Salam.
Kali ni nak kongsikan kata-kata yang pernah aku update kat facebook, twitter dan juga instagram.. Sekadar perkongsian kot kot dapat memberi manfaat kepada yang membacanya. Jadi, aku dengan gigihnya mengumpulkan 20 kata-kata sedia ada. Haaa... Tak mampu lawan Fattah Amin lagi yang ada sampai 99 kata-kata. Takpe. Kumpul sampai 99 kata-kata lepas tu baru aku cuba terbitkan buku ye? Haha! Berangan! Sebenarnya ni bukan kali pertama aku update pasal kata-kata. Sebelum ni aku dah pernah update entri 15 Status Facebook Terbaik! dan (Terbaru) 25 Status Facebook Terbaik! pada tahun 2012 dan 2013. Benda yang sama je, aku kumpulkan kata-kata yang pernah aku kongsikan sebelum ni.
Naaahhh... Sekadar perkongsian dengan harapan hari kita semua akan menjadi lebih baik dan positif walaupun aku sendiri takde la baik dan positif mana pun.
Jangan sekadar bertutur, langkah tidak diatur.
Kita menghakimi orang lain dengan sifat tapi diri kita sendiri dengan niat.
Tiada awan yang terlalu gelap sehingga matahari tiada upaya menghendap.
Seburuk mana pun hari itu, pasti ada tersorok indahnya.
Berbuat baik pada sesiapa, nanti sulit menjengah tiba, datang bantu tanpa diduga.
Kita akan sedar bukan pekiknya lawan tapi diamnya kawan.
Jika kita selalu memberi, kita akan sentiasa memiliki.
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan kawan biasa tercubit.
Sahabat sejati;Tidak bersua sabannya hari,Tiada juga berpanjangan bersama,Dalamnya jiwa hubungan dipatri,Takkan terduga meski selama.
Hitunglah semua nikmat dan perasaan yang tak dapat dibeli dengan duit kerana kekayaan itu bukan diukur semata-mata pada wang ringgit.
Biar berjumpa jarang, mesra tiada kurang.
Jangan berkata "YA" untuk orang lain tapi "TIDAK" untuk diri sendiri.
Mendengarlah untuk memahami dan menghargai, bukan menghakimi atau mengadili.
Lihat kelakuan,Lalu tanyakan,Adakah padan,Digelar teman?
Mengaku salah bukan tanda lemah tapi tanda gagah. Gagah menanggung salah sendiri daripada langsung menuding jari.
Untuk hidup yang lebih gembira,- lebihkan memberi- kurangkan mengharap- jangan terlalu risau- tiada yang kekal selama-lamanya
Jika kita berfikiran positif, kita akan pandangnya sebagai peluang. Tapi jika sebaliknya, jika kita berfikiran negatif, kita akan pandangnya sebagai penghalang.
Kalau kita berani menyindir orang lain, itu bermaksud kita juga harus berani disindir semula. Apa yang bergolek akan datang bergolek.
Tiada penyesalan jika setiap kesilapan menjadi pengajaran.
Sentiasa menghulurkan tangan dan memberikan pertolongan.Siapa tahu mungkin kita satu-satunya yang dapat tolong mereka pada waktu dan ketika itu.
Harap kata-kata kat atas ni tak merepek sangat. Haha!
suka yang last sekali.
BalasPadam