Ahad, 24 Disember 2017

Softree - Aiskrim Soft Serve Susu Organik & Madu Lebah Sebenar Pertama Di Korea!

Salam.


Kepada peminat aiskrim kat luar sana, jangan lupa untuk singgah Softree yang berada kat MyTown Shopping Centre, Cheras. Kenapa? Kerana aiskrim dia sedap gila! Sejujurnya aku tak rasa bersalah sangat makan aiskrim kat sini sebab aku rasa manis dia menepati piawaian tekak aku. Haaa... Aku ni jenis tak berapa suka sangat kalau apa yang aku makan atau apa yang aku minum tu manis apatah lagi terlalu manis. Kalau boleh semua makanan dan minuman aku minta untuk dikurangkan manisnya. Tapi bila aku makan aiskrim daripada Softree ni, aku dah tak risau dah. Manis dia secukup rasa, kena dengan tekak aku. Serius aku jujur cakap ni.

Softree Malaysia

Bermula di Seoul, Korea pada sekitar tahun 2013, Softree adalah merupakan pencetus trend kepada aiskrim soft serve yang diperbuat daripada susu organik dan madu lebah semula jadi. Aiskrim daripada Softree menggunakan bahan segar, asli dan berkualiti tinggi dari Korea. Yang penting? Sihat! Selagi korang tak melantak aiskrim dia macam esok korang dah kena pindah planet Marikh dah lah.



Cara pesan aiskrim di Softree:
  1. Pilih cawan atau kon. Takde pilihan ikat tepi.
  2. Pilih perisa original atau dark chocolate.
  3. Pilih topping. Tapi kalau tak nak tambah apa-apa pun boleh.
  4. Bayarlah! Ingat free ke?

Untuk pengetahuan korang, aiskrim signature kat Softree ni adalah aiskrim Wow! Honey Chips. Haaa... Aiskrim susu organik perisa original bersama potongan madu lebah sebenar! Pertama kali aku makan madu lebah dengan bentuk potongan macam tu. Bukan setakat menarik je, rasa dia pun sedap gila. Potongan madu lebah sebenar itu melengkapi rasa aiskrim yang diperbuat daripada susu organik. Gabungan yang sempurna! Memang wajib cuba.


Menu

Original - RM10.90

Wow! Honey Chips - RM13.90

Dark Chocolate - RM10.90

Liquid Honey - RM12.90

Guarande Sel - RM12.90

Snow Like Sel - RM12.90

It's Magic Lamp - RM12.90

Yogurt Rangup - RM12.90

Cheese Ice Cream - RM13.90

Mango Mango - RM12.90

The Good Affogato - RM13.90

Mother-Bread - RM8.90

Baucar Potongan 20% Di Softree

Terliur tak? Tak sabar nak singgah Softree hujung minggu ini. Korang tak nak ke? Rugi lah! Aku ada baucar potongan 20% untuk diberikan kepada 10 pembaca bertuah kat blog aku ni. Tapi korang kena pastikan yang korang boleh datang ke MyTown Shopping Centre, Cheras sebelum 31 Januari 2018. Setakat hari ini, Softree baru mempunyai satu cawangan je. Kat mana? Kat level Basement 1 hanya di MyTown Shopping Centre. Jadi bagaimana cara nak menang baucar potongan 20% ni?
  1. Hantarkan "SAYA NAK!" kat ruangan komen kat bawah ni.
  2. Tinggalkan email, facebook, instagram atau twitter untuk dihubungi.
  3. Pemenang akan dipilih secara rawak.


Untuk maklumat lanjut mengenai Softree, korang boleh layari laman facebook dan instagram Softree seperti di bawah.

Facebook: SoftreeMY
Instagram: Softree.my

Softree Malaysia
Lot No. B1-056, Basement 1,
MyTown Shopping Centre,
No. 6, Jalan Cochrane, Seksyen 90,
55100 Kuala Lumpur


Aiskrim lebih sedap dan lebih sihat hanya di Softree!

Isnin, 8 Mei 2017

Cara Hilangkan Jerawat, Blackhead & Whitehead - Murah, Mudah & Semula Jadi

Salam.

Sumber gambar: DI SINI

Vitamin C membantu kita melindungi kulit daripada cahaya matahari. Antioksida yang terdapat dalam vitamin C berupaya melindungi kulit daripada radiasi ultra ungu akibat terdedah kepada cahaya matahari. Tambahan pula, vitamin C dapat mengurangkan kesan sunburn yang disebabkan oleh radiasi ultra ungu. Untuk pengetahuan, radiasi ultra ungu boleh menyebabkan barah kulit dalam jangka masa panjang. Haaa... Bahaya tu! Selain itu, vitamin C juga membantu  menghasilkan kolagen, menggantikan tisu yang rosak dan memperbaiki tona serta tekstur kulit.

Sumber gambar: DI SINI
 
Jadi antara sumber semula jadi yang kaya dengan vitamin C adalah limau. Ya. Limau! Sangat mudah nak cari kan? Jangan tak tahu, selain isinya yang enak dimakan, kulit limau juga mempunyai manfaat terutamanya untuk mengatasi masalah jerawat dan menghilangkan blackhead serta whitehead.

Apa yang kita perlukan tadi? Kulit limau!

Sumber gambar: DI SINI

Langkah Untuk Menghilangkan Blackhead Dan Whitehead Menggunakan Kulit Limau
  1. Keringkan kulit limau.
  2. Kisar sampai jadi serbuk.
  3. Campurkan beberapa sudu teh yogurt dan kacau sampai rata.
  4. Oleskan pada bahagian yang mempunyai masalah blackhead atau whitehead sambil diurut mengikut atau melawan arah jam.
  5. Bilas dengan air suam selepas 15 minit.

Langkah Untuk Mengatasi Jerawat Menggunakan Kulit Limau
  1. Tumbuk kulit limau sampai lumat.
  2. Masukkan sedikit air.
  3. Oleskan pada wajah yang bermasalah.
  4. Biarkan selama 20 minit.
  5. Bilas dengan air suam sehingga bersih.

Selamat mencuba! Kalau tak elok juga, cuba pakai batang pokok limau pula. Okay. Bye!

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com