Jumaat, 29 Disember 2017

Pengalaman Ditipu RM20 Ribu Kawan Sendiri Guna Kad Pengenalan & Lesen Memandu

Salam.


Sedih pula baca pengalaman seorang netizen yang jadi mangsa kena tipu RM20 ribu oleh kawan dia sendiri. Bukan kawan yang baru kenal tapi kawan yang dah lama kenal, kawan yang dah 6 tahun duduk serumah. Apa punya perangai lah kawan macam tu? Dia ingat RM20 ribu tu macam 20 sen ke?

Ni aku ringkaskan sikit cerita dia.
  • Mangsa dah duduk serumah dengan kawan dia tu hampir 6 tahun.
  • Dalam diam kawan dia guna dokumen kad pengenalan dan lesen memandu untuk membeli sebuah kereta Perodua Axia second hand.
  • Tapi kawan dia beli kereta tu bukan untuk diri sendiri tapi untuk tunang dia! Gila tak?
  • Mangsa baru tahu semalam bila ada seorang lelaki datang kat rumah cakap dah tujuh bulan tak bayar kereta.
  • Siasat punya siasat, mangsa cuba hubungi kawan dia untuk mendapatkan penjelasan.
  • Kawan dia pun cerita hal yang sebenar - curi salinan kad pengenalan dan lesen memandu serta duit tabung simpanan mangsa sebagai down payment kereta. Jumlah duit tabung simpanan tu mencecah RM4 ribu kot. Aduh!
  • Mangsa juga baru sedar kena tipu bila kawan dia beritahu harga sewa rumah tu RM1600 tapi sebenarnya cuma RM800. Maksudnya mangsa dah bayar RM800 setiap bulan sepanjang duduk berdua dengan kawan dia kat rumah tu sejak 2015.

Jom kita baca kisah dia kat bawah ni.


Rata-rata netizen menyarankan mangsa supaya membuat laporan polis dan ambil tindakan saman. Tak payah nak kesian sangat kawan tu sebab kawan tu langsung takde kesian kat mangsa. Dah lah tipu harga sewa rumah lepas tu curi duit simpanan mangsa untuk down payment kereta. Paling dahsyat? Guna salinan kad pengenalan dan lesen memandu mangsa untuk beli kereta second hand! Hebat betul modus operandi kawan dia tu.


Entah apa lagi yang kawan dia dah tipu dah sebenarnya. Tunjuk sikit muka kawan dia tu! Emosi pula aku tiba tiba. Haha!

Sumber: AchuNadia

Isnin, 18 Disember 2017

Dr Amalina Bakri Jawab Kecaman & Sindiran Di Twitter

Salam.


Dr Amalina Bakri menjawab kecaman dan sindiran yang diterima dengan penuh bergaya! Haaa... Sehingga salah satu akaun twitter yang mengecam dan menyindir tu terus deactivated serta-merta! Telur mana telur? Takkan setakat berani kecam orang je? Tapi tak berani nak berdepan bila kecaman tu dibalas? Sebab apa yang dikata tu betul kan? Haha! Pada pendapat aku, ayat kecaman yang dihamburkan tu tidak berbaur teguran pun. Tapi lebih kepada sindiran yang menghina. Sebaiknya guna bahasa yang lembut dan jangan sindir-menyindir. Jika betul hendak menegur, kenapa perlu sakitkan hati orang lain secara umum? Lepas tu nak bangga diri "at least aku dah tegur kalau kena tanya kat akhirat nanti"? Duhhh...

Mari kita tengok bagaimana Dr Amalina Bakri menjawab kecaman dan sindiran di laman twitter. Berikan tepukan yang gemuruh!


"Rugi rugi belajar jauh jauh jadi macam ni."

"Oh ye ke? Rugi ke? On my night shift today, I operated on 2 people, 1 almost died and 1 almost lost his leg, what did you do today? Watching porn?"

"Bagi pendapat aku lah, apa kena mengena rambut dia dengan kerja yang dia buat tu? Adakah kerja baik sebagai doktor tu mampu bantu dia di sana nanti. Haaa... Tolonglah faham apa yang aku nak sampaikan dalam satu ayat ni."

"Okay so tell me, if you help other people you don't get pahala? And tell me if pahala is based solely on physical appearance? Everyone has their own journey and there's no need for you to dictate who goes to heaven and who goes to hell, God forbid, so focus on yourself , honey."

Aku tidaklah menyokong penampilan Dr Amalina Bakri kerana itu adalah pilihan dia. Tapi aku rasa tidak perlu menjatuhkan air muka dia dengan mengecam dan menyindir sampai macam tu sekali. Jadi aku rasa layaklah dia menjawab kecaman dan sindiran yang dilemparkan tu. Kepada Dr Amalina Bakri, teruskan berbakti kepada dunia dan mengharumkan nama Malaysia dalam dunia perubatan!


Jumaat, 27 Oktober 2017

Gambar Pra Konvokesyen Budak Tadika Yang Comel Jadi Perhatian Netizen

Salam.


Comel tak gambar-gambar pra konvokesyen kat atas tu? Sekarang ni kan tengah musim konvokesyen, ke sana ke sini orang bukan main berkongsi gambar dengan jubah dan topi konvokesyen. Tak kurang jugak ada yang gigih throwback gambar konvokesyen lapan belas tahun yang lepas. Haaa... Bagi memeriahkan suasana, seorang photographer telah memuat naik koleksi gambar pra konvokesyen budak-budak tadika kat laman twitter miliknya. Siapa sangka gambar-gambar pra konvokesyen budak-budak tadika tu telah mencuri perhatian netizen dan menerima lebih daripada 12 ribu retweet dan hampir 9 ribu like. Serius lah!


Siapa je yang tak tersenyum melihat gambar-gambar pra konvokesyen budak-budak tadika tu kan? Seronok sangat tengok budak-budak tadika tu bergembira dengan jubah dan topi konvokesyen dorang. Rasa macam nak kembali ke zaman tadika je. Ehhh... Tak sedar diri dah nak masuk angka 30! Haha! Apa-apa pun, semoga adik-adik ni akan berjaya mencapai cita-cita mereka pada suatu hari nanti.


Kredit: @AfiqRozlan

Isnin, 11 September 2017

Tips Jaga Diri Elak Ditipu, Disamun & Dirompak Semasa Melancong Luar & Dalam Negara)

Salam.

Sumber gambar: DI SINI

Siapa lah yang tak suka melancong kan? Aku rasa semua orang suka melancong! Cuma duit je yang membezakan kekerapan kita melancong. Haha! Betul tak? Kalau lah aku banyak duit, setiap bulan aku boleh pergi melancong. Tapi setakat hari ni belum mampu lagi lah. Sama sama kita berdoa supaya kita semua dimurahkan rezeki okay?

Sempena dengan MATTA Fair yang baru je melabuhkan tirainya semalam, seorang warga twitter telah berkongsikan tips keselamatan diri semasa melancong, sama ada dalam mahupun luar negara. Suka hati je aku kaitkan dengan MATTA Fair kan? Padahal takde pun dia cakap macam tu. Haha! Sebenarnya tips tersebut ditujukan kepada wanita-wanita yang melancong secara solo. Tapi pada pendapat aku, tips tu memang berguna untuk lelaki juga. Sebab sekarang ni semua orang terdedah kepada rompakan, gangguan seksual dan sebagainya.


Ada 19 tips kesemuanya. Kalau rasa tak larat nak baca semua tu, meh sini aku ringkaskan antara tips keselamatan diri semasa melancong dalam dan luar negara:
  • Pastikan telefon kita sentiasa hidup, ada internet dan juga kredit.
  • Jangan tanya arah kepada orang yang tidak dikenali.
  • Jangan terlalu menonjol dari segi pakaian.
  • Sentiasa cari dan berada di tempat awam dan terbuka. 
  • Guna bahasa melayu bagi mengelakkan ditipu atau disamun.
  • Bawa passport ke mana je. Jangan simpan dalam bag, kat hotel atau tinggalkan.
  • Pastikan bag yang mengandungi barang-barang berharga diletakkan kat depan dan bukannya kat belakang.
  • Jangan respons apa-apa kalau ada orang tahan.
  • Jika kita rasa seperti ada orang yang mengekori kita, paling selamat kita masuk kedai makan.
  • Jangan main telefon kat luar.

Berhati-hati lah ye? Malang memang tak berbau. Sekiranya kita berada dalam situasi yang mencemaskan seperti disamun, jangan cuba untuk jadi hero. Apa apa pun semoga kita semua pergi dan kembali dengan selamatnya. Nak melancong ke mana pula lepas ni?

Isnin, 7 Ogos 2017

Label Air Cincau Minuman Paling Teruk Di Dunia, Mat Salleh Ini Dikecam Netizen

Salam.


Tak sangka ramai juga peminat cincau kat Malaysia ni kan? Aku pun antara yang suka dengan cincau ni. Lagi lagi bila dicampurkan dengan air soya. Takpun dengan air teh susu! Tapi dengan kopi susu pun sedap juga kan? Ehhh... Apasal semua macam sedap je ni? Haha! Cincau ni boleh kata antara makanan yang popular kat Malaysia. Jadi sebab tu lah kebanyakan netizen dari Malaysia emosi tak boleh terima bila ada sorang mat salleh dari Dallas, Texas ni label air cincau sebagai minuman yang paling teruk kat dunia ni. Haaa... Tak pasal pasal mat salleh tu kena kecam lepas tu.


Mat salleh ni beritahu yang dia sanggup menahan lapar dan dahaga bermula dari terbitnya fajar hingga terbenamnya matahari eh niat puasa ke tu daripada minum air cincau ni.

Kat bawah ni pula ada yang beri nasihat kat mat salleh tu kalau tak suka tak payah lah nak beritahu satu dunia, fikir lah otak kau tu budak darjah tiga hormat sikit budak darjah lima.


 Haaa... Tak sangka mat salleh tu boleh faham bahasa Melayu?

Bila mat salleh fikir air cincau ni dibuat daripada rumput! Haha! 

Terpaksa beritahu yang air cincau tu bukan dibuat daripada rumput.

Ni dia kata kalau tak suka lantak lah tapi jangan label air cincau tu sebagai minuman yang paling teruk. Cuba tengok muka kau kat cermin tu elok ke tak tu mesti tak elok sangat kan tapi takde lah nak sampai label muka paling hodoh kat dunia betul tak? Ehhh... Ada kaitan ke ni?

Mat salleh ni pula kata dah nama minuman tu pun grass jelly sah sah lah tak sedap cuba letak nama ayam mee mesti rasa minuman tu automatik jadi sedap gila.


Ni antara kata-kata berbaur cacian, makian dan hinaan yang diterima oleh mat salleh tu. Aduh. Apasal serius sangat ni? Aku rasa agak keterlaluan juga bila dah sampai tahap mencarut tu. Relax lah, cincau je kot?


Ni ada yang siap beritahu kebaikan air cincau lagi. Gigih! Baru lepas google ke tu? Haha!

Tak puas hati kerana air cincau dikritik, netizen ni kritik makanan mat salleh pula.

Tapi aku setuju dengan tweet kat bawah ni. Semua orang ada benda yang dia tak suka, dia tak minat. Jadi rasanya tak payah nak emosi sangat lah bila mat salleh tu tak suka air cincau. 

Bila kali terakhir korang makan cincau atau minum air cincau ni?

Sumber: DI SINI

Rabu, 2 Ogos 2017

Rapid KL Guna Patung Anabelle Nasihat Pengguna Tren

Salam.


Mass Rapid Transit (MRT) Sungai Buloh - Kajang ni dah dibuka sepenuhnya pada 17 Julai 2017 yang lepas dan dirasmikan oleh Dato Seri Najib Razak kat stesen MRT Tun Razak Exchange. Aku dah naik MRT dua kali kalau tak silap. Setakat ni? Aku sangat berpuas hati! Sangat memudahkan pergerakan dan perjalanan terutamanya nak jalan jalan sekitar Kuala Lumpur. Korang dah naik belum?


Baru je beberapa hari beroperasi, dah macam macam perangai kat MRT. Aku tak pasti lah dengan perangai orang orang yang macam gambar gambar kat atas dan kat bawah ni. Tak pernah naik pengangkutan awam ke macam mana? Ada yang baring siap berpangkukan pasangan sebab tulang belakang dia dah rapuh tu lah siapa suruh tak minum susu, ada yang buang sampah kat ruangan tempat duduk sebab memang tulis kat situ sila lah selitkan sampah anda kat sini banyak banyak, ada yang letak segala beg plastik kat atas kerusi sebab beg plastik dia penat berdiri dah satu hari berjalan ke sana ke sini, ada yang minum kat dalam tren sebab kalau tak minum waktu tu dia akan mati serta-merta, ada yang bergayut kat dalam tren sebab hilang ingatan sebagai seorang manusia lalu jadi lah dia seperti seekor monyet. Haaa... Tu belum lagi yang pasang buaian kat dalam tren tu!


Rapid KL melalui laman twitter telah memuat naik gambar anak patung Anabelle yang diletakkan kat salah satu stesen sambil menasihatkan supaya pengguna-pengguna yang menaiki tren untuk menjaga tingkah laku dan mematuhi etika semasa menaiki tren. Menarik kan? Walaupun aku rasa anak patung Anabelle tu takde lah menakutkan sangat. Cakap besar nampak? Sekali kepala anak patung tu menoleh pandang aku? Haha! Kejap. Adakah ni gimik semata-mata sebab filem Anabelle akan ditayangkan pada 11 Ogos ni? Haaa... Bijak!


Trivia MRT Sungai Buloh - Kajang
  • Stesen MRT Tun Razak Exchange (TRX) adalah merupakan stesen MRT yang paling dalam iaitu sedalam 40 meter. Haaa... Kedalaman tu lebih kurang bangunan 13 tingkat!
  • Escalator yang paling panjang kat MRT? Kat stesen MRT Bukit Bintang dengan panjang 20 meter!
  • Escalator kat stesen MRT Pusat Bandar Damansara pula adalah escalator yang paling tinggi kat MRT.
  • Tren yang paling laju adalah tren yang bergerak di antara stesen MRT Tun Razak Exchange dan stesen Cochrane dengan kelajuan sekitar 94 km/j. Secara purata, kelajuan tren bergerak adalah sekitar 40 km/j. 
  • Terdapat lebih daripada 3,5000 CCTV ada kat stesen-stesen MRT.
  • MRT ni dibina dengan kos sekitar RM21 billion.

Harap lepas ni takde lagi pengguna-pengguna yang bersikap macam kat atas tu. Tolong jaga harta dan kemudahan awam serta patuhi etika dan peraturan semasa menggunakan segala harta dan kemudahan awam. Ehhh... Aku pun bayar cukai tahu? Haha!

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com