Selepas aktiviti mendaki Bukit Gasing hari tu, kami singgah sarapan di Raj's Banana Leaf yang terletak tak jauh dari situ. Habis sesi membakar lemak, kita tambah semula lemak yang terbakar tadi. Bijak tak? Haha! Sampai je kat situ, kami terus order. Aku order roti tampal dengan air suam. Nampak tak air suam? Haaa... Nak bagitahu yang aku jaga gula tapi tak jaga kalori.
Pada pendapat aku, keistimewaan Raj's Banana Leaf ni hanya terletak pada daun pisang semata-mata. Selain daripada itu, aku tak nampak kat mana. Mungkin makanan yang aku order tu bukan forte atau signature Raj's Banana Leaf ni, tapi aku bagi pandangan berdasarkan apa yang aku makan je la. Ada kemungkinan makanan yang lain lebih sedap dan menjilat jari berbanding apa yang aku order hari tu. Tak mustahil kan?
Antara kekurangan Raj's Banana Leaf ni:
- Order dah diambil pada awalnya. Tapi bila nak hantar makanan kat meja, waiter tanya lagi apa yang kami dah order tadi. Lepas tu siap bawa makanan yang kami tak order kat meja kami. Mungkin lepas ni dah boleh pastikan urusan menghantar makanan dan minuman agar lebih teratur.
- Ambil masa yang agak lama untuk siapkan order. Makanan dah sejuk baru hantar kat meja kami. Nak makan pun dah kurang nikmat sebab dah sejuk. Nasib tak dihantar yang sejuk beku, mungkin masak sendiri kat rumah? Haha!
- Aku order satu roti tampal. Tapi dihantar satu roti tampal dan satu roti kosong. Katanya tak cukup satu. Aduhai. Aku yang makan ke kau yang makan? Sabar je la. Aku pun pasrah makan kedua-dua roti tu. Haha!
- Rasa roti tampal dan roti kosong kat sini tiada yang istimewa pun. Kuning telur roti tampal tu pun tak cair. Kecewa. Tapi mungkin salah aku tak cakap nak telur tu setengah masak je. Mana boleh suka hati anggap dia masak setengah masak kan? Haha!
Raj's Banana Leaf. Sumber di sini |
Raj's Banana Leaf ni ada sediakan beberapa jenis kuah yang kita boleh tuang tanpa had kat makanan kita. Ada kuah kari, kuah dal, kuah ayam, kuah ikan dan sebagainya. Tapi tu pun tak membantu menambahkan selera kalau makanan dia kurang sedap. Apa apa pun, alhamdulillah dapat makan. Camtuh. Untuk datang lagi? Mungkin tidak. Cukup la dah rasa dan dah dapat makan atas daun pisang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan