Salam.
Setakat ni aku dah berenang kat tiga lokasi infinity pool yang berbeza. Satu di Kuantan, satu di Kuala Lumpur dan satu di Melaka. Kejap kejap kejap. Apa pulak infinity pool ni? Infinity pool ni adalah swimming pool yang direka khas supaya memberi gambaran seperti bersambung dengan laut atau persekitaran sekeliling. Kebanyakan infinity pool terletak kat tingkat atas atau kedudukan yang lebih tinggi. Ye la. Senang nak bagi nampak kesan bersambung tu.
Apa yang menarik pasal infinity pool ni? Haaa... Sah sah la sebab gambar yang cantik! Haha! Antara niat utama nak berenang kat infinity pool ni pun sebab nak tangkap gambar yang cantik selain daripada menikmati pemandangan kat sekitar tu. Ye la sebab ada infinity pool yang berlatarkan laut, ada yang berlatarkan sungai, ada yang berlatarkan hutan, ada yang berlatarkan menara, ada yang berlatarkan bangunan dan macam macam lagi la.
|
Mangala Resort & Spa, Kuantan |
|
Regalia Residence, Kuala Lumpur |
|
The Seascape, Hatten City, Melaka |
Antara tiga tiga lokasi infinity pool ni, mana yang paling cantik? Well, tiga tiga lokasi ni memang berbeza. Mangala Resort & Spa tu berlatarkan sungai dan hutan, Regalia Residence pulak berlatarkan Menara KL dan KLCC, manakala, The Seascape berlatarkan laut, rumah dan bangunan. Personally aku suka infinity pool kat Mangala Resort & Spa tu sebab menghadap hutan. Rasa macam tengah mandi sungai, tenang je rasa. Well... Nak buat macam mana, aku memang ada soft spot untuk hutan ni. Jadi aku akan berat sebelah sikit.
Dah alang alang tu, jom kita tengok tengok antara infinity pool yang cantik, menarik dan unik. Mana la tahu kalau kalau ada rezeki lebih kita boleh berenang kat situ pulak. Tak salah kan berangan? Silap silap jadi kenyataan! Dah jadi kenyataan nanti, jangan lupa ajak aku pulak.
|
Four Seasons Safari Lodge Serengeti, Tanzania |
|
Grace Santorini, Greece |
|
Marina Bay Sands Hotel and Casino, Singapore |
|
Golden Triangle Resort, Chiang Rai, Thailand |
|
Hotel Villa Mahal, Turkey |
|
Rangali Island, Maldives |
|
The St. Regis Princeville Resort, Kauai |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan