkapkan penampilannya dengan memakai blazer. Blazer ni bertujuan meningkatkan keyakinan diri Hassan bila berhadapan dengan orang.

Wak Doyok mesti jealous tengok ni.

Style yang kedua ialah Haydar. Haydar pulak menampilkan ciri "sharp dashing look". Haydar merupakan seorang lelaki yang yakin dan tahu apa yang dia mahukan. Haydar tidak memerlukan blazer seperti mana Hassan kerana Haydar gemarkan penampilan yang lebih ringkas dan kemas. Bagi Haydar, semakin besar bahagian kulitnya ditutup dengan pakaian, semakin rendah daya tarikannya.

Simple tapi penuh gaya.

Order hari ni, dapat semalam.

Aku merupakan pelanggan ZALORA yang amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang telah diberikan. Order hari ni, dapat semalam. Over tak? Haha! Takde la sampai macam tu sekali. Paling cepat sehari, paling lambat pun dua hari. Setakat ni order aku sampai tak pernah lebih daripada tiga hari. Rezeki aku kot? Alhamdulillah. Aku memang takde masalah langsung dengan ZALORA. Kepada sesiapa yang takde pengalaman lagi dengan ZALORA, boleh la klik WWW.ZALORA.COM.MY untuk menjimatkan minyak kereta minggu ni.

Sebahagian daripada kemeja, seluar dan kasut yang aku dapatkan di ZALORA.


potpetpotpet : Fashion fades, only style remains the same.

Isnin, 25 November 2013

Bahagia Luangkan Masa Bersama Keluarga

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Makan besar?

10 November iaitu pada hari Ahad dua mingu yang lepas kami sekeluarga telah makan besar kat Kenny Rogers Roasters. Ada tiga sebab kenapa kami makan besar hari tu. Sebab yang pertama? Meraikan tamatnya pengajian Bob dan Nana. Sebab yang kedua? Meraikan ulang tahun kelahiran Ika yang ke-21 pada tanggal 1 November lepas. Nampak tak berapa hari dah tu? Dan sebab yang ketiga? Husna dapat nombor dua dalam kelas dia. Alhamdulillah.

Bukan senang nak dapat kumpul ramai ramai lengkap macam ni. Aku ni takpe la. Dah kerja pun kat belakang rumah je. *tiup kuku* Bob dah kerja kat Bangsar, Ika belajar kat Kuantan, Adik pulak belajar kat Bangi, Nana je tanam anggur kat belakang rumah. So ni je la masa yang dapat kita gunakan untuk meraikan apa-apa yang patut.

Rezeki hari tu. Alhamdulillah. Bukan selalu makan sini.
 
Outfit of that day.

Kebas pungung!

Hari Selasa 19 November hari tu aku ambil cuti rehat sebab nak pergi konvokesyen Nana. Nana punya sidang ni sidang ke-17, sidang terakhir kau! Sampai kat UITM Shah Alam lebih kurang jam 12 tengahari. Lepas tu nak tunggu Nana masuk Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) tu dah jam 1 petang. Bila Nana dah masuk aku ingatkan dapat la habiskan masa jalan jalan sekitar situ tapi apakan daya hujan turun kemain lebat. Duduk la aku kat tangga tu. Kebas pungung aku duduk lama-lama sampai aku berdiri aku macam rasa punggung aku masih melekat kat tangga tu. Boleh macam tu? Haha!

Nana kuar nak dekat jam 5 petang kot? Lepas tu dia sibuk nak bergambar lagi, nak ucap tahniah lagi, nak bagi bunga lagi, nak jumpa macam macam orang lagi, nak pulang jubah lagi, last last jam 7 malam baru dapat balik. Tak pasal pasal kemek dah punggung aku sekarang.


Sebelum Nana masuk dewan.

Kasut kegemaran.

Cuba cari Husna kat mana.

Jambangan bunga merah merah mak ngah.

Siapa yang baru je konvo tu aku nak ucapkan tahniah dan selamat datang ke dunia sebenar. Tak dilupakan jugak selamat mencari kerja yang setaraf dan selari dengan kelulusan korang. Aku ada ramai kawan yang sekarang bekerja lari daripada ijazah yang tergantung kat dinding rumah masing masing. Sebenarnya hidup ni kita diberikan banyak peluang. Tapi terpulang kat kita nak ambil peluang yang mana satu atau tak nak ambil satu pun. Anyways, good luck!


potpetpotpet : Pengalaman ialah cikgu yang tidak akan beritahu apa yang kita akan belajar selepas ni.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com