Selasa, 28 November 2017

Gambar Pernikahan Fattah Amin & Fazura

Salam.

Sumber gambar: DI SINI

Tahniah diucapkan kepada pasangan Fattah Amin dan Fazura kerana telah selamat melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel terkemuka, di ibu negara, malam tadi. Fazura, 34, sah bergelar isteri kepada Fattah Amin, 27, hanya dengan sekali lafaz sekitar jam 9.50 malam. Majlis pernikahan itu hanya dihadiri keluarga terdekat dan teman rapat kedua-duanya. Fazura kelihatan anggun mengenakan baju kurung moden sentuhan pereka kegemarannya, Rizman Ruzaini dan solekan oleh Sheila Mohamed, manakala Fattah Amin pula segak berbaju Melayu. Tahniah sekali lagi!

Sumber: Berita Harian

Rabu, 15 November 2017

Fattah Amin & Fazura Nikah Di Mekah?

Salam.


Menurut Harian Metro, ada sumber mereka memberitahu Fattah Amin dan Fazura bakal bernikah di hotel di Makkah dalam tempoh mereka mengerjakan umrah. Sumber tersebut juga memberitahu bahawa mereka telah bertunang malam semalam di kediaman nenek Fazura di Petaling Jaya. Wah! Kalau betul lah berita ini, aku pun nak ucapkan tahniah kepada Fattah Amin dan Fazura. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka sepanjang berada di Mekah dan semoga mereka mendapat umrah yang mabrur.

Haaa... Kalau dah nama pun Fattah Amin, semua orang nak ambil tahu kan? Selepas tular berita pernikahan ini, berduyunlah netizen mengucapkan tahniah kepada pasangan popular tersebut. Tapi tidak kurang juga netizen yang tidak puas hati dengan berita ini sebab mereka tidak mendengar dari mulut Fattah Amin atau Fazura sendiri. Mereka meminta Fattah Amin dan Fazura supaya tampil dan menjelaskan perkara yang sebenar sama ada berita ini sahih ataupun tidak. Emosi betul lah aku dengan perangai netizen yang bajet semua kena beritahu dorang. Kau dah kenapa? Macam lah korang nak sponsor sedulang dua hantaran. Haha!

Jom kita tengok antara komen komen netizen kat instagram milik Fattah Amin.

"Semoga dipermudahkan urusan..."

"Alhamdulillah dah nikah..."

"Kalau nak privacy sangat, tak payah jadi artis..."


"Kita doakan yang baik baik buat mereka..."


"Tahniah kalau bagai benar dikata..."

"Bagusnya Fattah Amin nikah di Tanah Suci..."


"Aku salah seorang peminat yang happy kalau betul berita mereka bernikah ini..."


"Kalau dah tunang dengan Fazura tu tolong beritahu ye..."

"Kalau betul dah nikah atau bertunang, kenapa lah nak sorok dekat media dan semua orang?"


"I think no problem to hide..."


"Congratulations Fattah..."


"Bila umum kena kecam tak umum kena kecam..."


"Tahniah..."


Walaupun aku bukan peminat Fattah Amin ataupun Fazura, tapi aku follow instagram dorang juga. Tu bukan peminat kan? Pengikut je kan? Haha!

Sumber: Harian Metro & Beautiful Nara

Isnin, 5 Jun 2017

Prima Valet Gedung Fesyen Lebih 100 Koleksi Wanita & 20 Koleksi Lelaki

Salam.


Hari Sabtu hari tu aku sempat singgah Prima Valet, Bangi. Lokasi dia betul betul kat sebelah Plaza Tol Bangi. Aku sampai dalam jam 12 tengahari. Sesak! Ramai gila orang masa tu. Sampai aku terpaksa parking jauh. Berpeluh juga ketiak berjalan menuju ke Prima Valet lepas parking tu. Sampai je kat Prima Valet, baru tahu rupa-rupanya ada parking bawah tanah! Haha! Menyesal tak sudah.

Ada apa dengan Prima Valet?
Lokasi: Ostia Bangi (bersebelahan Plaza Tol Bangi)

Prima Valet ni 100% syarikat milik bumiputera dan Prima Valet ni adalah merupakan antara gedung fesyen yang terbesar di Malaysia dengan keluasan lebih daripada 2000 kaki persegi. Menyediakan lebih 100 rekaan untuk wanita dan lebih 20 koleksi untuk lelaki, harga yang ditawarkan di Prima Valet adalah harga mampu milik. Baju Melayu di Prima Valet bermula pada RM90 dan kurta pula bermula pada harga RM79. Antara koleksi untuk lelaki adalah daripada selebriti Fattah Amin, Shaheizy Sam, Amy Search, Wak Doyok dan Michael Ang manakala antara koleksi untuk perempuan adalah daripada selebriti Fazura, Anzalna, Memey Suhaiza, Asyalliee dan Sasqia Dahuri. Haaa... Banyak gila pilihan kan?




Hari tu aku sempat rembat satu set Baju Melayu Sultan daripada Shaheizy Sam X Elrah Exclusive dengan kain samping yang berharga RM219 dan sehelai jubah daripada Fattah Amin X Elrah Exclusive. Haaa... Berpatutan tak? Baju Melayu Sultan tu siap kain samping tau. Dah lengkap dah baju raya tak perlu cari kain samping lagi. Tapi kalau korang tak nak kain samping, nak lebih jimat, harga satu set Baju Melayu Sultan tu cuma RM189. Kain samping korang pakai la apa yang ada je.



Aku suka dengan kain Baju Melayu Sultan daripada Shaheizy Sam X Elrah Exclusive dan kain jubah daripada Fattah Amin X Elrah Exclusive. Kedua-dua kain baju melayu dan jubah tu sangat berkualiti dan nampak mahal. Jahitan pun kemas. Memang puas hati dengan harga yang dibayar. Dah jom tengok baju melayu dan jubah aku. Tapi warna dirahsiakan! Haha! Tunggu entri yang seterusnya okay?





Best ke shopping kat Prima Valet ni?

Best! Tapi tu pandangan peribadi aku la. Prima Valet ni sangat sesuai untuk mereka yang mencari baju raya sama ada individu ataupun keluarga. Semua ada kat sini. Harga-harga pun kebanyakannya mampu milik. Jadi terpulang kat korang sama ada nak yang murah, sederhana atau yang sedikit mahal. Memang ada banyak gila pilihan koleksi pakaian kat sini. Tak perlu pergi banyak tempat untuk melengkapkan keperluan pakaian hari raya korang. Cuma nasihat aku kalau nak pergi Prima Valet ni, lebih baik korang pergi hari bekerja (Isnin-Jumaat). Kalau korang pergi hujung minggu (Sabtu-Ahad), memang sesak kat dalam Prima Valet tu. Tapi kalau dah tu je waktu yang korang boleh pergi Prima Valet, nak buat macam mana kan? Hadap je la. Haha!

Sedar tak sedar, dah lebih seminggu kita menunaikan ibadah puasa. Rasanya tak terlalu awal untuk membuat persiapan raya sekarang ni.

Lirik Lagu Fattah Amin & Fazura - Cinderella (OST Hero Seorang Cinderella)

Salam.


Selepas single Wanita Terakhir, Fattah Amin kembali dengan single yang seterusnya berjudul Cinderella hasil ciptaan Aizat Amdan. Ya. Komposer yang sama cipta lagu Wanita Terakhir. Kali ni Fattah Amin tampil secara duet dengan Fazura. Lagu Cinderella ni sebenarnya adalah merupakan lagu tema bagi drama bersiri Hero Seorang Cinderella yang sedang ditayangkan kat Astro sekarang ni. Sedap juga lagu ni. Lagu yang santai dan mudah diingati. Paling penting? Sesuai dengan keupayaan nyanyian Fattah Amin dan Fazura.

Lirik Lagu Fattah Amin & Fazura - Cinderella (OST Hero Seorang Cinderella)

Kau buat ku tertanya
di kali pertama
bertentangan mata

Ku selalu merindu
hadirnya bayangmu
kau cuit hatiku

Hanya kau yang ku mahu
sayang jangan terburu
sampai bila harus ku tunggu
oh sayang aku malu

Baby baby can't you see
you and I are meant to be
hanya kita berdua

Sayang bukan ku tak mahu
bertemu denganmu sayang
siapalah aku

Janganlah bimbang sayang
kan ku bina istana
engkau permaisuriku

Hanya kau yang ku mahu
sayang jangan terburu
sampai bila harus ku tunggu
oh sayang aku malu

Baby baby can't you see
you and I are meant to be
hanya kita berdua

Katanya lagu ni sekarang berada di tangga pertama dalam carta iTunes. Makan hati tak?

Rabu, 31 Mei 2017

Neelofa Sindir Fattah Amin Tidak Hadir Meletop?

Salam.


Malam tadi tengok rancangan Meletop tak? Dengar cerita malam tadi tetamu undangan Meletop ada Michael Ang, Uqasha Senrose dan Zizie Izette yang datang untuk mempromosikan drama terbaru Astro berjudul Hero Seorang Cinderella. Yes. Drama yang menggandingkan Fattah Amin dan Fazura sebagai hero dan heroin tu. Angkat tangan semua peminat Fattzura! Tapi aku tak tengok pun drama tu. Suri Hati Mr Pilot pun aku tak tengok walau satu episod. Tapi aku tahu je fenomena Lofattah tu. Cuma netizen agak bising bila malam tadi Fattah Amin dan Fazura takde kat Meletop untuk mempromosikan drama Hero Seorang Cinderella tu. Menurut Michael Ang, giliran Fattah Amin dan Fazura kemudian akan ditetapkan. Penampilan malam tadi memang Michael Ang, Uqasha Senrose dan Zizie Izette je. Lebih kurang macam tu la Michael Ang membebel kat instagram dia.

Sebelum tidur semalam, aku perasan Neelofa ada kemas kini instagram story dia. Well... Aku follow Neelofa kot! Cuma Neelofa je tak follow aku. Haha! Sah sah la dah kenapa Neelofa nak follow aku kan? Lain la aku Fattah Amin. Ehhh... Katanya sebelum tidur ada baiknya maafkan semua orang dulu. Tapi Neelofa sempat tinggalkan pesan tentang jangan sampai produser keluarkan bukti tentang penampilan malam ni. Alamak! Tuju kat siapa tu? Aku ke? Hmmm... 


Produser? Bukti? Penampilan? Malam ni? Ehh... Tak baik gosip. Haha! Okay. Buat buat tak nampak.

Jumaat, 19 Mei 2017

20 Kata-Kata Terbaik Bukan Daripada Fattah Amin

Salam.


Kali ni nak kongsikan kata-kata yang pernah aku update kat facebook, twitter dan juga instagram.. Sekadar perkongsian kot kot dapat memberi manfaat kepada yang membacanya. Jadi, aku dengan gigihnya mengumpulkan 20 kata-kata sedia ada. Haaa... Tak mampu lawan Fattah Amin lagi yang ada sampai 99 kata-kata. Takpe. Kumpul sampai 99 kata-kata lepas tu baru aku cuba terbitkan buku ye? Haha! Berangan! Sebenarnya ni bukan kali pertama aku update pasal kata-kata. Sebelum ni aku dah pernah update entri 15 Status Facebook Terbaik! dan (Terbaru) 25 Status Facebook Terbaik! pada tahun 2012 dan 2013. Benda yang sama je, aku kumpulkan kata-kata yang pernah aku kongsikan sebelum ni.

Naaahhh... Sekadar perkongsian dengan harapan hari kita semua akan menjadi lebih baik dan positif walaupun aku sendiri takde la baik dan positif mana pun.
Jangan sekadar bertutur, langkah tidak diatur.
Kita menghakimi orang lain dengan sifat tapi diri kita sendiri dengan niat.
‪Tiada awan yang terlalu gelap sehingga matahari tiada upaya menghendap.‬
Seburuk mana pun hari itu, pasti ada tersorok indahnya.
Berbuat baik pada sesiapa, nanti sulit menjengah tiba, datang bantu tanpa diduga.
Kita akan sedar bukan pekiknya lawan tapi diamnya kawan.
Jika kita selalu memberi, kita akan sentiasa memiliki.
Sedangkan lidah lagi tergigit,‬‪ inikan kawan biasa tercubit.‬
Sahabat sejati;
Tidak bersua sabannya hari,
Tiada juga berpanjangan bersama,
Dalamnya jiwa hubungan dipatri,
Takkan terduga meski selama.
Hitunglah semua nikmat dan perasaan yang tak dapat dibeli dengan duit kerana kekayaan itu bukan diukur semata-mata pada wang ringgit.
Biar berjumpa jarang, mesra tiada kurang.
Jangan berkata "YA" untuk orang lain tapi "TIDAK" untuk diri sendiri.
Mendengarlah untuk memahami dan menghargai, bukan menghakimi atau mengadili.
Lihat kelakuan,
Lalu tanyakan,
Adakah padan,
Digelar teman?
Mengaku salah bukan tanda lemah tapi tanda gagah. Gagah menanggung salah sendiri daripada langsung menuding jari.
Untuk hidup yang lebih gembira,
- lebihkan memberi
- kurangkan mengharap
- jangan terlalu risau
- tiada yang kekal selama-lamanya
Jika kita berfikiran positif, kita akan pandangnya sebagai peluang. Tapi jika sebaliknya, jika kita berfikiran negatif, kita akan pandangnya sebagai penghalang.
Kalau kita berani menyindir orang lain, itu bermaksud kita juga harus berani disindir semula. Apa yang bergolek akan datang bergolek.
Tiada penyesalan jika setiap kesilapan menjadi pengajaran.
Sentiasa menghulurkan tangan dan memberikan pertolongan.
Siapa tahu mungkin kita satu-satunya yang dapat tolong mereka pada waktu dan ketika itu.

Harap kata-kata kat atas ni tak merepek sangat. Haha!

Rabu, 3 Mei 2017

Neelofa Tolak Program Lofattah Anjuran UNIMAS?

Salam.

Semalam heboh mengenai program Lofattah akan dianjurkan di UNIMAS, program bual bicara yang melibatkan Neelofa dan Fattah Amin. Ada yang tak sabar menantikan kehadiran Neelofa dan Fattah Amin ke UNIMAS, ada juga yang mempersoalkan objektif program tersebut. Tapi hari ini Neelofa telah memuat naik satu kenyataan di laman twitternya yang menyatakan bahawa program itu adalah tidak benar sama sekali. Menurutnya lagi, dia tidak akan hadir ke UNIMAS untuk program tersebut apatah lagi untuk membuat siaran langsung di laman facebook miliknya.


Tepuk dahi juga aku tengok reaksi netizen ni. Nak tengok apa reaksi dorang? Tengok kat bawah ni.


Yang aku tak faham, ada pula menasihatkan Neelofa kerana program itu sebenarnya akan diadakan dan sebarang jemputan belum dilakukan, cuma sekarang ni dorang tengah mencari ahli jawatankuasa dulu. Habis tu? Dah kenapa korang guna nama Neelofa seolah-olah dia dah bersetuju untuk sertai program ni? Ada juga yang menyelar Neelofa kerana tidak membaca poster tersebut dengan betul. Haha! Macam macam perangai netizen ni. Dah kenapa nak guna nama dan gambar artis tu kalau program tu pun belum diusulkan lagi? Ni siap dah ada poster nak cari ahli jawatankuasa? Lepas tu dengan yakinnya letak nama serta gambar Neelofa dan Fattah Amin pula tu? Apa kes? Nak cari ahli jawatankuasa untuk sesuatu tak perlu poster macam ni pun sebenarnya. Kalau berangan sangat nak buat poster cari ahli jawatankuasa, tak perlu masukkan nama serta gambar Neelofa dan Fattah Amin. Cukup sekadar dinyatakan yang korang sedang mencari ahli jawatankuasa untuk satu program yang akan melibatkan artis. Dah. Tak payah nak kecam Neelofa sebab Neelofa tak salah, korang yang salah. Haha!

Fattah Amin Menang Anugerah Buku Popular Di Anugerah Buku Negara 2017

Salam.

Tahniah diucapkan kepada Fattah Amin kerana telah berjaya memenangi Anugerah Buku Popular pada Anugerah Buku Negara 2017 menerusi bukunya yang berjudul 99 Kata-kata #Qalifmoden. Haaa... Hebat tak? Tulis buku yang antara kandungannya mengingatkan kita supaya jangan lupa minum air putih pun boleh menang Anugerah Buku Popular. Korang ada ke? Tiada kan? Jadi duduk diam diam. Haha! 



Tak payah nak fikir sangat macam mana Fattah Amin boleh menang anugerah tu boleh tak? Nama pun popular kot? Kalau kategori terbaik, masa tu baru la kita boleh kupas dengan lebih mendalam. Haha! Kalau lepas ni Fattah Amin nak tulis buku lagi, harap dia perbaiki mutu dan kualiti kandungan buku tu. Semoga buku Fattah Amin lepas ni lebih memberikan inspirasi dan motivasi terutamanya kepada peminat-peminatnya. Harap Fattah Amin tak mengambil kesempatan atas populariti yang dikecapinya pada waktu ini.


Nak tulis buku juga la. Tapi siapa nak beli? Haha!

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com