Isnin, 17 April 2017

Mendaki Bukit Batu Chondong (BBC), Kemensah

Salam.


Pernah dengar Bukit Batu Chondong? Aku dan kawan-kawan yang lain tak pernah dengar sebelum ni. Bukit Batu Chondong atau BBC terletak di Kemensah, kat belakang Zoo Negara. Macam mana nak ke sana? Search "Bukit Batu Chondong" kat Waze nanti sampai la kat situ. Lepas panjat Bukit Gasing hari tu, kami agak teruja untuk panjat bukit atau gunung yang seterusnya. Last last, Apam cadangkan Bukit Batu Chondong sebab tak terlalu tinggi dan pemandangan yang cantik. Ya. Faham faham je la kami ni budak baru belajar. Takkan nak terus panjat Gunung Everest kot? Stamina aku pun ke laut. Lain la kawan-kawan aku yang lain tu, semua stamina macam kuda, terutamanya Afizal. Camtuh.




Kami plan berkumpul kat entrance Bukit Batu Chondong dalam jam 6:30 pagi. Konon nak tengok matahari terbit kat puncak bukit tu la. Sekali? Semua sampai lebih kurang jam 7 pagi. Dah terang benderang pun masa tu. Tiada makna nak tengok matahari terbit! Haha! Kami mula panjat sekitar jam 8:30 pagi sebab ada yang terlambat sikit hari tu. Ehem ehem ehem. Kan Nisa Kay?

Alhamdulillah. Misi untuk menawan Bukit Batu Chondong bermula sekitar jam 8:30 pagi dan kami tiba di puncak lebih kurang jam 9:00 pagi. Cuma ada satu halangan yang agak mencabar untuk kami lepasi sebelum sampai ke puncak. Memang kena bergantung dan berpaut pada tali semata-mata sebab curam. Nak tak nak, kena paksa diri untuk lepas halangan tu. Kalau tak, rugi la tak dapat sampai ke puncak. Tak dapat nak update instagram, facebook, twitter dan juga blog. Haha! Banyaknya nak kena update ni. 












Sejam juga kami habiskan masa kat atas puncak tu. Tak puas bergambar! Walaupun gambar lebih kurang sama je, nak juga ambil gambar seratus lima puluh juta kali. Lantak la. Selagi masih ada space dalam phone tu, selagi itu kita ambil gambar. Lepas dah puas bergambar, kami mula turun sekitar jam 10 pagi. Agak curam juga masa nak turun tu. Kena lebih berhati-hati kerana keadaan track yang lembap dan licin.

Trivia Bukit Batu Chondong
  • Tak ramai orang berbanding Bukit Gasing. Jadi ruang dan peluang untuk bergambar lebih bebas.
  • Track agak licin kerana mungkin hujan pada malam sebelumnya.
  • Ada beberapa puncak kat situ. Setiap puncak disediakan papan tanda bertulis Bukit Batu Chondong.
  • Sangat sesuai untuk menyaksikan pemandangan matahari terbit dan matahari terbenam.
  • Parking kereta di kawasan parking untuk ATV Adventure Ride Park kat situ.
  • Masa untuk naik lebih kurang 30 minit dan masa untuk turun pun lebih kurang 30 minit. Jumlah masa untuk naik dan turun? Lebih kurang 60 minit. 




Seterusnya? Ada cadangan bukit atau gunung yang mana?

4 ulasan:

  1. hahahah heyyy sempattttttt caruts sis! hahahah!

    BalasPadam
  2. Tanpa NamaJun 17, 2017

    Bukit kutu boekk boss...dh mcm pnjt gunung

    BalasPadam
  3. Klo smpai b4 subuh..ade x surau dkat situ?
    Nk msok ade byrn ke..tq

    BalasPadam
  4. Try gunung Nuang & gunung Datuk..mmg best..👍

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com