Jumaat, 28 April 2017

Lirik Lagu Siti Nurhaliza - Segala Perasaan

Salam.


Lagu terbaharu Dato' Siti Nurhaliza bertajuk Segala Perasaan dah boleh dilanggani di semua digital platform. Dah boleh dapatkan lagu Segala Perasaan di iTunes atau dengarkan di Apple Music, Spotify, Joox dan lain-lain aplikasi yang berkaitan.  Dikhabarkan lagu ini adalah single pertama untuk album penuh Dato' Siti Nurhaliza yang menggunakan judul SimetriSiti dan dijangkakan akan berada di pasaran pada 10 Mei 2017 ini. Haaa... Tak sabar kan? Tak lama lagi tu. Cover yang digunakan untuk single Segala Perasaan ini pula dikatakan adalah cover album untuk SimetriSiti.

Lirik Lagu Siti Nurhaliza - Segala Perasaan

Ketika cinta telah bersarang
Taklukan dua manusia untuk hanyut dalam rasa

Dan rindu datang setiap saat
Seolah tak mengizinkan sedetik untuk berpisah

Dan kini aku di sini
Merasakan segala keindahan dirimu
Menutup mata atas kelemahanmu
Ku melihatmu sempurna
Tak terungkap kata

Hilanglah kenangan luka
Tergantikan cerita yang berkisahkan cinta
Dan memberi harapan untuk kita berdua
Saling menjaga dan setia
Untuk selamanya

Tak sanggup aku melawan rasa
Segala perasaan memang ku jatuh cinta
Dan kini hanyalah untuk dirimu
Persembahan untukmu
Dirimu kekasihku

Merasakan segala perasaan cintaku
Di dalam pengabdian seumur hidupku
Saling menjaga dan setia
Saling menjaga dan setia
Selamanya

Ketika cinta telah bersarang
Taklukan dua manusia untuk hanyut dalam rasa

3 ulasan:

  1. Cepatlah kuar.... Nk borong satu...

    BalasPadam
  2. Walaupun dah setahun...semakin hari semakin sedap didengar..

    BalasPadam
  3. Semakin hari semakin sedap didengar...walaupun dah setahun..

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com