Isnin, 8 Mei 2017

Cara Hilangkan Jerawat, Blackhead & Whitehead - Murah, Mudah & Semula Jadi

Salam.

Sumber gambar: DI SINI

Vitamin C membantu kita melindungi kulit daripada cahaya matahari. Antioksida yang terdapat dalam vitamin C berupaya melindungi kulit daripada radiasi ultra ungu akibat terdedah kepada cahaya matahari. Tambahan pula, vitamin C dapat mengurangkan kesan sunburn yang disebabkan oleh radiasi ultra ungu. Untuk pengetahuan, radiasi ultra ungu boleh menyebabkan barah kulit dalam jangka masa panjang. Haaa... Bahaya tu! Selain itu, vitamin C juga membantu  menghasilkan kolagen, menggantikan tisu yang rosak dan memperbaiki tona serta tekstur kulit.

Sumber gambar: DI SINI
 
Jadi antara sumber semula jadi yang kaya dengan vitamin C adalah limau. Ya. Limau! Sangat mudah nak cari kan? Jangan tak tahu, selain isinya yang enak dimakan, kulit limau juga mempunyai manfaat terutamanya untuk mengatasi masalah jerawat dan menghilangkan blackhead serta whitehead.

Apa yang kita perlukan tadi? Kulit limau!

Sumber gambar: DI SINI

Langkah Untuk Menghilangkan Blackhead Dan Whitehead Menggunakan Kulit Limau
  1. Keringkan kulit limau.
  2. Kisar sampai jadi serbuk.
  3. Campurkan beberapa sudu teh yogurt dan kacau sampai rata.
  4. Oleskan pada bahagian yang mempunyai masalah blackhead atau whitehead sambil diurut mengikut atau melawan arah jam.
  5. Bilas dengan air suam selepas 15 minit.

Langkah Untuk Mengatasi Jerawat Menggunakan Kulit Limau
  1. Tumbuk kulit limau sampai lumat.
  2. Masukkan sedikit air.
  3. Oleskan pada wajah yang bermasalah.
  4. Biarkan selama 20 minit.
  5. Bilas dengan air suam sehingga bersih.

Selamat mencuba! Kalau tak elok juga, cuba pakai batang pokok limau pula. Okay. Bye!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com