Selasa, 14 Mac 2017

Beauty & The Beast | Lulus Tayangan, Diklasifikasikan P13

Salam.

Berita baik! Lembaga Penapisan Filem (LPF) dah meluluskan tayangan filem Beauty & The Beast dengan suntingan minor pada babak gay yang menimbulkan kontroversi semalam. Babak apa la tu kan? Teruk sangat ke? Takkan hari ni nak ditayangkan baru semalam LPF ni nak tapis? Ke aku yang tak faham tugas LPF? Haha! Rupanya bukan kehendak LPF tapi kehendak penerbit filem ni sendiri. LPF sebenarnya dah luluskan filem tu pun. Tapi atas kehendak penerbit, LPF telah memotong beberapa babak dan tiada masalah untuk meluluskan filem Beauty & The Beast ni. Dan filem ni telah diklasifikasikan sebagai P13. Tapi tarikh tayangan filem ini bukan ditentukan oleh LPF. Jadi tak tahu bila filem ni akan ditayangkan. Menurut Utusan, dijangka 30 Mac ni. Nak tak nak kena la tunggu lagi ye pengumuman rasmi daripada penerbit filem ni.


Sumber: Utusan The Star

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah. Ramai jugak yang kondemn pasal perkara ini dekat twitter.

    http//:www.aerillhassan.com

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com