Shila Amzah kembali dengan lagu terbaharu yang berkonsepkan ketuhanan berjudul HidayahMu. Tapi lagu tu masih belum siap sepenuhnya. Katanya masih dalam proses mastering dalam seminggu lagi. Tapi Shila Amzah sempat kongsikan teaser lagu terbaharu tu kat laman sosial miliknya. Aku dengar sekali lagu tu pun dah jatuh cinta dengan lagu tu. Lirik lagu yang mudah difahami dan sangat berkaitan dengan hidup kita. Melodi lagu ni catchy sebenarnya, terutama sekali kat bahagian korus dia. Sekali dengar dah boleh ingat korus dia. Tak sabar tunggu lagu ni siap sepenuhnya!
Ni sebahagian lirik lagu tu berdasarkan teaser yang dimuat naik oleh Shila Amzah. Untuk lirik lagu yang penuh, kita kena la tunggu lagu ni siap. Rasa tak lama lagi tu...
Ni sebahagian lirik lagu tu berdasarkan teaser yang dimuat naik oleh Shila Amzah. Untuk lirik lagu yang penuh, kita kena la tunggu lagu ni siap. Rasa tak lama lagi tu...
Lirik Lagu Shila Amzah - HidayahMu
Aku tahu aku tak layak
untuk ke syurgaMu
ku benar-benar tak mampu
menepis kisah lalu
Namun aku mahu teruskan
meminta perlindungan dariMu Tuhan
Aku mohon Engkau
kuatkan aku
terimalah taubatku
untuk terus ke jalan-Mu
Aku mohon Engkau
jauhkan aku
dari segala fitnah
permainan manusia
Jom dengar teaser lagu ni? Ni teaser yang Shila Amzah muat naik kat laman instagram dia.
Sejadah mana sejadah?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan