Khamis, 11 Mei 2017

Lirik Lagu Siti Nurhaliza - Bersandar Cinta

Salam.

Sumber gambar: DI SINI

Lagu Bersandar Cinta adalah merupakan track pertama dalam album terbaharu Dato' Siti Nurhaliza yang berjudul SimetriSiti. Khabarnya lagu tersebut akan dikeluarkan sebagai single kedua selepas Segala Perasaan. Dan muzik video lagu tu pun katanya dah siap. Tak sabar kan? Sebagai penyanyi nombor 1 kat Malaysia ni, semua pihak tertunggu tunggu dan mengharapkan yang terbaik daripada Dato' Siti Nurhaliza. 

Lirik Lagu Dato' Siti Nurhaliza - Bersandar Cinta

Tak ku di sini sebagai aku
kalau bukan keranamu
Tak ku kecapi limpah kurniaan
semata upayaku

Terima kasih ku ucap
dari lubuk hati terdalam

Setiap irama lagu
serta baris bait
moga jadi azimat

Setiap liuk jejari
setiap gemalai tarianku persembahkan
semuanya bersandar kepada cinta

Jika kau sepi ku ingin jadi
melodi yang bererti
Kalau kau bahagia biar ku jadi
penyeri duniamu

Terima kasih ku ucap
dari lubuk hati terdalam

Setiap irama lagu
serta baris bait
moga jadi azimat

Setiap liuk jejari
setiap gemalai tarianku persembahkan
semuanya bersandar kepada cinta

Lirik Lagu Siti Nurhaliza & Judika - Kisah Ku Inginkan

Salam.


Untuk album SimetriSiti, Dato' Siti Nurhaliza telah merakamkan satu lagu duet bersama Judika berjudul Kisah Ku Inginkan. Aku dah la peminat Judika ni. Nak buat macam mana, suara aku pun dah lebih kurang Judika sikit. Haha! Matilah angkat bakul guling guling ke hulu, berenang renang ke tepian. Sejujurnya lagu ni la yang paling aku tunggu tunggu sebab aku tahu ada Judika. Tapi bukan aku je, aku rasa ramai juga peminat-peminat Dato' Siti Nurhaliza yang rasa lagu ni antara yang terbaik dalam album terbaharu ini. Di sini aku kongsikan bait-bait lirik lagu Kisah Ku Inginkan.

Lirik Lagu Dato' Siti Nurhaliza & Judika - Kisah Ku Inginkan

Telah ku tentukan arah
yang akan ku tempuh di sisa hidupku
karna telah ku temukan
kisah yang ku inginkan dan ku impikan

Sudah ku tambatkan hati
yang selama ini belayar tak pasti
kini telah ku temui
kasih yang aku cari cinta yang pasti

Berakhir sudah pencarian jalan cinta
berlabuh di ikatan suci kita
berhenti sudah keresahan dalam jiwa
kini

Aku dan kamu tak terbatas oleh waktu
tak terlarang tuk menyatu
karna kau rasmi milikku

Kita akan menjaga
janji suci yang telah terikrar
dan saling setia selamanya

Berakhir sudah pencarian jalan cinta
berlabuh di ikatan suci kita
berhenti sudah keresahan dalam jiwa
kini

Aku dan kamu tak terbatas oleh waktu
tak terlarang tuk menyatu
karna kau rasmi milikku

Kita akan menjaga
janji suci yang telah terikrar
dan saling setia selamanya

Aku dan kamu tak terbatas oleh waktu
tak terlarang tuk menyatu
karna aku dan dirimu
dalam ikatan janji suci yang telah terikrar
dan saling setia selamanya

Tetap harus bersama
Meski raga menua
Di dalam cinta selamanya

Dah dengar belum tu? Apa pendapat korang dengan lirik lagu ni?

Selasa, 9 Mei 2017

SimetriSiti Dato' Siti Nurhaliza Mula Dipasarkan Esok!

Salam.

Sumber gambar: DI SINI

Album terbaharu Dato' Siti Nurhaliza yang berjudul SimetriSiti dah mula boleh didapatkan di pasaran bermula pada hari esok, 10 Mei 2017. Sejujurnya aku bukan la peminat nombor satu Dato' Siti Nurhaliza tapi aku tetap tak sabar juga nak dengar lagu-lagu dalam album SimetriSiti ni. Adakah lagu-lagu dalam album kali ni lebih baik daripada album-album sebelumnya? Terutamanya jika dibandingkan dengan album Hadiah Daripada Hati dan All Your Love yang aku rasa agak mengecewakan dari segi pemilihan lagu-lagu dalam kedua-dua album tersebut? Haha!

Ada dua kulit album yang dikeluarkan untuk album SimetriSiti kali ni. Yang pertama kat atas tu dan yang kedua kat bawah ni. Kulit album yang pertama adalah merupakan kulit album rasmi untuk album SimetriSiti manakala kulit album yang kedua pula adalah eksklusif dan khas untuk 300 orang terawal yang menempah album tersebut di Lazada. Jadi mana satu pilihan korang? Kalau aku, aku lebih suka kulit album yang kedua.

Senarai Lagu Dalam SimetriSiti
  1. "Bersandar Cinta" (ciptaan Aubrey Suwito & Ad Samad)
  2. "Penghiburku" bersama Joe Flizzow (ciptaan Siti Nurhaliza)
  3. "Ikrar Cinta" (ciptaan Amirah Ali & Sulu Sarawak)
  4. "Segala Perasaan" (ciptaan Ivan Lahardhika)
  5. "Aku Bukan Malaikat" (ciptaan Opick & Dian)
  6. "Manis Terindah" (ciptaan Aubrey Suwito & Ad Samad)
  7. "Kisahku Inginkan" bersama Judika (ciptaan Ivan Lahardhika)
  8. "Tak Perlu Ragu" (ciptaan Ade Govinda)
  9. "Kau Takdirku" (ciptaan Mohariz Yaakup & Habsah Hassan)
  10. "Hiasi Duniaku" (ciptaan Sid Murshid)

Sumber gambar: DI SINI

Trivia SimetriSiti
  • Album studio ke-17 oleh Dato' Siti Nurhaliza.
  • Diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Productions dan Universal Music Malaysia.
  • Proses rakaman telah bermula pada 7 Mac 2017.
  • Memuatkan 10 buah lagu baharu.
  • Sebanyak 300 lagu telah diterima untuk album ini.
  • Akan berada di pasaran pada 10 Mei 2017.
  • Single pertama bagi album ini berjudul Segala Perasaan yang telah dikeluarkan pada 24 April 2017.
  • Dato' Siti Nurhaliza turut mencipta sebuah lagu berjudul Penghiburku yang dimuatkan dalam album ini.
  • Sebanyak 300 cakera padat album SimetriSiti yang dijual di Lazada telah habis ditempah dalam tempoh 20 minit.

Dah jom nikmati persembahan Dato' Siti Nurhaliza sempena pelancaran album SimetriSiti pada 5 Mei 2017 yang lepas di The Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur kat bawah ni. 

Jumaat, 28 April 2017

Lirik Lagu Siti Nurhaliza - Segala Perasaan

Salam.


Lagu terbaharu Dato' Siti Nurhaliza bertajuk Segala Perasaan dah boleh dilanggani di semua digital platform. Dah boleh dapatkan lagu Segala Perasaan di iTunes atau dengarkan di Apple Music, Spotify, Joox dan lain-lain aplikasi yang berkaitan.  Dikhabarkan lagu ini adalah single pertama untuk album penuh Dato' Siti Nurhaliza yang menggunakan judul SimetriSiti dan dijangkakan akan berada di pasaran pada 10 Mei 2017 ini. Haaa... Tak sabar kan? Tak lama lagi tu. Cover yang digunakan untuk single Segala Perasaan ini pula dikatakan adalah cover album untuk SimetriSiti.

Lirik Lagu Siti Nurhaliza - Segala Perasaan

Ketika cinta telah bersarang
Taklukan dua manusia untuk hanyut dalam rasa

Dan rindu datang setiap saat
Seolah tak mengizinkan sedetik untuk berpisah

Dan kini aku di sini
Merasakan segala keindahan dirimu
Menutup mata atas kelemahanmu
Ku melihatmu sempurna
Tak terungkap kata

Hilanglah kenangan luka
Tergantikan cerita yang berkisahkan cinta
Dan memberi harapan untuk kita berdua
Saling menjaga dan setia
Untuk selamanya

Tak sanggup aku melawan rasa
Segala perasaan memang ku jatuh cinta
Dan kini hanyalah untuk dirimu
Persembahan untukmu
Dirimu kekasihku

Merasakan segala perasaan cintaku
Di dalam pengabdian seumur hidupku
Saling menjaga dan setia
Saling menjaga dan setia
Selamanya

Ketika cinta telah bersarang
Taklukan dua manusia untuk hanyut dalam rasa

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com