Selasa, 4 April 2017

Cara Atasi Bibir Kering & Mengelupas Dengan Berus Gigi

Salam.

Siapa sangka dengan hanya menggunakan berus gigi, kita boleh mendapatkan bibir yang lebih lembut dan gebu! Sekiranya korang memiliki bibir yang kering, mengelupas dan gelap, korang boleh cuba tips yang mudah dan senang ni.

Sumber di sini.

Langkah-langkah atasi bibir kering, mengelupas dan gelap dengan menggunakan berus gigi:
  1. Sapukan sedikit lip balm atau vaseline pada berus gigi. Gunakan berus gigi jenis lembut (soft). Selain lip balm atau vaseline, boleh gunakan campuran gula dan madu atau kalau terlebih rajin boleh gunakan campuran aloe vera, coconut oil dan vaseline.
  2. Gosokkan berus gigi tadi pada bibir dengan lembut dan perlahan.
  3. Bilas dengan air suam dan lapkan dengan tuala bersih.
  4. Lakukan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu untuk mendapatkan kesan yang optimum. Disyorkan dilakukan pada waktu malam sebelum masuk tidur. 

Langkah menggosokkan berus gigi pada bibir sebenarnya menyingkiran sel-sel kulit mati daripada bibir. Jadi? Apa tunggu lagi? Cubalah! Jangan guna berus jamban dah la ye. Sumber di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com